Wednesday, 26 September 2012

::cinta itu milik aku! (4)::


Bab 4
            Pertama kali menjejakkan kaki ke universiti ini. Lain situasinya bagi Aira. Dahulu, di UiTM Kuala Terengganu, kampusnya kecil dan tidak melibatkan jumlah pelajar yang besar. Sekarang, di universiti ini yang mempunyai kawasan yang luas seharusnya memiliki beribu orang pelajar dan salah seorang daripadanya sekarang ialah Aira.
            “Adik, tunggu sini kejap..abang letak barang nanti abang datang balik..” Hakimi menyedarkan Aira daripada lamunannya.
            “Its ok. Abang just bagi Aira direction.. nanti Aira pergi sendiri. Kesian pulak abang nak ke sana ke sini.” Kata Aira sambil memerhatikan manusia yang lalu lalang di situ.
            “Betul ni? Karang sesat pulak..tunggu sini jelah…” Hakimi risau.
            “Abang, Aira dah besarlah.. kalau tak jumpa nanti Aira tanyalah siapa-siapa.” Aira meyakinkan abangnya.
            “Hurm, oklah… adik jalan terus..nampak tangga adik naik sampai tingkat 2.. then, terus.. nanti adik Nampak signboard pejabat adik masuk situ.” Kata Hakimi menerangkan kedudukan pejabat. Aira sudah seminggu lewat masuk mendaftarkan diri kerana pendaftaran bagi kemasukan semester 1 pada hari Aira kembali ke tanah air.
            “Ok, abang pergilah buat kerja abang sana..adik pergi kejap lagi.” Balas Aira.
            “Ok, kalau ada apa-apa adik call abang je tau!” ucap Hakimi sebelum meninggalkan Aira untuk pergi melakukan kerjanya. Sebenarnya Hakimi perlu berjumpa dengan seorang pensyarah bagi menguruskan satu projek yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.
            Aira memerhatikan abangnya berlalu. Dia mula mengatur langkah untuk pergi ke pejabat mengikut arahan yang dikatakan oleh abangnya itu. Apabila dia sampai ke tingkat dua, dia mencari-cari pejabat yang dimaksudkan oleh abangnya tetapi gagal kerana kawasan tersebut sangat luas dan terdapat banyak pejabat. Dia mengabil keputusan untuk bertanya kepada pelajar yang berada disitu. Namun, tidak seorang pun yang melayan pertanyaannya. Masing-masing melihatnya dengan pandangan yang tajam. Buruk sangat ke aku pakai? Aira hanya mengenakan blause biru, seluar jeans putih dan tudung bawal di kepala bewarna putih. Sedang Aira tercari-cari pejabat yang dimaksudkan oleh abangnya terdengar namanya di panggil oleh seseorang.
            “Aira!” seseorang memanngil nama Aira.
            Aira berpaling untuk melihat siapa yang memanggilnya di situ. Aneh juga bagi dirinya kerana setahunya tiada siapa yang dia kenali di situ kecuali abangnya.
            “Aira Aqillah! My cousin!” seorang lelaki menghampirinya.
            “Oh my god! Abang Ihsan? What a surprise!” Aira kegirangan melihat abang sepupunya di situ.
            “Abang lagi terkejutlah nampak awak dekat sini. Bila balik? Diam-diam je eh?” soal Ihsan gembira.
            “Seminggu dah. Ni Abang Ihsan tau tak pejabat nak daftar pelajar baru dekat mana? Penatlah Aira cari dari tadi. Besar sangat tempat ni. Confius!”
            “Wait..wait.. pelajar baru? Siapa yang nak masuk sini?”
            “Aira lah! Siapa lagi.. cepatlah Abang Ihsan. Urgent ni..” ujar Aira penuh mengharap.
            “Ok..ok.. jum abang bawak.. ikut abang…” kata Ihsan sambil diikuti oleh Aira.
            Selesai mendaftar, Aira diberi jadual kelasnya. Dia berada di bawah fakulti muzik sama dengan abangnya yang berbeza ialah abangnya di peringkat ijazah dan tinggal 3 semester lagi. Aira tidak mendapat tempat untuk duduk di hostel kerana sudah penuh. Tetapi, itu bukanlah masalah baginya. Ayahnya sudah memberitahunya supaya ulang-alik ke rumah.
            “Dah kan? Aira punya kelas pukul berapa?” soal Ihsan.
            “Ha? Pagi tadi ada.. tapi memang tak masuklah..sekarang dah pukul 10.. lepas ni ada lagi.. pukul 12.” Jawab Aira.
            “Cantik! Jum pergi cafe.. abang belanja.” Pelawa Ihsan.
            “Abang Ihsan tak ada kelas ke?” soal Aira hairan.
            “Hari ni tak ada. Tapi, datang kejap sebab jumpa pensyarah. Emy pun ada tadi. Rasanya tak habis lagi tu.”
            “Oh, boleh jugak! Jumlah..Aira dahagalah..” kata Aira.
            “Ok, jum! Banyak abang nak korek ni.”
            Sesampainya mereka di café ada banyak mata yang memandang. Aira jadi tidak selesa.
            “Aira duduk dulu..biarkan diorang tu..tak payah layan..” ujar Ihsan sambil menuju ke café untuk membeli sesuatu.
            Terdengar suara-suara berbisik. “Ihsan dengan siapa tu, gila budak hot stuff tu dah ada awek ke? Budak sini ke? Tak pernah nampak pun..”
            Terdengar suara lagi. “Asal minah tu dengan Ihsan? Tak sesuai langsung..pleaselah!”
            Aira semakin tidak selesa apabila menjadi perhatian. Ketika Ihsan duduk di hadapannya, Aira terus membuka soalan.
            “Abang Ihsan popular ke dekat sini?” sola Aira hairan.
            Belum sempat Ihsan menjawab pertanyaan Aira, datang seorang perempuan berpakaian sendat hanya separas peha menegur Ihsan.
           “Hye Ihsan. Siapa girl ni? Tak sesuainya dengan you… Pity you.. Better you dengan I..” kata gadis itu megah.
            “Hey, Ni? Kenapa pulak you cakap tak sesuai dengan I? Kalau I dengan you lagi kesian kat I.. seksa!” balas Ihsan selamba. Aira yang mendengar kata bals daripada Ihsan ingin ketawa.
            “What? You ni..kolot jugak kan.. Sekarang ni zaman fesyenlah! You apa tahu?” marah gadis itu.
            “Bella, sorry to say lah. Fesyen ke.. apa ke.. ingat I kisah ke? Tu..aurat you.. tak malu ke nak tunjuk dengan semua orang? Maybe lelaki lain suka.. but not me..kolot pon kolotlah..” ihsan memerli gadis yang bernama Bella itu.
            “You kan! How dare you.. depan girl ni you beranilah nak cakap macam tu. Tunjuk baik konon!” Bella memarahi Ihsan.
            “Er, sis! No need depan I pun dia nak buat macam tu. By the way.. betul pun apa dia cakap. You buat malu kaum perempuan jelah. Allah bagi tubuh badan cantik-cantik tu untuk husband you je. Tak payahlah nak tayang sana sini. Pity you.” Aira bersuara.
            “Eh kau siapa nak tegur-tegur aku? Kau ingat kau makwe dia kau ada hak nak tegur aku!”
            Ihsan ingin bersuara tetapi di haling oleh Aira. Orang ramai yang berada di situ memandang mereka.
            “Sis, saya tegur bukan sebab saya ni makwe dia ke, bukan ke..saya tegur sebab saya pun perempuan.. sorry if sis marah.. by the way, saya bukan makwe abang Ihsan. I’m his cousin.” Balas Aira selamba.
            “So, can you leave us?” hanya itu yang keluar dari mulut Ihsan.
            “You! I hate you! You jangan ingat you hot, you popular you boleh buat macam tu.!” Marah Bella sambil berlalu pergi.
            “So, can you answer my question?” soal Aira kembali setelah keadaan kembali reda.
            “Hurm, nak cakap macam mana eh?  You know your brother right?”
            “Abang Aira? Mestilah kenal..”
            “Bukan.. maksud abang.. popularity dia? Tahu?” soal Ihsan.
            “Tau.. dia artis baru sekarang.. sebab tu Aira tak nak jalan dengan dia..” balas Aira.
            “Abang macam Emy lah jugak.. tapi, abang dekat sinilah. Emy Aira tu.. popular luar and dalam ni.. kalau tak percaya.. kalau nampak dia jalan.. comfirmlah ramai yang mengikut..” kata Ihsan.
            Belum sempat Aira membalas percakapan Ihsan telefon bimbitnya berbunyi. Dikeluarkan Samsung Galaxy sIII miliknya itu.
            “Hello, Assalamualaikum..” sapa Aira.
            “Adik dah daftar ke? Jumpa tak? Dekat mana sekarang ni?” Soal hakimi bertalu-talu.
            “Hahaha.. abang ni satu-satulah..dah lah,, adik ade dekat cafe ni.. dengan abang Ihsan. Dia yang tolong adik tadi. Tanya orang.. haram nak jawab..” ujar Aira sambil tergelak.
            “Oh, ok.. adik dengan Ihsan la ni? Taklah abang risau sangat. Abang ada kerja ni..sorry nanti abang jumpa adik. Adik habis kelas pukul berapa hari ni?” soal Hakimi.
            “Pukul 2 habis dah. Tadi patut ada kelas pagi. Tapi, memang tak masuklah. Dah lambat.”
            “Ok, nanti habis kelas call abang. Abang gerak dulu. Jaga diri elok-elok.”pesan Hakimi mengakhiri perbualan.
            “Abang Ihsan…” belum habis Aira menghabiskan percakapannya, Ihsan ditegur oleh sesorang.
            “ Abang Ihsan!”Panggil satu suara.
            Aira tersentak! ‘ Macam kenal je suara tu.. janganlah dia.. Ya Allah…’
            “Eh, Aeril.. ada apa?” soal Ihsan.
            ‘Ya Allah betullah dia..  mana aku nak pergi ni…’ Aira gelabah.
            “Er, abang Ihsan. Jangan cakap apa-apa pasal Aira.” Sempat Aira berkata kepada Ihsan sebelum pemuda yang bernama Aeril itu menghampiri. Ihsan yang tidak tahu apa-apa hanya mengangguk. Aira memusingkan badannya kea rah bertentangan dengan Aeril dan menundukkan mukanya sambil berpura-pura bermain hand phone nya.
            “Err..ganggu ke? Ni Aeril nak beritahu.. Pn. Sarah nak comfirmkan yang abang Ihsan free tak tarikh tu.” Soal Aeril.
            “Eh, tak ganggu pun. Tengok keadaan sekarang abang on je. Dah dapat ke calon-calonnya?” soal Ihsan.
            “Untuk budak part 1 yang baru masuk ni.. Pn. Sarah dah ada list. Tapi yang nak nyanyi dengan Abang Kimi tak tahulah.” Balas Aeril sambil memerhatikan gadis yang duduk menghadap ke belakang darinya. Hati Aeril berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa.
            “Oh, kenapa pulak Kimi tak ada pasangan pulak?” soal Ihsan ingin tahu.
            Dalam hati Aira dia mahu perbualan ini habis secepat mungkin, tetapi dia juga ingin tahu kenapa dengan abangnya itu. Kimi? Kelakar pula Aira mendengar nama panggilan abangnya di situ.
            “Yelah, dia kan memilih sikit..mana nak nyayi dengan perempuan pegang-pegang tangan ni..” kata Aeril selamba.
            ‘What? Kau cakap abang aku macam tu! Dah betul kan..mana boleh nak pegang tangan perempuan sesuka hati..bukan muhrim! Hampeh punya budak..Hey, pergilah budak!’ marah Aira di dalam hatinya.
            “Err, tak apalah..macam ni..Aeril pergi dululah..pasal Kimi nanti abang jumpa and cakap dengan dia macam mana. Kita jumpa lagi nanti masa dengan budak yang terpilih tu.” Ujar Ihsan. Dia tahu Aira akan marah apabila mendegar apa yang dikatakan oleh Aeril sebentar tadi.
            “Ok, Aeril pergi dululah..ada kerja nak kena buat..” kata Aeril akhirnya sambil menyalam tangan Ihsan. Dalam hatinya dia ingin mengetahui siapakah gadis yang bersama Ihsan itu. Mengapa hatinya berdebar-debar apabila berada di situ.
            “Who is he nak cakap abang Aira macam tu? Samdol betulah! Ei, geramnya aku!” Marah Aira.
            “Hey, rilex! Chill! Janganlah marah… dia memang macam tu lah..” Ihsan menenangkan Aira.
            “By the way..kenapa Aira pandang tempat lain tadi? And kenapa Aira tak bagi abang sebut pasal Aira depan dia tadi? Aira kenal ke Aeril tu?” soal Ihsan pula.
            “Hah? Errr..saja… malas nak kenal-kenal dengan senior.. buang masa jer!” Balas Aira sambil menutup kegugupannya.
            “Hurm, boleh percaya ke? By the way… Airaku sayang.. dia memang senior awak.. tapi, dia sebaya dengan awak.. that’s why dia panggil abang, abang Ihsan. Tak dengar ke tadi?”
           “Sorry, I’m not interested dengan apa yang abang cakap tadi. Umur sama? Oh I see… siapa nama penuh dia?” soal Aira inginkan kepastian.
            “Dah kenapa nak tahu pulak? Tadi kata tak brminat…” Ihsan memerli.
            “Bilanya? Orang cakap tak berminat dengan apa yang korang cakap tu lah…. Tak nak bagi tahu tak apalah.. tak rugi pun.. “ kata Aira sambil menghabiskan airnya. Dia mahu bersiap-siap untuk ke kelas.
            “Eh, marah ke? Alahai.. rilekslah dik… Yelah, nama dia Aeril Zikri. Kos same dengan abang.. he’s genius.. maybe one day.. dia jadi macam abang awak tu..” puji Ihsan.
            ‘What? Ya Allah..kenapa aku mesti jumpa dia lagi? Perlu ke dia datang sini? Why here..’ Aira seperti ingin menangis.
            “Why? Kenapa Aira bad mood pulak ni?” Soal Ihsan apabila melihat perubahan wajah di muka Aira.
            “Nothing, err.. abang Ihsan..Aira pergi kelas dululah ye..” pinta Aira sambil bangun.
            “Wait a minute.. Aira tahu ke kelas Aira dekat mana?” soal Ihsan.
            “Tak tahu.. tak apalah.. ada masa lagi ni.. Aira cari dulu..”
            “Hahaha..Aira, pejabat pun awak tak boleh cari..ni nak cari kelas? Tempat ni besar.. dahlah, sini abang tunjukkan..” kata Ihsan sambil membawa Aira ke kelasnya.
            Sesampainya di kelas, ramai mata-mata yang memandangnya pelik. Aira tidak mempedulikkan mereka. Dia hanya duduk di dalam kelas itu. Nasib baik hanya satu kelas sahaja yang tinggal.
            Kelas pada hari itu habis awal daripada masa yang ditetapkan. Setelah keluar daripada kelas itu, Aira terus menelefon abangnya, Hakimi.
            “Hello, abang..Aira dah habis kelas ni..” kata Aira setelah telefon disambungkan.
            “Awalnya?” soal abangnya.
            “Ntah, dah habis awal. Abang ada kerja ke? Kalau ada tak apalah..Aira tunggu dekat mana-mana.”
            “Eh, tak..abang tengah practice ni.. sorang je pun..datang sinilah..teman abang kejap..” ajak Hakimi.
            “Dekat mana? Aira mana tahu abang practice dekat mana..”
            “Oh, lupa..Aira pergi dekat tangga yang Aira naik masa nak pergi pejabat pendaftaran hari tu.. naik tingkat tiga. Abang tunggu dekat situ.” Kata Hakimi.
            “Hurm, oklah..Aira datang sana…tunggu sekarang..” kata Aira sambil menamatkan talian. Teringin juga dia ingin melihat abangnya membuat latihan. Selama ini dia tidak pernah lagi melihat abangnya membuat latihan semenjak abang itu bergelar artis.
            Sesampai sahaja Aira di tingkat tiga tersebut, dia sudah ditunggu oleh Hakimi.
            “Adik, kejap eh..bagi abang practice sekejap.. lepas tu, kita balik..” kata Hakimi kepada Aira.
            “Ok, adik tak kisah pun.. Aira pun tak pernah nampak abang practice.. hehehe” ujar Aira sedikit teruja.
            “Ok! Jum!” Hakimi menarik tangan Aira supaya mengikutinya. Dalam masa yang sama terdapat mata yang memrhatikan mereka berdua dengan pandangan yang sangat cemburu.
            ‘Hakimi! Kau curang dengan aku! Nanti kau!’ marah perempuan itu.
            Di dalam bilik latihan tersebut, Aira duduk di sebuah kerusi dan hanya memerhatikan abangya menyanyi. Dia suka mendengar suara abangnya itu. Memang sesuai dengan kerjayanya sekarang. Satu benda yang sangat Aira suka dengan sikap abangnya ialah dia tidak pernah mengambil gambar di majalah bersama artis lain dan tidak pernah memegang tangan perempuan lain selain dia dan kakaknya.
           Hakimi menyanyikan lagu Timeless yang berasal daripada Korea namun telah ditukar menjadi bahasa inggeris. Lagu itu merupakan lagu kesukaan Aira. Sedang Hakimi menyanyikan lagu tersebut, tiba-tiba Hakimi berhenti menyanyi dan memberikan sebuah mikrofon kepada Aira.
            “Why?” soal Aira.
            “Ni lagu duet kan? Your song.. jum! Nyanyi dengan abang…”pinta Hakimi.
            “Ei, tak naklah… abang jelah yang nyanyi…” tolak Aira.
            “Alah dik..tak ada siapa pun.. jumlah.. abang tengah cari seseorang yang boleh nyanyi lagu ni dengan abang..tak jumpa lagi..tak best nyanyi sorang-sorang..jum!” ajak Hakimi lagi. Akhirnya Aira mengambil mikrofon yang diberikan oleh Hakimi sebentar tadi Dan Hakimi terus memainkan semula lagu tersebut di radio.
           
            You can’t leave me
            Stay here even if it’s hard
            If I can see you just a bit more
            I’d smile for the amount of love left

           
            Timeless, it isn’t separation is it?
            If there’s one life, it’s us now
            Hold tight baby, timeless stain it on this heart
            For it will only hurt like a moment’s fever
            We both agree
            This is timeless, love…

            I’ll be leaving with the world
            But will sadness also go with me?
            You call for me for you are yearning
            I will only leave scars on the door to your heart

            Will I know after I swallow the tears?
            That I heaved from inside of me?
            Hold my hand so I can’t leave
           
            Timeless, it isn’t separation is it?
            If there’s one life, it’s us now
            Hold tight baby, timeless stain it on this heart
            For it will only hurt like a moment’s fever
            We both agree
            This is timeless, love…
           
            Yeah…
            Baby it’s timeless..
            Oh baby it’s timeless..

            Hold tight baby timeless, so I can go back
            For it will only hurt like a moment’s fever
            We both agree
            This is timeless..
            This is timeless..
            love…

          Mereka berdua menyanyi dengan penuh penghayatan tanpa menyedari ada mata yang memrhatikan mereka dengan penuh minat. Bagi si pemerhati itu, Hakimi sudahpun menjumpai sesorang yang sesuai dengannya untuk bergandingan dalam persembahan yang akan berlangsung kurang dari sebulan lagi.

         
            

No comments: