Bab 6
Enam tahun yang
lalu…
Minggu
pertama di UiTM Kuala Terengganu sangat sibuk bagi semua pelajar yang baru
mendaftar, terutamanya bagi pelajar semester satu. Aira juga begitu, dia sibuk
bekejar ke sana dan ke sini. Kelas
pertama pada hari itu bermula pada jam 12.00 tengah hari. Aira berjalan
keseeorangan menuju ke kelasnya. Dalam perjalanan menuju ke kelasnya dia telah
dilanggar oleh seseorang dari arah belakang.
“Hey,
dah langgar tu buatlah cara dah langgar orang!” marah Aira sambil mengambil
bukunya yang jatuh.
Pemuda
yang melanggar Aira sebentar tadi berhenti daripada berjalan dan berpatah balik
menuju ke Aira.
“Eh,
sorry..sorry sangat-sangat..ingat tadi tak kena..sorry…” pinta pemuda itu
ketika Aira sudahpun bangun.
“Tak
apalah.. I’ll go first.” Kata Aira sambil berjalan dan meninggalkan pemuda itu
dia takut terlewat ke kelas.
Di
dalam kelas, pensyarah memberikan arahan kepada mereka untuk membina satu
kumpulan untuk assignment kumpulan.
“Kita
satu group jelah eh…” kata seorang yang berada di sebelahnya.
“Ok…
tak kisah…” kata Aira sambil tersenyum.
“Nama
aku..Nisa…”Nisa memperkenalkan dirinya.
“Aku
Ila…” orang yang disebelah Nisa memperkenalkan dirinya.
“And
me..Tikah..” ujar seorang lagi.
Kumpulan
Aira masih tidak cukup seorang. Melihat sekeliling kelas mereka, kelihatan
semua sudah ada kumpulan masing-masing. Tiba-tiba kumpulan mereka didatangi
oleh seseorang.
“Boleh
join group ni?” soal pemuda itu.
Aira
memandang Nisa supaya menjawab pertanyaan pemuda itu.
“Err…
sekejap eh… tanya diorang dulu…” kata Nisa sambil memandang dua orang lagi
sahabat barunya itu.
“Ok,
macam nilah….errr..” Nisa tidak tahu mahu memanggil pemuda itu apa.
“Aeril..
panggil Aeril je..” kata pemuda itu sambil tersenyum.
“Ok,
Aeril? Nama peliklah pulak.. tak apalah, kitorang tak kisah… tapi kenapa eh tak
masuk group yang ada lelaki semua?” soal Nisa pelik.
“Sebab…
dah penuh! So, tak ada group…” balas Aeril selamba.
Nisa
memandang Aira untuk menjawab pula. Belum sempat Aira berkata-kata, pensyarah
di hadapan mereka sudah bersuara.
“Ok,
semua dah ada kmpulan masing-masing? Yang belakang tu dah settle belum?” soal
Pn. Rahayu sambil memandang kumpulan Aira.
“Ha?
Dah.. dah settle..” kata Aira.
“Have
a seat.. welcome to our group..” kata Aira akhirnya memberikan persetujuan.
Ketika
pensyarah mereka menerangkan sesuatu di hadapan, Aeril yang duduk di sebelah
Aira menulis sesuatu di atas kertas kecil, lalu memberikannya kepada Aira.
‘Sorry psl
tadi..i really didn’t meant it’
-Aeril –
Aira
membaca kertas itu sepintas lalu dan membalasnya.
‘It’s
okey! Tak apa.. tahu xsengaja.. lain kali jangan buat lagi okey! :)’ –Aira-
Aeril
membaca nota itu dan tersenyum memandang Aira. Aira membalas senyumannya. Habis
sahaja kelas untuk sesi itu, mereka semua bergegs menuju ke cafe untuk
menikmati makan tengah hari. Sebelum berpisah, mereka bertukar nombor telefon
bimbit untuk memudahkan mereka berbincang lagi nanti.
Malam itu ketika
Aira sedang mengemas mejanya, lagu Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian kumpulan
Mojo berkumandang. Aira mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas katil
untuk menjawab.
“Hello..Aira ke
ni?” soal si pemanggil.
“Yup! Ni siapa eh?”
soal Aira pula.
“Err… ni… em… ni
Aeril lah…” kata si pemaggil lagi.
“Oh, Aeril.. ada
apa call Aira?” Soal Aira pelik kerana belum ada apa-apa tugas yang perlu
mereka lakukan pada waktu ini.
“Eh, tak ada
apa-apa..saja call.. bosanlah..”
‘Oh..ok.. tengah
buat apa ni?” Soal Aira janggal. Dia jarang berhubung dengan lelaki adapun
hanya abangnya Afdhal Hakimi.
“Erm, tak buat apa
pun.. tengah cakap dengan Airalah ni..”
“Erk? Hehe.. erm..
nak cakap apa eh? Sorry Aira tak biasa nak cakap dengan lelaki.. lagi-lagi yang
tak berapa nak kenal..” balas Aira jujur.
“Em, sorry kalau
tak selesa.. Aeril nak kawan je dengan Aira..” kata Aeril.
“Oh, kita kan dah
kawan..” hanya itu yang Aira katakan.
“Aira, sorry pasal
tadi.. nak cepat masuk kelas.. then, langgar Aira.. sorry sangat-sangat..tak
sangka pulak Aira satu kelas dengan Aeril..” kata Aeril.
“Oh, it’s ok.. dah
jadi pun… tak ada apa-apalah.. dah cakap pun kan amsa kelas tadi..”
“Hurm, Aira asal
mana eh?” soal Aeril ingin tahu.
“Selangor…Aeril?”
soal Aira kembali.
“Asal sini je..
Terengganu.. tapi jauh la dekat Setiu..”
“Oh, Setiu dekat
mana pun Aira tak tahu..hehe..”
“Haha..tak apalah,
one day Aira sampai jugak.. tiga tahun dekat sini kan..”
“Hopefully… hehe…”
“Err..tak apalah..
sorry kalau ganggu Aira..lupa pulak nak tanya tengah buat apa tadi..”
“Eh, tak apa..
tengah kemas-kemas meja je..tak ada buat apa pun..”
“Oh, sorry again
for disturbing you.. jumpa esok eh.. nyte!” kata Aeril mengakhiri perbualan.
“Hopefully yes..
ok.. nyte also..” kata Aira sambil menekan end call. Selepas itu, Aira pun
kembali meneruskan kerjanya yang tertangguh tadi.
Manakala bagi
Aeril, dia tidak tahu mengapa dia mahu berkawan dengan Aira. Ada sesuatu yang
ada pada gadis itu yang menjadikan dirinya untuk mendekati Aira.
‘Kenapa eh aku nak
berkawan dengan dia? Ada sesuatu yang pada dia aku tak nampak pada mana-mana
perempuan yang aku kenal sebelum ni. Hurm,…’ getus hati kecil Aeril.
Keesokan harinya
mereka Aira pergi ke kelas bersama-sama dengan Nisa, Ila dan Tikah. Mereka
berempat menjadi semakin rapat.
“Eh, jum keluar
nak? Aku nak beli baranglah..” kata Nisa.
“Urm, bila? Aku ok
je.. aku pun ada barang yang nak dibeli..” kata Ila pula.
“Aku tak boleh
ikutlah..sebab aku tak ada apa-apa nak beli..korang pergilah ye..” Tikah pula
member jawapannya.
“Erm, korang nak
pergi bila? Aku kena tengok masa jugaklah..” balas Aira pula..
“Kita pergi
weekend ni nak tak? Jumaat ke Sabtu?” Nisa menyoal mereka.
“Aku rasa better
Sabtu kot, kalau nak naik prebet, Jumaat confirm lambat.. sebab diorang mesti
nak pergi solat Jumaat..” kata Aira.
“Ok! Set..kita
pergi Sabtulah eh…” Ila
“Ok! Set..jum…
nanti lambat…” kata Nisa.
Kelas Business
Mathematics pada hari itu berjalan seperti biasa. En. Sufian pensyarah mereka
memberikan penerangan sedikit sebanyak mengenai pelajaran tersebut. Tiada
assignment lagi yang perlu mereka lakukan.
Malam itu, ketika
Aira sedang berehat di atas katil I-Phone 3gs miliknya berbunyi menandakan ada
pesanan ringkas masuk.
Hye! Tgh
wat pe? –Aeril-
Nothing..tengah lepak2 ats katil je..
baru lepas ckp dgn abg -Aira-
Oh, abg? Buah hati ke? Hehe… -Aeril-
Hurm? Hahaha.. yup! Org yg sya syg
lpas ayh,ummi, and kakak saya.. –Aira-
Wow! Dah ada borfriend rupanya..
melepas.. L -Aeril-
Melepas? Means wht? –Aira-
Yelah, orang tu dah ada yang
punya..baru nk try2..hehe..*malu! -Aeril-
Hahaha..
my brotherlah.. tak payah nk malu sgtlah kan.. –Aira-
Hehehe..shy2 lah.. Aira rpt eh dgn abg
Aira? –Aeril-
Yup! Very close.. syg dye sgt2..
hehe.. –Aira-
Anak manja lah ni? Hehe.. –Aeril-
Manja dgn family jelah.. dgn org lain
x pon.. –Aira-
Hahaha.. Aira ank ke brpa dlm fmly?
–Aeril-
Ke-3.. the last one..after that dah
xda dah.. Aeril ?–Aira-
Oh, patutlah..anak bongsu eh..
hehe..Aeril ank ke-2..ada 4 org adk brdik..
–Aeril-
Oh..bongsu pun xmnjalah.. err..ok,lah
Aeril..Kita msj lain kali ye.. - ada org
nak call Aira..salam..nyte! –Aira-
Oh, ok2.. nyte too..salam.. –Aeril-
Selepas
membaca pesanan ringkas daripada Aeril, Aira menghantar pesanan ringkas kepada
abangnya yang menelefonnya sebentar tadi. Tidak sampai satu minit, deringan
telefeon kedengaran.
“Hello, kenapa
baru nak suruh abang call? Tadi buat apa? Busy ke?” soal Hakimi.
“Hehehe..sorry
abangku sayang.. tak adalah.. mesej dengan kawan je… kenapa abang call Aira
lagi ni?” soal Aira pelik.
“Kawan ke pakwe
dik? Hahahaha..” Hakimi mengenakan Aira.
“Tak ada maknanya
ok abang… kawan jelah.. Aira datang sini bukan nak cari pakwe-pakwe ni.. tolong
sikit eh…” balas Aira geram.
“Lah…janganlah
marah..abang gurau jelah..ni abang ada berita gembira ni…” kata Hakimi dengan
nada yang sangat gembira.
“Hah? Apa dia
bang? Happy semacam je Aira dengar..dah jumpa awek baru ke? Hahaha” Aira
mengenakan abangnya kembali.
“Hah, banyaklah
awak dik.. tak, ni abang terima tawaran dari satu syarikat rakaman…” ujar
Hakimi dengan nada yang teruja.
“What? Seriously?
Oh my god! I’m so proud of you bro!” Aira turut sama teruja.
“Hahaha.. abang
pun tak sangka.. you know what..kalau Aira ada depan mata abang ni dah lama
abang hug you! Miss you lah adik!” kata Hakimi lagi.
“Hahaha..i will
hug you to.. abang ni… macam budak-budaklah..haha.. Aira pun rindu jugak..”
kata Aira.
“Adik, take care
yourself ok..kalau abang free abang turun sana to meet you.. adik jangan
nakal-nakal tau..” Hakimi risau dengan keadaan Aira yang keseorangan di sana.
Mereka tiada ahli keluarga yang menetap di situ.
“Hey! Chill ok..
I’m fine.. adik ingatlah cakap abang tu.. don’t worry ok.. insyallah adik jaga
diri.. “ ujar Aira yang kadang-kala membahasakan dirinya adik.
“Ok, anything just
call or text me ok.. abang sentiasa ada untuk adik..” kata Hakimi lagi. Macam
pasangan bercinta kan?
“Hahaha..abang
buat Aira macam makwe dia pulak…” Aira ketawa.
“Orang betul-betul
main-main pulak..awak makwe abang buat masa sekarang ni la.. kak Long dah ada
pakwe dia sendiri kan…” kata Hakimi merujuk kepada kakak sulungnya yang sudah
pun mendirikan rumah tangga.
“Ok, I will be
your girlfriend.. hehehe.. enough?”
“Hahaha..yup!
cukup! Hahaha..adik.. abang bosanlah…”
“Pulak? Hey cik
abangku sayang.. esok ada kelas kan? Study elok-elok tau.. nyanyi tu nyanyilah
jugak.. tapi, jangan abaikan study tu..that’s more important!” Aira menasihati
abangnya itu. Hakimi sudahpun melanjutkan pelajarannya ke university di
Selangor dan mengambil kos muzik. Itu minatnya dan ayahnya juga tidak
menghalang.
“Hahaha..Aira
pulak yang nasihatkan abang.. ok, I promise!adik pergi tidurlah.. dah malam kan
ni…”
“Hai..nak tidur
macam mana? Dah orang dekat sana yang kacau?”
“Hehehe..ok, good
night adik! Pray for me tomorrow.. abang kena pergi syarikat tu..nak comfirmkan
semuanya..”
“Good night to you
too..ok! insyallah..do your best!” kata Aira mengakhiri perbualan.
Sedang Aira
berbaring untuk tidur, dia memikirkan keluarganya di Selangor. Rindu! Dia
jarang sekali berjauhan dengan keluarganya. Selepas ibunya meninggal, dia
menjadi semakin rapat dengan abangnya. Bagi Aira, Hakimi terlalu baik
dengannya. Apa sahaja yang dia mahu Hakimi cuba penuhi segala-galanya. Ketika
arwah ibunya meninggal, Airalah orang yang paling sedih sekali. Kerana dia yang
paling rapat dengan arwah ibunya. Ayahnya kata, sifat arwah ibunya itu mengalir
ke dalam dirinya.
‘Ibu! Qilla rindu
dengan ummi.. I miss you so much.. kalaulah ummi ada sekarang ni.. mesti Qilla
happy ummi. Mesti ummi yang sibuk nak
uruskan Qilla.. kan ummi?’ hati Aira bermain dengan kata-kata dan tanpa sedar,
Aira tidur dalam linangan air mata.