Bab 2
Keesokan
harinya Aira di bawa pulang ke rumahnya di Bukit Tinggi, Klang. Kepualngannya
di sambut mesra oleh ayah dan ibu tirinya. Aira merasa janggal dengan ibu
tirinya itu kerana setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya mengambil keputusan
untuk mengahwini ibu tirinya dua tahun kemudian.
“Aira,
mari makan. Ibu ada masak lauk kegemaran Aira ni. Aira suka makan asam pedas
dengan masak lemak cili api ni kan.” Datin Syarifah membuka bicara.
“Err..
terima kasih mak..cik…Aira tergagap-gagap.
“Eh,
kenapa panggil Mak cik..panggil je ibu..” Kata Datin Syarifah.
“Em,
ok. Sedap mak…er..ibu masak..” kata Aira sambil mengunyah makanan.
Datin
Syarifah tersenyum. Dia tahu Aira masih belum menerima dirinya sepenuhnya.
Ketika dia berkahwih dengan Dato’ Aminuddin Aira tidak pulang tetapi Aira sudah
pun menyetujui pernikahannya itu. Ketika mereka berkahwin Aira sedang sibuk
untuk menghadapi peperiksaan akhirnya di Universiti.
Sesudah
makan, Aira ingin naik ke biliknya. Ketika dia ingin membuka pintu biliknya itu
Emylia, adik tirinya yang sebaya dengannya itu menegahnya untuk masuk ke
kamarnya.
“Eh,
kau nak buat apa masuk bilik aku ni hah?” sergah Emylia.
“Ni
kan bilik aku. Aku nak msuklah.” Ujar Aira sambil memegang beg di tangannya.
“Siapa
kata ni bilik kau? Ni bilik aku lah! Tak Nampak ke tulisan besar-besar dekat
depan ni. Buta ke?!” Marah Emylia.
“What?Tapi
kan ni bilik aku dulu.”
“Lia!
Kenapa bising-bising ni?” Datin Syarifah dan Dato’ Aminuddin segera naik ke
tingkat atas setelah mendengar kekecohan di tingkat atas.
“Abah,
ni kan bilik Aira.. kenapa..” Aira tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
“Aira,
ibu minta maaf sangat-sangat. Ni memang bilik Aira dulu, tapi ibu tak dapat nak
halang Lia dari guna bilik ni. Maafkan ibu.” Datin Syarifah serba salah.
Emylia
seorang anak yang sangat keras kepala. Dia sebenarnya tidak menerima pernikahan
antara Dato’ Aminuddin dan ibunya. Dia menerima pun kerana dia tahu Dato’
Aminuddin merupakan orang berada. Pada mulanya, dia tidak mahu berpindah
mengikut ibunya ke sini. Namun, akhirnya dia bersetuju jika bilik yang
dihuninya sekarang ini menjadi biliknya. Bilik Aira merupakan bilik yang sangat
strategik. Bilik itu menghubungkan terus ke kolan renang yang dibina di tingkat
atas. Pemandangannya sangat sejuk dan menarik.
“Tak
apalah, mana bilik Aira yang sekarang?” katanya perlahan.
“Mari
abang tunjukkan.” Hakimi yang sedari tadi hanya memerhatikan kejadian itu
bersuara. Aira mengikuti abangya.
“Thanks
abang.” Itu sahaja yang dapat diucapkan oleh Aira. Hakimi tahu Aira sedih
kerana bilik yang dihuninya dahulu terdapat banyak kenangan bersama arwah
ibunya. Aira merupakan yang paling rapat dengan ibunya. Kini, sudah hampir 4
tahun ibunya meninggalkan dia.
“Adik,
abang tahu adik sedih. Abang minta maaf tak dapat nak haling budak tu dari
ambik bilik adik. Masa tu abang tak ada dekat sini. Abang ada urusan di luar.”
Hakimi duduk di birai katil bersama dengan Aira.
“Tak
apalah abang. Aira tak kisah.Ok,lah Aira nak kemas barang dulu.”
“Abang
masuk bilik dulu ya. Nanti ada apa-apa panggil je abang. Bilik abang sebelah je
kan.” Jawab Hakimi.
Hakimi
tidak tinggal di rumah itu sebenarnya. Tetapi, dia harus tinggal di situ untuk
menjaga dan melindungi Aira daripada Emylia. Dia tahu Emylia akan berbuat
sesuatu.
Aira
terus bangun dan mengemas bilik itu. Setelah mengemas, dia terus membersihkan
diri dan menunaikan solat maghrib. Setelah itu dia baring di atas katil untuk
berehat. Dia mengambil gambar di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Gambar
itu merupakan gambar terakhir yang diambil bersama dengan ibunya sebelum ibunya
meninggalkan dia buat selama-lamanya.
“Ummi,
kenapa tinggalkan adik cepat sangat? Adik rindu sangat dengan Ummi. Ummi.. adik
sedih..Ummi dulu selalu dengar cerita adik kan? Selalu layan adik…Adik rindu
ummi..rindu sangat-sangat..Kenapa ummi pergi dulu sebelum adik?” kata Aira
sendirian sambil menahan sebak.
Pintu
bilik Aira diketuk dari luar. “Adik, boleh Along masuk?”Soal Alisa dari luar.
“Masuklah
Along.”
“Hei,
kenapa adik nangis ni?” Alisa menghampiri adiknya.Dia baru sahaja sampai ke
rumah itu bersama suami dan anaknya.
“Aira
rindu dengan Ummi Along. Aira nak Ummi. Ummi faham Aira. Kenapa Ummi sakit
Long?” Ujar Aira sambil menangis.
“Adik,
janganlah macam ni. Along pun rindukan Ummi. Setiap yang hidup tu pasti akan
mati. Kita pun sama. Cuma kita tak tahu bila kita akan mati. You have to be
strong!” Kata Alisa sambil mengusap-usap kepala adiknya.
“Tapi
Long, kenapa Allah tak ambik sekali nyawa Aira? Aira nak jumpa Ummi. Aira pun
sakit dulu.”
“Adik,
adik tak sayang abang dengan Along? Abah? Kenapa adik cakap macam tu?” Hakimi
yang baru masuk ke kamar Aira terus menyampuk.
“Sayang…”
tangis Aira.
“Aira,
Along, abang, abah semua sayang Aira..Ibu pun… Aira jangan macam ni ok. Abang
janji dengan Aira, selagi abang masih hidup abang akan jaga Aira.” Kata Hakimi.
“Ya
sayang, Along pun macam tu jugak.”
“Thanks
Along, abang.. Aira sayang Along dengan abang…” kata Aira sambil memeluk
kedua-dua insan di hadapannya itu.
“Abah?
Aira tak sayang abah ke?” sampuk Dato’ Aminuddin. Dia bangga dengan
anak-anaknya sentiasa bersama-sama walaupun susah dan senang. Mereka sentiasa
kongsi bersama. Dia sangat terhutang budi dengan arwah isterinya, Atieqah yang
telah mendidik anaknya menjadi sebegitu rupa.
“Abah
lagi Aira sayang..” kata Aira sambil tersenyum
“Abah
pun sayang Aira. Macam ni lah, nanti abah kea tau abang bawak Aira pergi beli
barang perabot, kedai hiasan dalaman… you can make your own choice. Abah
bayar.” Janji Dato’ Aminuddin. Dia tidak mahu anaknya itu menangis lagi. Dia
tidak mahu anaknya itu bersedih dan yang paling penting dia tidak mahu anaknya
itu jauh lagi daripadanya.
“Hehehe..
ok! Set! Tapi.. use my own money..” kata Aira. Dia tidak mahu menyusahkan ayah
dan abangnya. Walaupun dia dilahirkan dalam kalangan keluarga yang berada. Dia
tidak pernah bongkak dan boros berbelanja. Wang yang diberi oleh ayahnya
digunakan sebaik mungkin dan dia membeli apa yang perlu sahaja.
“Nope!
Duit ayah..ayah dah janji… ok sayang. Ayah turun dulu..kesian Abang Luqman dekat
bawah sorang-sorang tu.” Kata Dato’ Aminuddin.
“Ok!
Adikku Puteri Aira Aqillah.. jangan nangis and sedih-sedih lagi ye tuan puteri.
Pasal budak tu….Erm, biaq pi jela. Asal abang ada dengan awak ok!” Hakimi
tersenyum.
Malam
itu, sesudah makan malam bersama dengan keluarganya. Dato’ Aminuddin keluar
untuk bertemu dengan kawannya daripada luar negara. Alisa, pulang ke rumahnya
kerana ada kerja penting yang perlu diselesaikan manakala Hakimi, keluar untuk
ke syarikat rakamannya untuk merekod lagu yang baru. Aira, duduk di ruang tamu
dan menonton televisyen. Sudah lama dia tidak menonton cerita melayu.
“Lia!
Nak pegi mana malam-malam ni? Hari-hari Lia keluar. Nanti abah balik abah marah
baru tau.” Suara Datin Syarifah kedengaran.
“Ibu,
suka hati Lia nak pergi mana pun. Jangan sibuk boleh tak? Alah, abah tak ada
kan.. lagipun kalau dia ada pun bukan dia marah Lia keluar. I’m not her daughter ok!”
bentak Emylia.
Aira
hanya memerhatikan pertelingkahan dua beranak itu. Terganggu kosentrasinya terhadap
rancangan televisyen yang disiarkan.
‘Minah
sorang ni, sehari tak jerit-jerit tak sah ke hidup dia ni. Cair jugak taik
telinga aku ni ha. Hei! Geram betul aku.’ Marahnya Aira di dalam hati.
“Eh,
Lia ni jangan melampau. Ingat sikit. Ni bukan rumah Lia. Awak menumpang je taw.”
“Ibu,
habis tu? Ibu nak Lia buat apa? Lia nak keluar dengan kawan Lia ni. Nanti
lambat pula.”
“Ehem…Siapa
nama kau..L…Lia eh? Camni jela.. tak boleh ke cakap elok-elok sikit dengan ibu
kau ni? Ke kau memang tak reti nak hormat orang?” kata Aira setelah hanya
memerhatikan pertelingkahan dua beranak itu.
“Kau
diam eh, Kau tu siapa nak cakap dengan aku ha!?” bentak Emylia apabila ditegur.
“Wow,
saba sikitlah..aku tegur je.. Dia ni kan ibu kau.. hormatlah sikit orang tua ni
kan.. orang ni yang lahirkan kau.. tak reti nak besyukur ke?” marah Aira.
“Eh,
perempuan..kau suruh aku cakap elok-elok yang kau tu apa hal cakap kasar jugak!”
“Hello
miss Lia.. aku cakap macam ni sebab kau cakap macam tu. Senang cerita jelah
kan. Ibu tak bagi keluar kan? So, pergi masuk bilik kau tu.. tak payah keluar.”
“Eh,
kau siapa nak haling-halang aku? Suka hati aku lah!” kata Emylia sambil
berjalan menuju ke rak kasut. Dia pantang apabila ada orang melawan
percakapannya. Dato’ Aminuddin juga kalah apabila dia berbicara. Dia Cuma gerun
pada Hakimi dan Alisa. Baginya mereka sangat kolot. Kini sudah bertambah pula koleksi
musuhnya yang baru iaitu Aira!
“Em,
nak keluar sangat kan? Boleh… tapi, bak sini dulu kunci rumah.” Minta Aira.
“Eh,
kau apa hal nak mintak kunci aku pulak?!”
“Memandangkan
ibu dah kata tadi kan kau menumpang. So, buatlah cara menumpang. Bak sini
cepat!”
“Mana
boleh! Suka hati akulah nak bagi ke tak.”
“Ok,
tak nak bagi kan? Senang je kalau dengan aku ni.” Aira menuju ke pintu rumah. Datin
Syarifah hanya memerhati. Dia berharap agar Aira boleh buat sesuatu. Dia sudah
tidak tahu bagaimana untuk menghalang anaknya ini daripada keluar. Dia tidak
kisah jika Emylia hendak keluar. Tapi pa yang dirisaukan olehnya ialah Emylia
hanya akan pulang selepas jam 3 pagi.
“Pak
Man….” Aira memanggil pengawal keselamatan rumahnya itu.
“Kau
nak buat apa ni?” marah Emylia.
“Ada
apa cik Aira?” soal Pak Man di hadapan pintu rumah.
“Kau
nak bagi kunci atau kau tak boleh keluar? Bukan hari ni je.. tapi buat
selama-lamanya. Dengan aku kau jangan nak main-main ok. Dengan abah aku kau
boleh lagi nak berlagak.”
“Ok,
ambiklah!.. Aku boleh tidur dekat luarlah!”
“Hey
Lia, tidur luar? Cukup duit ke? Macam ni jelah.. Kau ada dapat elaun dari abah
aku kan? Hurm, unfortunately.. aku dah balik ni.. so, kau kena behalf lah..
kalau nak stay dapat elaun tu.” Kata Aira.
“Maksud
kau?”
“Hehe..kau
tak tahu ke? Patutnya duit elaun kau tu..bahagian aku punya. Tapi, aku cakap
dekat abah, bagi dekat kau jelah. Sebab aku ada duit lagi dekat sana tu. Tapi,
aku tengok… kau ni boroslah!”
“What?”
“Pak
Mat, lebih pukul 12 jangan bagi dia ni masuk rumah lagi, biarlah dia nak tidur
mana. Rumah ni bukan hotel. Suka hati nak masuk keluar ikot dia. Kunci ni kau
jangan nak mintak dari ibu.”
“Dengar
tu Lia, ibu dah cakap tadi tak dengar.” Datin Syarifah menyokong kata-kata
Aira. Sebenarnya dia terkejut juga dengan apa yang diungkapkan oleh Aira.
Setahunya Aira merupakan seorang yang lemah lembut dan tidak sebegitu.
“Erm..ha,
lagi satu..tak payah membazirlah nak tidur hotel tu. Dari habiskan duit tu,
baik kau beli kain ela tampal sikit bahagian-bahagian yang tak cukup kain ni. Ok!”
kata Aira selamba.
Pak
Man yang berada di situ ingin ketawa melihat reaksi muka Emylia. Selama ini
hanya Hakimi yang berani menegur Emylia sebegitu rupa. Alisa jarang sekali
kerana dia sudah berkeluarga.
“Ei!
Geramnya aku.. jaga kau perempuan!”bentak Emylia sambil melangkah keluar rumah.
Aira
kembali duduk di atas sofa untuk menonton televisyen yang tergendala sebentar
tadi.
“Err..Aira,
ibu minta maaf atas apa yang Lia tu buat..” kata Datin Syarifah sambil duduk di
sebelah Aira.
“Eh,
kenapa ibu nak minta maaf pula. Aira minta maaf kalau kasar tadi. Aira tak
cakap betul pun tadi.” Kata Aira lembut.
“Ibu
tak salahkan Aira. Selama ni, tak ada siapa nak marahkan dia. Abah cakap pun
dia tak nak dengar. Dia kata abah tu bukan siapa-siapa dengan dia. Hakimi je
yang selalu marah dia. Tapi, ni dia tak ada.”
“Ibu,
janganlah sedih. Tak apa. Dia tetap keluarga Aira. Lia tu tak boleh ditegur
secara elok. Kita kena lawan balik apa dia cakap, supaya dia sedar.”
“Pasal
bilik tu…..”
“Ibu..
its okey. Tak ada apalah. Aira tak kisah pun. Lagipun, bilik sekarang ni pun
ok. Aira boleh ubah ikut cita rasa Aira sendiri. I want make something
different. Just wait and see.” Ucap Aira ramah.
“Aira
tak nak keluar ke? Awal lagi ni.. Tak bosan ke duduk rumah?” soal Datin
Syarifah.
“Em,
nak keluar….tapi tak ada kawanlah.. Kawan-kawan Aira busy sekarang ni.. esok
kot..”
“Oh,
tak apalah kalau macam tu..”kata Datin Syarifah. Sebenarnya dia ingin sekali
mengenali Aira dengan lebih dekat. Perwatakan Aira memikat hatinya. Tegas,
lembut dan ada sedikit sifat manja.
“Ha,
apa kata Aira keluar je dengan ibu.. ibu ada lessen kereta tak?” soal Aira.
Sememangnya dia juga ingin mengenali hati budi ibu tirinya ini.
“Ibu
boleh je drive.. betul ni Aira nak keluar dengan ibu? Ibu beritahu abah ya?”
gembira hati Datin Syarifah mendengar apa yang diungkapkan oleh Aira.
“Biar
Aira call abah. Ibu pergi siaplah.. Aira naik kejap..” ujar Aira sambil
tersenyum.
Sepuluh
minit kemudian mereka sudah berada di dalam kereta. Aira menyuruh Datin
Syarifah memandu kerana dia tidak biasa dengan jalan di situ. Baru balik
Malaysia kan! Ayahnya dengan lapang hati member keizinan kepadanya untuk keluar
bersama Datin Syarifah. Mereka berhenti di Jusco Bukit Tinggi berhampiran
dengan rumah mereka.
“Ibu,
Aira tanya sikit boleh tak?” sewaktu mereka duduk berhat setelah puas
meronda-ronda.
“Ada
apa? Tanya jelah.” Datin Syarifah tersenyum.
“Ibu
kenal abah dah lama ke?” soal Aira ingin tahu.
“Ibu,
kenal abah.. sebelum ummi Aira meninggal lagi. Kami kawan dari universiti.Tapi
hanya sebagai seorang kawan. Kami rapat.. tapi perasaan cinta tu tak ada. Sebab
bagi kami, kawan itu adalah segala-galanya.”
“Habis
tu, kenapa ibu kahwin dengan abah?”
“Jodoh
sayang, lepas suami ibu meninggal…abah Aira datang pada ibu.. dia cerita yang
ibu Aira sakit..ibu kenal dengan ummi Aira. Perwatakan dia sama macam Aira.
Sebelum ibu Aira meninggal hari tu… Dia ada suruh kami bersatu. Tapi, ibu tak
mahu.. sebab bagi ibu cinta abah Aira hanyalah pada ummi Aira, Atieqah.”
“Hurm,
Aira sayang sangat dengan ummi Aira. Dia faham Aira. Sekarang dia dah tak ada.
Aira harap, ibu dapat gantikan kasih sayang seorang ibu yang Aira dah hilang..
boleh ibu?”
“Boleh
sayang, kalau Aira nak tau..ibu nak sangat jaga Aira macam ummi Aira jaga Aira.”
Kata Datin Syarifah sambil mengusap kepala Aira yang ditutupi dengan tudung
itu.
“Thanks
ibu! Jom, kita jalan dekat sana pulak. Aira nak cari seluar jeans lah!” Kata
Aira sambil memegang tangan ibunya memasuki kedai LadyLike.
Setelah
habis meronda-ronda mereka pulang terus ke rumah pada jam 10.15 malam.
Kepulangan mereka di sambut oleh Dato’ Aminuddin dan Hakimi.
“Amboi..amboi..banyak
barang budak kecik..”usik Hakimi smabil mengambil barang daripada tangan
adiknya.
“Ha?
Mana ada . Jeles lah tu tak dapat keluar dengan orang.” Balas Aira selamba.
“Emy,
suka sangat kacau adik dia ni…” Dato’ Aminuddin menegur.
“Alah,
biarlah mereka bang.. usik-usik tu biasalah adik beradik ni..” Datin Syarifah
duduk di sebelah suaminya. Manakala, Aira selamba duduk di atas riba abangnya.
“Hei,
hampeh punya adik! Sakitlah.. bangun-bagun…” kata Hakimi.
“Hehehe..opppsss…sorry
abangku sayang…”kata Aira sambil bagun dan duduk di sebelah abangnya itu. Dato’
Aminuddin hany menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Abang
record lagu apa tadi? Nak dengar boleh?” Kata Aira sambil mengambil beg kertas
yang berisi barang-barang yang dibelinya sebentar tadi.
“Lagu
baru. Belum siap lagi. Nanti dah siap abang bagi adik dengar. Sekarang ni
tengah nak carik penyayi perempuan back up lagu abang. Tapi, tak jumpa lagi.”
“Oooo..nanti
bagi adik dengar ye. Nah! Ni untuk abang!” kata Aira sambil menyuakan sehelai
baju kepada abangnya.
“Eh?
Apa ni?”
“Ambik
jelah..orang belanja.. hehehe..”
“Wow!
Prada! Cantik!” puji abangnya.
“Trimassss..hehe..
ni abah punya…” Aira memberikan sehelai tali leher kepada ayahnya.
“Ni
semua Aira yang pilih ke ibu?” soal ayahnya.
“Aira
yang pilih bang.. cantik kan?” Datin Syarifah menjawab. Dia kagum dengan gaya
pemilihan Aira. Simple dan menarik!
“Dia
ni memang ibu… Emy, dulu sebelum dia pergi luar negara sana tu..kalau nak pilih
barang memang ajak dia.” Hakimi memuji adiknya itu.
Mereka
berbual-bual sehingga jam sudah menunjukkan ke angka dua belas. Kelihatan
kereta milik Emylia pulang. Ketika Emylia masuk ke dalam rumah mukanya masam.
“Hah,
awal balik….” Hakimi berkata. Dato’ Aminuddin dan Datin Syarifah hanya
mendiamkan diri mereka sahaja.
“Awallah
abang.. nanti kene tidur dekat luar…” Aira pula berkata separuh berbisik tapi
dapat didengari semua yang berada di situ.
“Oh,
yeke? Ingatkan nak jadi burung hantu lagi…”
“Tak
boleh bang…tak boleh.. dah kena rantai.. kunci dah disimpan..”
Datin
Syarifah mengajak Dato’ Aminuddin masuk ke bilik. Dia ingin membiarkan dua
beradik itu menguruskan anaknya yang satu itu.
“Korang
kan……” Emylia tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila melihat muka Hakimi.
“Ok,
done! Jom abang masuk tidur…. Kau.. jangan lupa solat yer…bye!” kata Aira
sambil menarik tangan abangnya naik ke tingkat atas meninggalkan Emylia
keseeorangan.
Emylia
mengetap bibirnya. Geram dengan kelakuan dua beradik itu. Dia ingin memarahi
mereka namun, dia tiada kuasa.
No comments:
Post a Comment