Thursday, 27 September 2012

::cinta itu milik aku! (5)::



Bab 5
            Setibanya di rumah, Aira terus naik ke bilik untuk membersihkan diri. Setelah itu, dia terus menunaikan solat asar. Mereka tiba di rumah lewat kerana hujan dan terdapat kemalangan berlaku di Bandar Klang sebentar tadi. Seusai solat, Aira membawa dirinya ke taman yang diberi nama Aira’s Mini Garden. Taman itu direka khas oleh ayahnya untuknya kerana ayahnya tahu Aira apabila fikirannya bercelaru, dia suka menyendiri. Di taman itu terdapat sebuah piano yang sederhana besar, sebuah mini gazebo yang dilengkapi dengan langsir dan kusyen kecil. Terdapat juga sebuah air terjun mini buatan. Sungguh nyaman!
            Aira duduk di atas kerusi piano. Tangannya berada di situ dan terus memainkan lagu yang diminatinya, Aku Yang Tersakiti nyanyian Judika.
            Pernahkah kau merasa
            Jarak antara kita
            Kini semakin terasa
            Setelah kau kenal dia

            Aku tiada percaya
            Teganya kau putuskan
            Indahnya cinta kita
            Yang tak inginku akhiri

            Kau..pergi..tinggalkanku..

            Tak pernahkan kau sedari
            Akulah yang kau sakiti
            Engkau pergi dengan janjimu
            Yang telah kau ingkari

            Oh tuhan tolonglah aku
            Hapuskan rasa cintaku
            Aku pun ingin bahagia
            Walau tak bersama dia

            Memang takkan mudah
            Bagiku untuk lupakan segalanya
            Aku pergi..
            Untuk dia…
           
           
            Tak pernahkan kau sedari
            Akulah yang kau sakiti
            Engkau pergi dengan janjimu
            Yang telah kau ingkari

            Oh tuhan tolonglah aku
            Hapuskan rasa cintaku
            Aku pun ingin bahagia
            Walau tak bersama dia…

            Sehabisnya lagu itu di mainkan, Aira mengeluh. Dia tidak mahu memikirkan perkara itu lagi. Dia tidak mahu perkara begitu berulang kembali. Baginya, cukup lima tahun dia berusaha untuk melupakan segalanya. Berpisah, bergaduh hanya kerana seseorang….Huh… kedengaran Aira mengeluh. Dia merenung ke arah langit yang terang.

            ‘Kenapa kau muncul balik Aeril? Kenapa sekarang lepas aku cuba nak lupakan semuanya? Lima tahun aku kuatkan diri aku..kuatkan hati aku.. tapi, kenapa kau muncul depan aku lagi? Tak cukupkah dengan apa yang dah jadi dulu.. please don’t make me like this! I hate that!’ jerit Aira di dalam hatinya.
           
            “Adik….” Panggil satu suara.

            “Hurm..” Aia tidak memandang.
           
            “Buat apa dekat sini? I heard that song.. Abang rasa adik tengah sorok something right? Come on.. tell me.. why?” soal Hakimi prihatin. Dia tidak mahu melihat Aira menangis lagi. Adakah kerana orang itu? Aira ada jumpa dia ke?

            “You know what abang..sometimes, adik ingat adik kuat nak jumpa, nak cakap, senyum dengan orang… but, I can’t.. I can’t see him.. kenapa dia datang balik? Why must here? Why?” ujar Aira hampir menangis.

            “Syhhh.. adik maksudkan Aeril?” soal Hakimi sambil menarik adiknya ke sisinya. Ditenagkan Aira.

          “Please.. don’t say that name.. why abang? Kenapa dia ada dekat sini? Kenapa dia tak duduk je dekat sana..”
           
            “Adik. Calm down ok… Abang mintak maaf tak beritahu awal-awal pasal dia.. sorry..” Hakimi menundukkan wajahnya. Dia sebenarnya tidak tahu menyeluruh mengapa adiknya tidak mahu lagi berjumpa dengan Aeril Zikri. Tetapi, dia pasti bahawa perubahan yang berlaku pada adiknya itu, ada kaitan dengan Aeril.
            “It’s ok abang! Aira ok.. don’t worry about me.. Rasa tak selesa je bila jumpa dia balik..” Aira cuba untuk senyum.

            “Ok, I’m sorry again.. by the way.. don’t to push yourself. Abang turun kejap. Nak minum.” Kata Hakimi sambil berlalu.

            Aira termenung lagi. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menelefon sahabat baiknya Nisa.

            “Hello, Nisa.. free tak sekarang?” soal Aira.
           
            “Er? Kenapa? Aku free je. Baru habis kerja ni..” balas Nisa.
           
            “Hurm, I need u…” hanya itu yang mampu dikatakan oleh Aira.

            “Eh, kenapa ni? Kau ok x? Aku datang jumpa kau eh malam ni.. aku pergi rumah kau.. ok?” kata Nisa. Dia risaukan temannya itu.

            “Luaran I’m fine.. tapi tak dalam aku…”

            “Aira, jangan macam ni.. aku janji..malam ni aku datang rumah kau eh.. chill ok! Aku janji..” balas Nisa.

            “Promise me?” Aira inginkan kepastian.

            “Yup! Aku janji.. aku balik kejap.. mandi.. then, aku pergi rumah kau..ok?”

            “Ok!” ucap Aira.

            “Ok, aku gerak dulu.. see you tonight!” kata Nisa menamatkan perbualan. Sememangnya dia risaukan Aira. Aira jarang bersedih. Hanya perkara tertentu sahaja yang boleh membuatkan sahabatnya itu sedih.

            Setelah menamatkan talian, Aira bergegas menuju ke biliknya untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Sesudah solat, dia mengaji dan turun ke bawah untuk bersama keluarganya. Dia tidak mahu keluarganya mengesyaki sesuatu terhadap dirinya.
           
            “Aira, Hakimi, Emylia.. mari makan..” pelawa Datin Syarifah. Di rumah Aira yang serba mewah itu tidak terdapat seorang pun pembantu rumah di dalamnya. Yang ada hanyalah pasangan suami isteri Pak Man dan Mak Piah. Keluarga Aira tidak pernah menganggap mereka berdua itu pembantu rumah malah, ketika waktu makan, mereka di ajak bersama. Cuma, pada waktu malam sahaja mereka tidak berada di rumah itu kerana mereka pulang ke rumah.

            “Lia, nak keluarlah ibu.. Sorry Lia tak makan benda-benda macam ni..” kata Emylia selamba sambil berjalan menuju ke pintu utama.

            Berubah muka Datin Syarifah apabila Emylia berkata begitu. Sedih hatinya, kerana apa yang dihidangkan pada malam ini merupakan makanan kegemaran Emylia. Dia berusaha memasak makanan yang digemari oleh Emylia. Namun, yang dia dapat hanyalah kecewa. Aira yang perasan akan perubahan wajah ibu tirinya itu terus pergi mendapatkan Emylia yang pada waktu itu sudah pun ingin menuju ke keretanya.

            Aira menarik tangan Emylia. “ Hey! How dare you to touch me!” marah Emylia.

            “What? Hey budak, kau masuk sekarang… tak kesian ke dekat ibu masak penat-penat..yang kau boleh selamba kau je kan nak keluar!” marah Aira kembali Dia memang pantang kalau ada orang yang berperangai biadap terhadap orang tua lebih-lebih lagi ibunya itu.

            “Eh, kau siapa nak paksa-paksa aku hah! Suka hati akulah nak makan ke ape.. kau jangan nak sibuk boleh tak!” bentak Emylia sambil melangkah menuju ke keretanya.

            “Pak Man, tutup pagar tu..” arah Hakimi.

            Emylia memandang kedua-dua wajah di hadapannya dengan perasaan yang sangat marah dan benci. Benci? Ya, kerana mereka dua menghalangnya daripada melakukan apa sahaja yang dia suka.

            “Kau tak ada hak nak larang aku nak pergi mana pun. Ikut suka aku lah!”

            “Hey Lia, jaga cakap tu.. aku, dengan adik aku ni ada hak.. sebab rumah yang kau tinggal ni.. rumah kami.. not your’s. Kau sendiri cakap kan yang abah bukan ayah kau… nak tak nak sekarang kau masuk dalam makan! Kalau tak….”

            Belum sempat Hakimi menghabiskan ayatnya sudah di sampuk oleh Emylia.

           “Kalau tak apa? Apa kau nak buat dekat aku hah!” jeritnya. Pak Man hanya memerhatikan mereka. Manakala, Dato’ Aminuddin dan Datin Syarifah tidak mahu mencampuri perbalahan itu.

            “Kalau tak.. your elaun aku ambik balik… and kau jangan harap lagi nak keluar malam lepas ni.. your car… pun aku tarik…” kata Aira selamba.

            “Eh, apahal kereta aku pulak? Tak guna duet kau pon kan!” bentaknya.
           
            “Yup!..Tapi, bulan-bulan..siapa yang bayar eh? Hantu ke? Dah, masuk! Kau jangan nak degil. Kang ada yang bengkak pipi baru tau.. From now, kalau aku nampak kau kasar lagi dengan ibu.. nahas kau!” Aira memberi amaran sambil menarik tangan Emylia dengan kasar untuk masuk ke dalam kembali.

            “Argh! Benci aku dengan kau!” jerit Emylia sambil masuk ke dalam rumah kembali.

            Suasana makan malam pada malam itu tegang. Namun, Aira dan Hakimi pandai memeriahkan suasana. Berbagai cerita mereka kongsikan, termasuklah ketika Aira mula mendaftar di universitinya yang baru itu. Sesudah mereka sekeluarga menikmati makan malam, Aira dan ahli keluarganya yang lain, berehat di ruang tamu pertama rumahnya sambil menonton televisyen. Tidak lama mereka berehat, terdengar salam daripada luar.

            “Oh, abang Ihsan. Masuklah.. abang Emy ada dekat dalam tu..” ujar Aira sambil memberikan laluan kepada Ihsan. Nasib baik pada waktu itu Aira tergerak hati untuk mengenakan tudung di kepalanya.

            Belum sempat Aira hendak melangkah untuk kembali semula ke ruang tamu, kedengaran salam dari luar lagi. Aira dapat mengagak siapa yang datang.

            “Hyep! Jum masuk.. kau ikut akulah.. jum..” ujar Aira gembira melihat kedatangan Nisa.

            “Hahaha..aku dah janji kan…” Nisa senyum ke arah Aira.

            “Kau dah makan belum? Kalau belum..makanlah dulu..” ajak Aira.

            “Eh, tak apa..aku dah makan tadi..” balas Nisa sambil memandang orang yang berada di ruang tamu itu. Dia hanya menundukkan kepalanya tanda hormat.

            Ihsan memandang Nisa dengan pandangan yang biasa sama seperti Hakimi. Kemudian, Nisa mengikut Aira ke tingkat atas. Emylia awal-awal lagi sudah keluar. Habis sahaja makan, dia terus keluar dengan wajah yang masam mencuka.

            Aira membawa Nisa ke tempat yang selalu Aira lepak iaitu di Aira’s Mini Garden. Sesampainya di situ, Nisa terus bertanyakan Aira apa yang berlaku sebenarnya.

            “Aira, kenapa dengan kau? What happened?” soal Nisa prihatin.

            “Kau tahu…Z..i..k.ri.. ada dekat sini?” soal Aira lambat-lambat.

            “Maksud kau? Aeril?” soal Nisa kembali.

            Aira hanya mengangguk. “Aku tak berapa tahu sangat pasal dia.. aku tahu pun dari budak-budak kelas kita dulu.. kalau tak silap aku. Dia ada dekat sini..tapi, tak tahu dekat mana..why? kau jumpa dia?”

            “Sama tempat dengan aku….” Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Aira.

            “What? Maksud kau.. universiti kau sekarang ni?” soal Nisa lagi.

            “Yes.. and you know what.. dia kenal abang aku..dia kenal abang Ihsan.. hurm, aku tak tahulah Nisa… aku dah tak nak jumpa dia lagi..aku dah tak nak kenal dia, fikirkan pasal dia.. aku tak nak!” kata Aira hampir terjerit.

            “Hey, Aira.. calm down..ok..biar aku explain dekat kau satu per satu.. aku rasalah kan..dia tu… dah berubah… and maybe dia sedang mencari kau… nak mohon maaf dari kau…aku pun tak tahu sangat dah pasal dia lepas dia blah..”

            “Maksud kau?” soal Aira ingin tahu. Aeril pindah?

            “Hurm, macam nil ah.. kalau kau nak tahu..tak lama lepas kau pindah..dia pun pindah jugak.. dia berhenti macam kau..hubungan dengan Dira dulu pun..habis macam tu jelah..Si Dira tu pun, dah ada balak baru sekarang..” kata Nisa.

            “Kenapa dia berhenti?” soal Aira lagi.

            “Aku tak tahu sangat..tapi..masa sebelum dia nak pindah tu..dia ada jumpa aku, Ila, Tikah.. dia ada cakap sikit je dengan kitorang..” kata Nisa lagi.

            “Dia cakap… lepas kau pergi, dia dah hilang kawan… kawan yang paling dia sayang and dia hargai.. dia bodoh sebab tak percayakan kau.. terlalu ikutkan perasaan sampai dia hilang kau…kau ada cakap kau akan tinggalkan dia..dia ingat kau main-main…….”

***

            “Aku bodoh Nisa, sebab aku..dia pergi..dia ada beritahu aku yang dia akan tinggalkan aku..tapi, aku ingat dia main-main..aku tahu salah aku sebab tak percaya apa yang dia kata. Salah aku…” Aeril berhenti seketika.

            “Sebabkan perempuan tu..aku hilang kawan aku.. dia dah tak ada dekat sini.. aku rasa kosong.. even korang ada..tapi, aku nak dia pun ada..dia selalu tolong aku, ajar aku..masa test, kuiz..dia ajar aku..dia fahamkan aku apa yang aku tak faham..aku bersalah sangat dengan dia. Aku tuduh dia macam-macam.. aku tak hargai apa yang dia buat..”

            “So, lepas ni kau nak buat apa?” soal Nisa.

            “Aeril, kau betul nak berhenti?” soal Ila pula.

            “Kau janganlah macam ni. Sayang kau berhenti sekarang…” ucap Tikah.

            “Aku minta maaf. Aku berhenti dari sini bukan bermakna aku tak sambung belajar. Aku sambung..tapi tempat lain.. mula-mula kau ingat aku minat ke kos ni? Tak..aku tak minat.. Tapi, dia yang bagi aku semangat untuk aku belajar..terus belajar dekat sini.. so, sekarang aku decide aku berhenti. Korang jangan risau..aku akan stay contact korang lagi.. FB ada kan? Nombor aku, aku tak tukar kot…jaga diri elok-elok.. ingat janji korang dengan dia.. aku pergi dulu..Assalamualaikum..” kata Aeril sambil berlalu pergi.

***

            “Macam tulah dia cakap dengan kitorang… aku tak ada kuasa nak haling dia..sebab aku pun marahkan dia masa tu..” ucap Nisa sambil memandang wajah sahabatnya itu.

            “Aku tak tahulah Nisa..susah sebenarnya aku nak terima semua ni balik.. berat sangat bagi aku…”

            “Aira yang aku kenal.. tak cepat mengaku kalah…Aira yang aku kenal..kuat…Aira yang aku kenal.. tak mudah nak mengeluh kan kalau ada sesuatu yang berlaku pada dia..Aira yang aku kenal… hanya akan menagis, sedih bila sesuatu yang betul-betul member kesan pada dia..”

            “Maksud kau?” Aira memandang Nisa.

            “Maksud aku.. kau kena berdepan dengan semua ni.. ujian dari Allah. Mungkin Allah nak tunjuk sesuatu di sebalik semua ni.. kita tak tahu..mungkin ya, kau nak lupakan dia, hidarkan, jauhkan diri kau dari dia.. tapi, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan..” ucap Nisa tenang.

            “Keep smile..aku tahu kau kuat… jangan terlalu ikut perasaan..aku tahu apa yang kau lalui lima tahun lepas banyak kenangan pahit, manis… buang yang pahit tu… ambik yang manis tu untuk menutup segala yang pahit..aku nak sangat tengok Aira yang dulu mula-mula aku kenal..” ucap Nisa lagi.

            “Thanks Nisa.. sebab teman aku.. degar cerita aku selama ni..insyallah aku akan hadapi semua ni.. doakan aku..” Aira menundukkan wajahnya.

            “Hurm, take your time Aira..aku tak minta kau berubah terus.. take your time..aku tahu kau boleh..kau kuat…aku balik dulu eh.. dah malam ni.. nanti risau pulak kakak aku..” kata Nisa sambil berdiri.

            “Baiklah, jum aku hantar kau turun..”

            “Eh, tak payah.. aku boleh turun sendiri.. tak apa, duduk je sini..aku balik dulu..kalau ada apa-apa aku ada,,ok?” ucap Nisa sambil menepuk lembut bahu temannya itu.

            Sesampainya Nisa di bawah dia ditegur oleh Hakimi.

            “Aira mana Nisa?” soal Hakimi risau. Dia tahu Aira sedang bersedih.

            “Ada dekat atas tu… tempat dia.. Nisa balik dululah abang Emy, pak cik, mak cik.dah malam ni.. Assalamualaikum…” kata Nisa sambil melangkah keluar.

            Hakimi dan keluarganya yang lain menjawab salam Nisa sebentar tadi. Ihsan memandang Nisa dengan minat tanpa menyedari dia diperhatikan oleh Hakimi. Apa hal budak ni? Tak pernah nampak orang ke?


No comments: