Tuesday 23 July 2013

di sebalik rahsia hati ini~ renungan bersama

Salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimat..
bingkisan daripada hati yang sedang gundah gelana memikirkan apakah ini salahku atau takdir ALLAH yang ingikan yang terbaik buat diri ini..

Kata orang, hidup kita takkan sempurna jika tiada masalah yang menimpa diri kita,. .yup! itu betul. . dan sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, pelbagai masalah dan rintangan yang pernah kita alami bukan??

"allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya"

kata2 ini sering bermain di fikiran dan hati ini. .kata2 ini sememangnya benar, cuma, cara kita menyelesaikan dan menghadapinya. Ada orang lebih suka mendiamkan diri, memerhati daripada masuk campur dan membuka mulut utk menyelesaikan masalah.

"Diam itu lebih baik daripada berkata-kata"

dan kata2 itu menjadikan diri ini lebih berhati2 utk berkata2..
diam xsemstinya kita mengiyakan apa yg dikatakan oleh orang lain mahupun menyetujuinya. .
diam itu kadangkala menjadikan diri kita lebih matang dan bersedia menghadapi sesuatu. .
kesulitan,kepayahan,masalah dan dugaan yang kita hadapi pasti akan menemui akhirnya. .
jika tidak sekarang, perkara itu tetap akan berlaku. .





"kita merancang, dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH"

ungkapa yang menjadikan diri ini lebih semangat dan sentiasa sedar, apa yang kita rancang selama ini, jika tidak berkenan di sisi ALLAH, pasti akan tidak terjadi mahupun tergendala..
kita merancang utk tidak berjumpa dgn seseorang di kemudian hari, tetapi kita tidak tahu. . ALLAH sudah merancang bahawa kita tidak akan perbah berpisah dengannya. . itulah QADA' DAN QADAR ALLAH.

masalah yang kita hadapai, kadangkala perlu untuk kita berkongsi dengan orang lain, tetapi tidak perlu sampai kita mengupat, mencerca seseorang itu.. perasaan tidak puas hati, marah, benci adalah lumrah dalam sebuah kehidupan..dan ALLAH akan tiupkan segala perasaan itu kepada sayang, kasih dan cinta terhadap orang itu tanpa kita sedari..benci lah macam mna pun, marah  dan umpatlah! kerana kita tidak tahu takdir ALLAH yang MAHA ESA!

sekelip mata dia boleh menjadikan perasaan itu menjadi serba salah. .
pernahkan anda mengalami perasaan seperti ini? saya?
ya! itu jawapan saya.. dan sehingga kini saya masih lagi memuhasabahkan diri saya agar tidak terpengaruh dengan hasutan hati yang jahat. .

"sentiasa mengingatkan diri kita supaya sentiasa berperasangka baik terhadap seseorang, dan jangan kita benci, marah terhadap seseorang itu tanpa sebab dan alasan yang kukuh"

sehingga ke hari ini hati ini masih berbelah bagi untuk memohon kemaafaan,
namun, apabila difikirkan, kita tidak perlu bermusuhan kan?
benda yang lama memang akan selalu pahit apabila difikirkan kembali. .
tetapi, apabila kemaafan dan memaafkan itu terjadi secara tidak langsung persengketaan, segala kenangan yang pahit akan terhapus dari semasa ke semasa. . smapai bila kita mahu bermusuh?
kita bukan ALLAH yang boleh menghukum seseorang. . nobody's perfect!
doakan saya utk memohon kemafaan terhadap seseorang itu. .




"beralah buka bereti kita kalah"

ungkapan yang ini menjadikan diri ini terfikir tidak salah bukan jika kita beralah untuk kebaikan?
tipulah, jika hati ini tidak kecewa dan terluka. . namun, untuk kebaikan bersama. .perkara ini perlu diambil kira. .biarlah ALLAH yang melihat dan menilai hati kita.. manusia bukan sesiapa utk menilai dan menghukum..

"bersangka baik!"

ya, di zaman era teknologi yang serba canggih ini, senang sahaja utk kita berkongsi masalah kita kepada org. FACEBOOK,TWITTER,,SKYPE,WE CHAT? yup! kita boleh berinteraksi dengan org.. tapi, tahukah kita apa yang kita POST, kadang2 buat orang lain terasa dan merasakan orang yang kita tidak puas hati itu adalah dia? tetapi, kita tidak bermaksudkan itu? kita tidak pernah memkirkan tentang org yang terasa itu? ya, jujur saya katakan. saya pernah post sedemikian rupa, ikut kata hati yang sedang marah dan kecewa. .tapi, kita kadang2 tidak sedar bahawa terdapat ramai  yang memkirkan bahawa itu dia. .. ungkapan maaf saya utarakan kepada mereka yang pernah merasakan diri mereka diperli oleh saya satu ketika dahulu..

"kepada ALLAH adalah tempat yang paling sesuai utk kita meluahkan rasa hati"

lumrah jika perasaan marah mengusai diri, tetapi kita kadangkala tidak sedar apa yang kita ungkapkan dari mulut adalah perkara yang tidak baik, andai diri kita sedih, kecewa dengan sesuatu, mohonlah..dan menangislah ketika kita sedang berhubung dengan SANG PENCIPTA. tak guna jika kita bercerita kepada orang lain even sahabat kita sendiri..kerana, kita sendiri tidak pasti adakah dia memahami apa yang kita ceritakan..dan kadang-kala apa yang kita ceritakan boleh mengundang fitnah, kata2 cerca yang keluar dari bibir kita memungkinkan kita akan dihukum di akhirat kelak jika benda yang kita ceritakan itu tidak benar. MENGADULAH KEPADA SANG PENCIPTA YANG LEBIH MENGETAHUI SEGALA SESUATU..





"kita bukan sempurna"

manusia? siapa kita? tahukah kita berasal daripada apa?
nah! jangan kita anggap diri kita ini perfect! judge orang sana sini, tanpa kita sedar orang memerhatikann sahaja cara dan tingkah laku kita..cth, apabila kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu kita akan mengumpat, mengatakan orang itu begini,begitu..tapi kita tidak sedar, sedang kita bercerita mengenai orang itu, perkara itu berbalik kepada kita. lebih2 lagi di bulan puasa ini, mungkin banyak dugaan yang menimpa kita. ada org menyakiti hati kita. .jangan terlalu menghukum orang, sedangkan diri kita bukan sempurna utk menghukum atau mengenaka hukuman terhadap sesuatu..

"SABAR,TAQWA,YAKIN!"

kunci segala masalah dan dugaan yang melandan diri kita adalah SABAR! ganjaran yang tinggi pasti diperoleh oleh seseorang yang SABAR terhadap sesuatu yang menimpa diri mereka. .
jangan selalu mengeluh terhadap sesuatu yang terjadi pada diri kita, sentiasa MUHASABAH DIRI kita. mungkin ada sebab kenapa perkara itu terjadi kepada diri kita. KITA TIDAK TAHU BUKAN?
hidup di dalam dunia ini, kita haruslah sentiasa TAQWA  kepada ALLAH. kurangkan melakukan perkara yang sia2.. tidak guna, jika pakaian dah elok, jaga pandangan tapi, percakapan, perlakuan kita masih lagi tidak diubah..jangan jadikan diri kita berpura2 menjadi orang yang baik. ya! perkara ini memerlukan masa dari semasa ke semasa. .

akhir kalam, jika ada yang mengenali diri ini di luar dan diri ini tidak melakukan perkara apa yang dri ini katakan, harap tidak menghina dan menerjah diri ini. kerana, diri ini masih lagi belajar dan berusaha merubah segala apa yang buruk itu kepada kebaikan. . insyallah, diri ini berharap agar ALLAH sentiasa berada di sisi kita semua.~