Friday, 21 September 2012

::cinta itu milik aku! (1)::


Bab 1

            “Welcome back home Aira!” ucapnya pada diri sendiri. Dia terus mengusung begnya keluar dari lapangan terbang.
            ‘Mana pulak minah ni.. janji pukul berapa. Ni dah pukul berapa aku sampai.. Hei, janji melayu betul lah!’ desus hatinya. Sedang dia menunggu sebuah kereta sport Fairlady berhenti di hadapannya.
            ‘Fuyooo..kereta sape ni? Lawa giler! Kerete idamana Malaya! Hahaha…’ Aira menjenguk-jenguk kereta tersebut tanpa menyedari tuan punya kereta sudah pun keluar daripada kenderaannya.
            “ Adik!” ada suara yang memanggil.
            ‘Macam suara minah tu.. tapi mana dia?’ Aira tercari-cari suara yang memanggilnya itu.
            “Puteri Aira Aqillah binti Ahmad Aminuddin! Tak dengar ke orang panggil ni” kata suara itu lagi.
            Aira memusingkan badannya ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu. Nama penuh pulak tu! Popular habis dah aku ni!. Aira melihat seorang wanita yang bergaya elegan berdiri tidak jauh darinya. Dia mengecilkan matanya untuk melihat wanita tersebut dengan lebih jelas dan tepat.
            ‘ Ni ke kakak aku?’ desisnya ragu-ragu.
            Wanita tersebut berjalan ke arahnya dengan selamba.
          “ Adik oiiii…penat dah along jadi model kat depan ni. Awak tak habis belek lagi ke? Tau lah along ni cantik!” Kakaknya mengetuk kepala Aira dan selamba memuji dirinya sendiri.
            “ Adoi, sakitlah!” Aira menggosok-gosok kepalanya.
            “ Walaweh! Along ke ni? Hahaha.. patutlah tak kenal. Makin tak cantik” Kutuk Aira.
            “Amboi-amboi..sedapnya mulut awak ye. Tak cantik pun yang awak belek dari tadi tu kenapa?”
            “Hahaha..belek ke? Tadi tu nak comfirmkan je sape yang panggil orang. Nama penuh pulak tu. Popular i! haha..” ujarnya bangga.
            “Hah, tak payah nak popular sangatlah. Jomlah, panas ni”
                        “ Jomlah adik, panas ni…” Kakanya sudah menarik troli yang memuatkan barang adiknya itu.
            “ Along! Kejap!” Jerit Aira.
            “ Ha? Apa lagi dik oiii..” Kakaknya berhenti melangkah.
            Aira terus meluru memeluk Kakanya dari belakang. Melepaskan rindunya. Yelah dah berapa tahun tak jumpa sebenarnya. Semenjak dia berada di luar negara hanya beberapa kali sahaja kakaknya melawat kerana dia sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.
            “Lah, ni kenapa?” soal kakaknya tetapi membalas pelukan adiknya itu. Dia membiarkan orang ramai yang lalu-lalang di situ melihat mereka berdua. Dah macam cerita hidustan!
            “Rindu!” ujar Aira sambil tersengih. Dia kemudiannya menyalam tangan kakaknya itu.
            “Apa-apa jelah budak ni.. dah jom!”
            “Hahaha..Jomlah! Kita balik! Home sweet home!” ucapnya gembira Di hadapan kereta dia berhenti lagi.
            “Hah? Kenapa lagi?” tanya kakaknya.
            “Kereta ni ke?” Dia menunjukkan kereta yang di ‘ushanya’ sebentar tadi.
            “Ha, yelah… kenapa?”soal kakaknya hairan.
            “Serious? Kenapa tak Nampak along keluar dari kereta ni pun tadi?” soalnya kembali.
            “Aira sayang.. ni kereta alonglah. Awak tu yang usha lebih-lebih sampai tuan punya kereta keluar pun tak sedar. Teruk betul! Dahlah, masuk.”
            Sambil tersengih Aira masuk ke dalam keretanya. Dalam hati gembira bukan main sebab dapat naik kereta idamannya.
            “Kak, pinjam phone!” ujarnya sewaktu di dalam kereta.
            “Hah? Nak buat apa? Handphone awak mana?”
            “Ala, kedekutlah! Nama je peguam. Takkan tak ada kredit kot…”
            “Nak pinjam tapi mengutuk orang pulak! Ambiklah.” Kakaknya menggeleng-gelengkan kepalanya.
            Aira terus mengambil telefon bimbit kakaknya di dalam handbangnya. Dia kemudiannya terus mendail nombor.
            “Hye sayang.. rindu I tak?” soalnya kepada si pemanngil. Kakaknya di sebelah hampir terbeliak biji matanya mendengar apa yang adiknya cakap.
            “What? Sampai hati you tak kenal I..” ujarnya seakan-akan sedih.
            “Hoi, kau telefon siapa ni dik? Habislah duit aku kalau kau telefon luar negara ni” ujar kakaknya.
            Tanpa menghiraukan kakaknya dia terus bercakap.
            “Wei Nisa, kau tak ingat aku ke? Sampai hati kau. Ni akulah Aira.” Katanya laju.
            “Hahaha.. yelah, ni la aku.. Cuba teka aku dekat mana?”
            “Yes! That’s right! Aku dah balik dah ni.. tapi macam biasa la ye. Kau tau kan maksud aku. Ok,lah ni nombor kakak aku. Nanti aku call kau balik kita set time jumpa ok!” ujarnya ceria.
            “Ok, Assalamualaikum” sambil menekan butang  merah tanda sudah habis bercakap.
            “Kakak sayang, orang telefon kawan orang dekat Malaysia nil ah. Eh, ni nak pergi mana? Kata nak balik?” soalnya apabila kereta tidak di halakan ke jalan menuju rumah mereka.
            “Kita pergi office abah dulu lah ye. Abah nak jumpa awak. Lagi pun Abang Emy ada dekat sana jugak.” Kata kakaknya.
            “Hah? Kenapa tak cakap awal-awal?Apalah. Abang Emy ada? Wow! Bestnya!” jeritnya kegirangan.
            “Hei adik! Behalf yourself lah! Macam budak kecik! Umur dah 22 tahun kan.”
            “Hahaha. Sorry!”
            Sesampainya mereka di pejabat ayahnya. Kakaknya menyuruh dia masuk ke dalam dahulu. Kerana dia ingin mencari parking. Dia menyuruh Aira pergi dahulu ke bilik ayahnya itu dengan menanyakan di kaunter pejabat.
            Aira berjalan masuk ke dalam bangunan milik ayahnya itu. Ini merupakan pertama kali Aira melangkah masuk ke sini. Sebelum ini ayahnya ada mengajak dia ke sini. Tetapi dia enggan. Aira tidak suka orang tahu dia merupakan anak orang berada. Hidupnya penuh dengan sederhana.
            “Tumpang tanya bilik Dato’ Aminuddin dekat mana ya?” soalnya sopan di kaunter hadapan bangunan pejabat itu.
            “Cik ni siapa? Ada apa nak jumpa dengan Dato’? Ada buat appoiment ke?” balas pekerja di front desk yang memakai tag bernama ‘Dira’ itu.
            ‘Hamboi! Cantik bahasa kau!’ marahnya di dalam hati.
            “Ehem, sorry ye. Saya tak ada buat appoiment. Tapi, Dato’ mesti nak jumpa saya.” Katanya sambil menahan sabar.
            “Cik ni salesgirl ke? Maaflah, syarikat ni tak terima salesgirl macam ni.” Ujarnya angkuh.
            “Cik…Dira, saya ni bukan salesgirl. Saya Aira, anak Dato’ so, can you give me direction to his room?” balasnya agak kasar.
            “Hah? Anak Dato’? Cik, tak payahlah nak tipu. Dengan pakaian cik ni.. tak menunjukkan cik ni anak Dato’ pun kan.”
            ‘What? La, aku pakai macam ni pun kata tak layak anak abah aku ke? Agaknya aak-anak Dato’ kena pakai baju macam mana? Ni dah cukup tutup aurat dah aku rasa’ Getus hatinya sambil menilik pakaian yang di pakainya. Dia hanya memakai jeans biru, baju t-shirt putih, tudung bewarna biru dan kasut jenis sports.
            “Adira, ada apa ni?” soal Hakimi yang baru kembali ke pejabat itu bersama dengan setiausahanya daripada mesyuarat di luar.
            ‘Ha, macam kenal je suara ni. Yes! Penyelamat dah datang. Jaga kau perempuan!’
            “Ni Encik Hakimi, perempuan ni nak jumpa Dato’ dia cakap dia anak Dato’ kira macam adik Encik Hakimi. Tapi, kalau tengok dari gaya dia ni macam salesgirl je. Kan Encik Hakimi kan?” jawab Adira dengan gaya gediknya.
            ‘Ya Allah, gediknya minah ni. Kau kutuk aku lagi eh depan abang aku! Siap kau minah gedik!’
            Aira memusingkan badannya ke belakang dan terus berjalan ke Hakimi.
            “Abang!” Aira terus memeluk Hakimi.
            Adira yang melihat adegan itu sangat terkejut. Sampai ternganga mulutnya.
            “Bos, saya masuk dulu” kata Sara setiausaha abangnya itu.
            “La adik ke? Sihat tak?” soal Hakimi. Aora masih di dalam pelukannya.
            “Hahaha. Salesgirl ni sihat.. abah mana?” jawab Aira setelah merenggangkan pelukan abangnya.
            “Hahaha.. abah ada dekat atas. Dah lama sampai?” tanya Hakimi sambil mengusap-usap kepala adiknya itu.
            “Lama la jugak. Lenguh dah kaki ni. Nak jumpa abah pun susah.” Balasnya sambil memerli pekerja yang bernama Adira itu.
            Adira sudah serba salah. Dia sudah tersalah anggap. Kawan sekerjanya itu menegurnya.
            “Tulah kau, aku dah cakap kan. Orang yang datang dekat sini layan elok-elok.Ni kau main hentam je. Kan dah kena.” Bisik teman kerjanya yang bernama Qira.
            “Diamlah kau! Mana aku tau. Sapa suruh dia pakai macam tu. Mana aku tau dia anak Dato’.” Balasnya kasar tapi masih perlahan namun dapat didengar oleh Aira.
            “Ni datang dengan siapa?” Soal Hakimi.
            “Dengan Along. Dia park kereta.” Balasnya selamba.
            “Park buat apa? Bagi jelah kunci tu dekat pekerja depan tu. Along ni memang suka macam tu.”
            “Manalah orang tau…dia…”
            “Hah, kat sini lagi? Kenapa tak masuk bilik abah lagi? Emy? Aira?” Sampuk Kakaknya yang baru melangkah masuk.
            “Nak masuk apanya Long. Baru tanya bilik abah dekat mana dah kena soal macam-macam.Dahlah, jum! Nak jumpa abahlah pulak.” Kata Aira sambil menjeling tajam kea rah Adira.
            Kakaknya dan Hakimi berjalan di hadapan dan diekori oleh Aira. Ketika melintasi Front desk dia berhenti seketika.
            “Awak jangan nak judge orang macam tu. Saya tak rasa orang yang pakai biasa-biasa ni anak orang miskin, tak kaya. Kadang-kadang, baju yang biasa-biasa ni harganya mahal tau! And kalau you nak kerja dekat sini lama. Pandai-pandailah bawak diri ya! See ya!” kata Aira sambil melangkah ke arah abang dan kakaknya yang sudahpun menuggu di hadapan lif.
            “Dah kenapa tadi?” soal Hakimi.
            “Khutbah Khamis free!”jawabnya selamba sambil melangkah masuk ke dalam lif.
            Hakimi dan Kakaknya berpandangan sesame sendiri. Aira kali ini berbeza. Tak sama macam dulu. Ada sesuatu yang terjadi dan telah menjadikan Aira mereka berubah.
            Sesampainya mereka di bilik Dato’ Aminuddin, Aira terus memeluk ayahnya dengan ceria.
            “Oh dad! I really miss you so much! Miss your voice, your laugh..hahaha” kata Aira ceria.
            “Adik, cara cakap macam orang bercinta je pulak.” Kata Kakaknya.
            “Eleh, jeleslah tu..orang tak cakap dengan dia pun macam tu. Kan abah kan…”
            “What? Kitorang jeles? Oh please la adik! Hari-hari kitorang dengar suara abah. Tak macam orang tu kan Long. Bile skype je nak nangis lah! Lepas tu sikit-skit abah..sikit-sikit abah! Manja!” kata Hakimi selamba dan mengetawakannya disokong pula oleh kakaknya.
            “Abah!” Aira pura-pura merajuk.
            “Emy, Alisa..sudah-sudahlah tu.. tak habis-habis nak cari gaduh dengan Aira ni.Dah besar kan..”Tegur Dato’ Aminuddin.
            “Eleh, dasar.. anak manja!” ejek Hakimi lagi.
            “Eleh, manja-manja pun adik Abang jugak! Kan?” kata Aira sambil mengambil tempat kosong di sebelah abangnya untuk duduk.
            “Yelah adik sayang oi.. intan..payung..” kata Hakimi.
            “Ni, adik bila nak masuk kerja ni? Syarikat ni sentiasa open untuk Aira.” Kata ayahnya.
            “Errr.. kerja?” Aira terdiam.
            “Yelah, Abang dekat syarikat ni pun sekejap je. Gantikan Aira. Ni abang nak masuk sambung belajar balik.” Kata abangnya pula.
            “Abah, boleh tak kalau Aira nak sambung belajar lagi?” pintanya.
            “Belajar? Belajar apa? Aira kan dah habis belajar.” Soal ayahnya.
            “Em..Aira ingat nak belajar sama course dengan abang.” Katanya perlahan.
            “What? Entertainment? Aira ni janganlah main-main..” kata Ayahnya.
            “Abah, dengarlah dulu… Aira nak belajar tahap diploma je. Lepas habis, Aira janji..Aira datang sini kerja. Promise!” janjinya.
            Dato’ Aminuddin terdiam seketika. Dia tahu Aira sememangnya meminati bidang muzik seperti abangnya. Cita-citan Aira pada waktu kecil adalah untuk menjadi seorang penghibur. Tetapi, sekarang itu bukan lagi cita-citanya. Kerana dia perlu mengambil alih syarikat ayahnya kerana abangny sudahpun menjadi seorang artis yang terkenal di tanah air. Kakaknya, Alisa kini mempunyai syarikat guaman sendiri.
            “Hm..baiklah, kalau macam tu. Aira boleh sambung belajar dalam bidang tu..”
            “Yes! Sayang abah!” Aira menjerit keriangan.
            “Nanti, abah tak habis cakap lagi ni…Aira boleh sambung belajar. Tapi dengan syarat..”
            “Syarat? Apa syaratnya?” Soal Aira.
            “Syaratnya.. Aira hanya boleh sambung belajar di tempat sama dengan Emy, pergi dan balik dengan Emy dan lagi satu habis je diploma Aira akan bekerja di syarikat ini. Setuju?” Kata Dato’ Aminuddin tegas.
            “Tapi….” Belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya ayahnya sudah menyampuk kembali.
            “Nak sambung ke tak nak ni?”
            “Yelah, Aira setuju…” Aira buat muka seposennya.
            “Ok, kalau macam tu. Emy, nanti kamu tolong tengok-tengokkan adik kamu ni. Bukan betul sangat pun dia ni. Dah, jum balik. Ibu dah masak dah dekat rumah tu.”
            Mereka semua bergerak pulang menuju ke rumah mereka dan meninggalkan Syarikat AtieQah Sdn Bhd.Dalam perjalanan menuju ke rumah. Dato’ Aminuddin mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan isterinya menyuruh Dato’ Aminuddin tidak membawa Aira pulang ke rumah pada hari itu kerana mereka mempunyai masalah di rumah. Aira yang tidak puas hati dengan kenyataan tersebut bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan ayahnya. Dia kemudiannya pulang mengikut kakaknya yang sudahpun berumah tangga dengan seorang doctor pulang ke rumahnya di Damansara.

No comments: