Saturday, 22 September 2012

::cinta itu milik aku (2)::



Bab 2

            Keesokan harinya Aira di bawa pulang ke rumahnya di Bukit Tinggi, Klang. Kepualngannya di sambut mesra oleh ayah dan ibu tirinya. Aira merasa janggal dengan ibu tirinya itu kerana setelah ibunya meninggal dunia, ayahnya mengambil keputusan untuk mengahwini ibu tirinya dua tahun kemudian.
            “Aira, mari makan. Ibu ada masak lauk kegemaran Aira ni. Aira suka makan asam pedas dengan masak lemak cili api ni kan.” Datin Syarifah membuka bicara.
            “Err.. terima kasih mak..cik…Aira tergagap-gagap.
            “Eh, kenapa panggil Mak cik..panggil je ibu..” Kata Datin Syarifah.
            “Em, ok. Sedap mak…er..ibu masak..” kata Aira sambil mengunyah makanan.
            Datin Syarifah tersenyum. Dia tahu Aira masih belum menerima dirinya sepenuhnya. Ketika dia berkahwih dengan Dato’ Aminuddin Aira tidak pulang tetapi Aira sudah pun menyetujui pernikahannya itu. Ketika mereka berkahwin Aira sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhirnya di Universiti.
            Sesudah makan, Aira ingin naik ke biliknya. Ketika dia ingin membuka pintu biliknya itu Emylia, adik tirinya yang sebaya dengannya itu menegahnya untuk masuk ke kamarnya.
            “Eh, kau nak buat apa masuk bilik aku ni hah?” sergah Emylia.
            “Ni kan bilik aku. Aku nak msuklah.” Ujar Aira sambil memegang beg di tangannya.
            “Siapa kata ni bilik kau? Ni bilik aku lah! Tak Nampak ke tulisan besar-besar dekat depan ni. Buta ke?!” Marah Emylia.
            “What?Tapi kan ni bilik aku dulu.”
            “Lia! Kenapa bising-bising ni?” Datin Syarifah dan Dato’ Aminuddin segera naik ke tingkat atas setelah mendengar kekecohan di tingkat atas.
            “Abah, ni kan bilik Aira.. kenapa..” Aira tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
            “Aira, ibu minta maaf sangat-sangat. Ni memang bilik Aira dulu, tapi ibu tak dapat nak halang Lia dari guna bilik ni. Maafkan ibu.” Datin Syarifah serba salah.
            Emylia seorang anak yang sangat keras kepala. Dia sebenarnya tidak menerima pernikahan antara Dato’ Aminuddin dan ibunya. Dia menerima pun kerana dia tahu Dato’ Aminuddin merupakan orang berada. Pada mulanya, dia tidak mahu berpindah mengikut ibunya ke sini. Namun, akhirnya dia bersetuju jika bilik yang dihuninya sekarang ini menjadi biliknya. Bilik Aira merupakan bilik yang sangat strategik. Bilik itu menghubungkan terus ke kolan renang yang dibina di tingkat atas. Pemandangannya sangat sejuk dan menarik.
            “Tak apalah, mana bilik Aira yang sekarang?” katanya perlahan.
            “Mari abang tunjukkan.” Hakimi yang sedari tadi hanya memerhatikan kejadian itu bersuara. Aira mengikuti abangya.
            “Thanks abang.” Itu sahaja yang dapat diucapkan oleh Aira. Hakimi tahu Aira sedih kerana bilik yang dihuninya dahulu terdapat banyak kenangan bersama arwah ibunya. Aira merupakan yang paling rapat dengan ibunya. Kini, sudah hampir 4 tahun ibunya meninggalkan dia.
            “Adik, abang tahu adik sedih. Abang minta maaf tak dapat nak haling budak tu dari ambik bilik adik. Masa tu abang tak ada dekat sini. Abang ada urusan di luar.” Hakimi duduk di birai katil bersama dengan Aira.
            “Tak apalah abang. Aira tak kisah.Ok,lah Aira nak kemas barang dulu.”
            “Abang masuk bilik dulu ya. Nanti ada apa-apa panggil je abang. Bilik abang sebelah je kan.” Jawab Hakimi.
            Hakimi tidak tinggal di rumah itu sebenarnya. Tetapi, dia harus tinggal di situ untuk menjaga dan melindungi Aira daripada Emylia. Dia tahu Emylia akan berbuat sesuatu.
            Aira terus bangun dan mengemas bilik itu. Setelah mengemas, dia terus membersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Setelah itu dia baring di atas katil untuk berehat. Dia mengambil gambar di atas meja bersebelahan dengan katilnya. Gambar itu merupakan gambar terakhir yang diambil bersama dengan ibunya sebelum ibunya meninggalkan dia buat selama-lamanya.
            “Ummi, kenapa tinggalkan adik cepat sangat? Adik rindu sangat dengan Ummi. Ummi.. adik sedih..Ummi dulu selalu dengar cerita adik kan? Selalu layan adik…Adik rindu ummi..rindu sangat-sangat..Kenapa ummi pergi dulu sebelum adik?” kata Aira sendirian sambil menahan sebak.
            Pintu bilik Aira diketuk dari luar. “Adik, boleh Along masuk?”Soal Alisa dari luar.
            “Masuklah Along.”
            “Hei, kenapa adik nangis ni?” Alisa menghampiri adiknya.Dia baru sahaja sampai ke rumah itu bersama suami dan anaknya.
            “Aira rindu dengan Ummi Along. Aira nak Ummi. Ummi faham Aira. Kenapa Ummi sakit Long?” Ujar Aira sambil menangis.
            “Adik, janganlah macam ni. Along pun rindukan Ummi. Setiap yang hidup tu pasti akan mati. Kita pun sama. Cuma kita tak tahu bila kita akan mati. You have to be strong!” Kata Alisa sambil mengusap-usap kepala adiknya.
            “Tapi Long, kenapa Allah tak ambik sekali nyawa Aira? Aira nak jumpa Ummi. Aira pun sakit dulu.”
            “Adik, adik tak sayang abang dengan Along? Abah? Kenapa adik cakap macam tu?” Hakimi yang baru masuk ke kamar Aira terus menyampuk.
            “Sayang…” tangis Aira.
            “Aira, Along, abang, abah semua sayang Aira..Ibu pun… Aira jangan macam ni ok. Abang janji dengan Aira, selagi abang masih hidup abang akan jaga Aira.” Kata Hakimi.
            “Ya sayang, Along pun macam tu jugak.”
            “Thanks Along, abang.. Aira sayang Along dengan abang…” kata Aira sambil memeluk kedua-dua insan di hadapannya itu.
            “Abah? Aira tak sayang abah ke?” sampuk Dato’ Aminuddin. Dia bangga dengan anak-anaknya sentiasa bersama-sama walaupun susah dan senang. Mereka sentiasa kongsi bersama. Dia sangat terhutang budi dengan arwah isterinya, Atieqah yang telah mendidik anaknya menjadi sebegitu rupa.
            “Abah lagi Aira sayang..” kata Aira sambil tersenyum
            “Abah pun sayang Aira. Macam ni lah, nanti abah kea tau abang bawak Aira pergi beli barang perabot, kedai hiasan dalaman… you can make your own choice. Abah bayar.” Janji Dato’ Aminuddin. Dia tidak mahu anaknya itu menangis lagi. Dia tidak mahu anaknya itu bersedih dan yang paling penting dia tidak mahu anaknya itu jauh lagi daripadanya.
            “Hehehe.. ok! Set! Tapi.. use my own money..” kata Aira. Dia tidak mahu menyusahkan ayah dan abangnya. Walaupun dia dilahirkan dalam kalangan keluarga yang berada. Dia tidak pernah bongkak dan boros berbelanja. Wang yang diberi oleh ayahnya digunakan sebaik mungkin dan dia membeli apa yang perlu sahaja.
            “Nope! Duit ayah..ayah dah janji… ok sayang. Ayah turun dulu..kesian Abang Luqman dekat bawah sorang-sorang tu.” Kata Dato’ Aminuddin.
            “Ok! Adikku Puteri Aira Aqillah.. jangan nangis and sedih-sedih lagi ye tuan puteri. Pasal budak tu….Erm, biaq pi jela. Asal abang ada dengan awak ok!” Hakimi tersenyum.
            Malam itu, sesudah makan malam bersama dengan keluarganya. Dato’ Aminuddin keluar untuk bertemu dengan kawannya daripada luar negara. Alisa, pulang ke rumahnya kerana ada kerja penting yang perlu diselesaikan manakala Hakimi, keluar untuk ke syarikat rakamannya untuk merekod lagu yang baru. Aira, duduk di ruang tamu dan menonton televisyen. Sudah lama dia tidak menonton cerita melayu.
            “Lia! Nak pegi mana malam-malam ni? Hari-hari Lia keluar. Nanti abah balik abah marah baru tau.” Suara Datin Syarifah kedengaran.
            “Ibu, suka hati Lia nak pergi mana pun. Jangan sibuk boleh tak? Alah, abah tak ada kan.. lagipun kalau dia ada pun bukan dia marah Lia keluar. I’m not her daughter ok!” bentak Emylia.
            Aira hanya memerhatikan pertelingkahan dua beranak itu. Terganggu kosentrasinya terhadap rancangan televisyen yang disiarkan.
            ‘Minah sorang ni, sehari tak jerit-jerit tak sah ke hidup dia ni. Cair jugak taik telinga aku ni ha. Hei! Geram betul aku.’ Marahnya Aira di dalam hati.
            “Eh, Lia ni jangan melampau. Ingat sikit. Ni bukan rumah Lia. Awak menumpang je taw.”
            “Ibu, habis tu? Ibu nak Lia buat apa? Lia nak keluar dengan kawan Lia ni. Nanti lambat pula.”
            “Ehem…Siapa nama kau..L…Lia eh? Camni jela.. tak boleh ke cakap elok-elok sikit dengan ibu kau ni? Ke kau memang tak reti nak hormat orang?” kata Aira setelah hanya memerhatikan pertelingkahan dua beranak itu.
            “Kau diam eh, Kau tu siapa nak cakap dengan aku ha!?” bentak Emylia apabila ditegur.
            “Wow, saba sikitlah..aku tegur je.. Dia ni kan ibu kau.. hormatlah sikit orang tua ni kan.. orang ni yang lahirkan kau.. tak reti nak besyukur ke?” marah Aira.
            “Eh, perempuan..kau suruh aku cakap elok-elok yang kau tu apa hal cakap kasar jugak!”
            “Hello miss Lia.. aku cakap macam ni sebab kau cakap macam tu. Senang cerita jelah kan. Ibu tak bagi keluar kan? So, pergi masuk bilik kau tu.. tak payah keluar.”
            “Eh, kau siapa nak haling-halang aku? Suka hati aku lah!” kata Emylia sambil berjalan menuju ke rak kasut. Dia pantang apabila ada orang melawan percakapannya. Dato’ Aminuddin juga kalah apabila dia berbicara. Dia Cuma gerun pada Hakimi dan Alisa. Baginya mereka sangat kolot. Kini sudah bertambah pula koleksi musuhnya yang baru iaitu Aira!
            “Em, nak keluar sangat kan? Boleh… tapi, bak sini dulu kunci rumah.” Minta Aira.
            “Eh, kau apa hal nak mintak kunci aku pulak?!”
            “Memandangkan ibu dah kata tadi kan kau menumpang. So, buatlah cara menumpang. Bak sini cepat!”
            “Mana boleh! Suka hati akulah nak bagi ke tak.”
            “Ok, tak nak bagi kan? Senang je kalau dengan aku ni.” Aira menuju ke pintu rumah. Datin Syarifah hanya memerhati. Dia berharap agar Aira boleh buat sesuatu. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk menghalang anaknya ini daripada keluar. Dia tidak kisah jika Emylia hendak keluar. Tapi pa yang dirisaukan olehnya ialah Emylia hanya akan pulang selepas jam 3 pagi.
            “Pak Man….” Aira memanggil pengawal keselamatan rumahnya itu.
            “Kau nak buat apa ni?” marah Emylia.
            “Ada apa cik Aira?” soal Pak Man di hadapan pintu rumah.
            “Kau nak bagi kunci atau kau tak boleh keluar? Bukan hari ni je.. tapi buat selama-lamanya. Dengan aku kau jangan nak main-main ok. Dengan abah aku kau boleh lagi nak berlagak.”
            “Ok, ambiklah!.. Aku boleh tidur dekat luarlah!”
            “Hey Lia, tidur luar? Cukup duit ke? Macam ni jelah.. Kau ada dapat elaun dari abah aku kan? Hurm, unfortunately.. aku dah balik ni.. so, kau kena behalf lah.. kalau nak stay dapat elaun tu.” Kata Aira.
            “Maksud kau?”
            “Hehe..kau tak tahu ke? Patutnya duit elaun kau tu..bahagian aku punya. Tapi, aku cakap dekat abah, bagi dekat kau jelah. Sebab aku ada duit lagi dekat sana tu. Tapi, aku tengok… kau ni boroslah!”
            “What?”
            “Pak Mat, lebih pukul 12 jangan bagi dia ni masuk rumah lagi, biarlah dia nak tidur mana. Rumah ni bukan hotel. Suka hati nak masuk keluar ikot dia. Kunci ni kau jangan nak mintak dari ibu.”
            “Dengar tu Lia, ibu dah cakap tadi tak dengar.” Datin Syarifah menyokong kata-kata Aira. Sebenarnya dia terkejut juga dengan apa yang diungkapkan oleh Aira. Setahunya Aira merupakan seorang yang lemah lembut dan tidak sebegitu.
            “Erm..ha, lagi satu..tak payah membazirlah nak tidur hotel tu. Dari habiskan duit tu, baik kau beli kain ela tampal sikit bahagian-bahagian yang tak cukup kain ni. Ok!” kata Aira selamba.
            Pak Man yang berada di situ ingin ketawa melihat reaksi muka Emylia. Selama ini hanya Hakimi yang berani menegur Emylia sebegitu rupa. Alisa jarang sekali kerana dia sudah berkeluarga.
            “Ei! Geramnya aku.. jaga kau perempuan!”bentak Emylia sambil melangkah keluar rumah.
            Aira kembali duduk di atas sofa untuk menonton televisyen yang tergendala sebentar tadi.
            “Err..Aira, ibu minta maaf atas apa yang Lia tu buat..” kata Datin Syarifah sambil duduk di sebelah Aira.
            “Eh, kenapa ibu nak minta maaf pula. Aira minta maaf kalau kasar tadi. Aira tak cakap betul pun tadi.” Kata Aira lembut.
            “Ibu tak salahkan Aira. Selama ni, tak ada siapa nak marahkan dia. Abah cakap pun dia tak nak dengar. Dia kata abah tu bukan siapa-siapa dengan dia. Hakimi je yang selalu marah dia. Tapi, ni dia tak ada.”
            “Ibu, janganlah sedih. Tak apa. Dia tetap keluarga Aira. Lia tu tak boleh ditegur secara elok. Kita kena lawan balik apa dia cakap, supaya dia sedar.”
            “Pasal bilik tu…..”
            “Ibu.. its okey. Tak ada apalah. Aira tak kisah pun. Lagipun, bilik sekarang ni pun ok. Aira boleh ubah ikut cita rasa Aira sendiri. I want make something different. Just wait and see.” Ucap Aira ramah.
            “Aira tak nak keluar ke? Awal lagi ni.. Tak bosan ke duduk rumah?” soal Datin Syarifah.
            “Em, nak keluar….tapi tak ada kawanlah.. Kawan-kawan Aira busy sekarang ni.. esok kot..”
            “Oh, tak apalah kalau macam tu..”kata Datin Syarifah. Sebenarnya dia ingin sekali mengenali Aira dengan lebih dekat. Perwatakan Aira memikat hatinya. Tegas, lembut dan ada sedikit sifat manja.
            “Ha, apa kata Aira keluar je dengan ibu.. ibu ada lessen kereta tak?” soal Aira. Sememangnya dia juga ingin mengenali hati budi ibu tirinya ini.
            “Ibu boleh je drive.. betul ni Aira nak keluar dengan ibu? Ibu beritahu abah ya?” gembira hati Datin Syarifah mendengar apa yang diungkapkan oleh Aira.
            “Biar Aira call abah. Ibu pergi siaplah.. Aira naik kejap..” ujar Aira sambil tersenyum.
            Sepuluh minit kemudian mereka sudah berada di dalam kereta. Aira menyuruh Datin Syarifah memandu kerana dia tidak biasa dengan jalan di situ. Baru balik Malaysia kan! Ayahnya dengan lapang hati member keizinan kepadanya untuk keluar bersama Datin Syarifah. Mereka berhenti di Jusco Bukit Tinggi berhampiran dengan rumah mereka.
            “Ibu, Aira tanya sikit boleh tak?” sewaktu mereka duduk berhat setelah puas meronda-ronda.
            “Ada apa? Tanya jelah.” Datin Syarifah tersenyum.
            “Ibu kenal abah dah lama ke?” soal Aira ingin tahu.
            “Ibu, kenal abah.. sebelum ummi Aira meninggal lagi. Kami kawan dari universiti.Tapi hanya sebagai seorang kawan. Kami rapat.. tapi perasaan cinta tu tak ada. Sebab bagi kami, kawan itu adalah segala-galanya.”
            “Habis tu, kenapa ibu kahwin dengan abah?”
            “Jodoh sayang, lepas suami ibu meninggal…abah Aira datang pada ibu.. dia cerita yang ibu Aira sakit..ibu kenal dengan ummi Aira. Perwatakan dia sama macam Aira. Sebelum ibu Aira meninggal hari tu… Dia ada suruh kami bersatu. Tapi, ibu tak mahu.. sebab bagi ibu cinta abah Aira hanyalah pada ummi Aira, Atieqah.”
            “Hurm, Aira sayang sangat dengan ummi Aira. Dia faham Aira. Sekarang dia dah tak ada. Aira harap, ibu dapat gantikan kasih sayang seorang ibu yang Aira dah hilang.. boleh ibu?”
            “Boleh sayang, kalau Aira nak tau..ibu nak sangat jaga Aira macam ummi Aira jaga Aira.” Kata Datin Syarifah sambil mengusap kepala Aira yang ditutupi dengan tudung itu.
            “Thanks ibu! Jom, kita jalan dekat sana pulak. Aira nak cari seluar jeans lah!” Kata Aira sambil memegang tangan ibunya memasuki kedai LadyLike.
            Setelah habis meronda-ronda mereka pulang terus ke rumah pada jam 10.15 malam. Kepulangan mereka di sambut oleh Dato’ Aminuddin dan Hakimi.
            “Amboi..amboi..banyak barang budak kecik..”usik Hakimi smabil mengambil barang daripada tangan adiknya.
            “Ha? Mana ada . Jeles lah tu tak dapat keluar dengan orang.” Balas Aira selamba.
            “Emy, suka sangat kacau adik dia ni…” Dato’ Aminuddin menegur.
            “Alah, biarlah mereka bang.. usik-usik tu biasalah adik beradik ni..” Datin Syarifah duduk di sebelah suaminya. Manakala, Aira selamba duduk di atas riba abangnya.
            “Hei, hampeh punya adik! Sakitlah.. bangun-bagun…” kata Hakimi.
            “Hehehe..opppsss…sorry abangku sayang…”kata Aira sambil bagun dan duduk di sebelah abangnya itu. Dato’ Aminuddin hany menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Abang record lagu apa tadi? Nak dengar boleh?” Kata Aira sambil mengambil beg kertas yang berisi barang-barang yang dibelinya sebentar tadi.
            “Lagu baru. Belum siap lagi. Nanti dah siap abang bagi adik dengar. Sekarang ni tengah nak carik penyayi perempuan back up lagu abang. Tapi, tak jumpa lagi.”
            “Oooo..nanti bagi adik dengar ye. Nah! Ni untuk abang!” kata Aira sambil menyuakan sehelai baju kepada abangnya.
            “Eh? Apa ni?”
            “Ambik jelah..orang belanja.. hehehe..”
            “Wow! Prada! Cantik!” puji abangnya.
            “Trimassss..hehe.. ni abah punya…” Aira memberikan sehelai tali leher kepada ayahnya.
            “Ni semua Aira yang pilih ke ibu?” soal ayahnya.
            “Aira yang pilih bang.. cantik kan?” Datin Syarifah menjawab. Dia kagum dengan gaya pemilihan Aira. Simple dan menarik!
            “Dia ni memang ibu… Emy, dulu sebelum dia pergi luar negara sana tu..kalau nak pilih barang memang ajak dia.” Hakimi memuji adiknya itu.
            Mereka berbual-bual sehingga jam sudah menunjukkan ke angka dua belas. Kelihatan kereta milik Emylia pulang. Ketika Emylia masuk ke dalam rumah mukanya masam.
            “Hah, awal balik….” Hakimi berkata. Dato’ Aminuddin dan Datin Syarifah hanya mendiamkan diri mereka sahaja.
            “Awallah abang.. nanti kene tidur dekat luar…” Aira pula berkata separuh berbisik tapi dapat didengari semua yang berada di situ.
            “Oh, yeke? Ingatkan nak jadi burung hantu lagi…”
            “Tak boleh bang…tak boleh.. dah kena rantai.. kunci dah disimpan..”
            Datin Syarifah mengajak Dato’ Aminuddin masuk ke bilik. Dia ingin membiarkan dua beradik itu menguruskan anaknya yang satu itu.
            “Korang kan……” Emylia tidak jadi menghabiskan ayatnya apabila melihat muka Hakimi.
            “Ok, done! Jom abang masuk tidur…. Kau.. jangan lupa solat yer…bye!” kata Aira sambil menarik tangan abangnya naik ke tingkat atas meninggalkan Emylia keseeorangan.
            Emylia mengetap bibirnya. Geram dengan kelakuan dua beradik itu. Dia ingin memarahi mereka namun, dia tiada kuasa.

Friday, 21 September 2012

::cinta itu milik aku! (1)::


Bab 1

            “Welcome back home Aira!” ucapnya pada diri sendiri. Dia terus mengusung begnya keluar dari lapangan terbang.
            ‘Mana pulak minah ni.. janji pukul berapa. Ni dah pukul berapa aku sampai.. Hei, janji melayu betul lah!’ desus hatinya. Sedang dia menunggu sebuah kereta sport Fairlady berhenti di hadapannya.
            ‘Fuyooo..kereta sape ni? Lawa giler! Kerete idamana Malaya! Hahaha…’ Aira menjenguk-jenguk kereta tersebut tanpa menyedari tuan punya kereta sudah pun keluar daripada kenderaannya.
            “ Adik!” ada suara yang memanggil.
            ‘Macam suara minah tu.. tapi mana dia?’ Aira tercari-cari suara yang memanggilnya itu.
            “Puteri Aira Aqillah binti Ahmad Aminuddin! Tak dengar ke orang panggil ni” kata suara itu lagi.
            Aira memusingkan badannya ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya itu. Nama penuh pulak tu! Popular habis dah aku ni!. Aira melihat seorang wanita yang bergaya elegan berdiri tidak jauh darinya. Dia mengecilkan matanya untuk melihat wanita tersebut dengan lebih jelas dan tepat.
            ‘ Ni ke kakak aku?’ desisnya ragu-ragu.
            Wanita tersebut berjalan ke arahnya dengan selamba.
          “ Adik oiiii…penat dah along jadi model kat depan ni. Awak tak habis belek lagi ke? Tau lah along ni cantik!” Kakaknya mengetuk kepala Aira dan selamba memuji dirinya sendiri.
            “ Adoi, sakitlah!” Aira menggosok-gosok kepalanya.
            “ Walaweh! Along ke ni? Hahaha.. patutlah tak kenal. Makin tak cantik” Kutuk Aira.
            “Amboi-amboi..sedapnya mulut awak ye. Tak cantik pun yang awak belek dari tadi tu kenapa?”
            “Hahaha..belek ke? Tadi tu nak comfirmkan je sape yang panggil orang. Nama penuh pulak tu. Popular i! haha..” ujarnya bangga.
            “Hah, tak payah nak popular sangatlah. Jomlah, panas ni”
                        “ Jomlah adik, panas ni…” Kakanya sudah menarik troli yang memuatkan barang adiknya itu.
            “ Along! Kejap!” Jerit Aira.
            “ Ha? Apa lagi dik oiii..” Kakaknya berhenti melangkah.
            Aira terus meluru memeluk Kakanya dari belakang. Melepaskan rindunya. Yelah dah berapa tahun tak jumpa sebenarnya. Semenjak dia berada di luar negara hanya beberapa kali sahaja kakaknya melawat kerana dia sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.
            “Lah, ni kenapa?” soal kakaknya tetapi membalas pelukan adiknya itu. Dia membiarkan orang ramai yang lalu-lalang di situ melihat mereka berdua. Dah macam cerita hidustan!
            “Rindu!” ujar Aira sambil tersengih. Dia kemudiannya menyalam tangan kakaknya itu.
            “Apa-apa jelah budak ni.. dah jom!”
            “Hahaha..Jomlah! Kita balik! Home sweet home!” ucapnya gembira Di hadapan kereta dia berhenti lagi.
            “Hah? Kenapa lagi?” tanya kakaknya.
            “Kereta ni ke?” Dia menunjukkan kereta yang di ‘ushanya’ sebentar tadi.
            “Ha, yelah… kenapa?”soal kakaknya hairan.
            “Serious? Kenapa tak Nampak along keluar dari kereta ni pun tadi?” soalnya kembali.
            “Aira sayang.. ni kereta alonglah. Awak tu yang usha lebih-lebih sampai tuan punya kereta keluar pun tak sedar. Teruk betul! Dahlah, masuk.”
            Sambil tersengih Aira masuk ke dalam keretanya. Dalam hati gembira bukan main sebab dapat naik kereta idamannya.
            “Kak, pinjam phone!” ujarnya sewaktu di dalam kereta.
            “Hah? Nak buat apa? Handphone awak mana?”
            “Ala, kedekutlah! Nama je peguam. Takkan tak ada kredit kot…”
            “Nak pinjam tapi mengutuk orang pulak! Ambiklah.” Kakaknya menggeleng-gelengkan kepalanya.
            Aira terus mengambil telefon bimbit kakaknya di dalam handbangnya. Dia kemudiannya terus mendail nombor.
            “Hye sayang.. rindu I tak?” soalnya kepada si pemanngil. Kakaknya di sebelah hampir terbeliak biji matanya mendengar apa yang adiknya cakap.
            “What? Sampai hati you tak kenal I..” ujarnya seakan-akan sedih.
            “Hoi, kau telefon siapa ni dik? Habislah duit aku kalau kau telefon luar negara ni” ujar kakaknya.
            Tanpa menghiraukan kakaknya dia terus bercakap.
            “Wei Nisa, kau tak ingat aku ke? Sampai hati kau. Ni akulah Aira.” Katanya laju.
            “Hahaha.. yelah, ni la aku.. Cuba teka aku dekat mana?”
            “Yes! That’s right! Aku dah balik dah ni.. tapi macam biasa la ye. Kau tau kan maksud aku. Ok,lah ni nombor kakak aku. Nanti aku call kau balik kita set time jumpa ok!” ujarnya ceria.
            “Ok, Assalamualaikum” sambil menekan butang  merah tanda sudah habis bercakap.
            “Kakak sayang, orang telefon kawan orang dekat Malaysia nil ah. Eh, ni nak pergi mana? Kata nak balik?” soalnya apabila kereta tidak di halakan ke jalan menuju rumah mereka.
            “Kita pergi office abah dulu lah ye. Abah nak jumpa awak. Lagi pun Abang Emy ada dekat sana jugak.” Kata kakaknya.
            “Hah? Kenapa tak cakap awal-awal?Apalah. Abang Emy ada? Wow! Bestnya!” jeritnya kegirangan.
            “Hei adik! Behalf yourself lah! Macam budak kecik! Umur dah 22 tahun kan.”
            “Hahaha. Sorry!”
            Sesampainya mereka di pejabat ayahnya. Kakaknya menyuruh dia masuk ke dalam dahulu. Kerana dia ingin mencari parking. Dia menyuruh Aira pergi dahulu ke bilik ayahnya itu dengan menanyakan di kaunter pejabat.
            Aira berjalan masuk ke dalam bangunan milik ayahnya itu. Ini merupakan pertama kali Aira melangkah masuk ke sini. Sebelum ini ayahnya ada mengajak dia ke sini. Tetapi dia enggan. Aira tidak suka orang tahu dia merupakan anak orang berada. Hidupnya penuh dengan sederhana.
            “Tumpang tanya bilik Dato’ Aminuddin dekat mana ya?” soalnya sopan di kaunter hadapan bangunan pejabat itu.
            “Cik ni siapa? Ada apa nak jumpa dengan Dato’? Ada buat appoiment ke?” balas pekerja di front desk yang memakai tag bernama ‘Dira’ itu.
            ‘Hamboi! Cantik bahasa kau!’ marahnya di dalam hati.
            “Ehem, sorry ye. Saya tak ada buat appoiment. Tapi, Dato’ mesti nak jumpa saya.” Katanya sambil menahan sabar.
            “Cik ni salesgirl ke? Maaflah, syarikat ni tak terima salesgirl macam ni.” Ujarnya angkuh.
            “Cik…Dira, saya ni bukan salesgirl. Saya Aira, anak Dato’ so, can you give me direction to his room?” balasnya agak kasar.
            “Hah? Anak Dato’? Cik, tak payahlah nak tipu. Dengan pakaian cik ni.. tak menunjukkan cik ni anak Dato’ pun kan.”
            ‘What? La, aku pakai macam ni pun kata tak layak anak abah aku ke? Agaknya aak-anak Dato’ kena pakai baju macam mana? Ni dah cukup tutup aurat dah aku rasa’ Getus hatinya sambil menilik pakaian yang di pakainya. Dia hanya memakai jeans biru, baju t-shirt putih, tudung bewarna biru dan kasut jenis sports.
            “Adira, ada apa ni?” soal Hakimi yang baru kembali ke pejabat itu bersama dengan setiausahanya daripada mesyuarat di luar.
            ‘Ha, macam kenal je suara ni. Yes! Penyelamat dah datang. Jaga kau perempuan!’
            “Ni Encik Hakimi, perempuan ni nak jumpa Dato’ dia cakap dia anak Dato’ kira macam adik Encik Hakimi. Tapi, kalau tengok dari gaya dia ni macam salesgirl je. Kan Encik Hakimi kan?” jawab Adira dengan gaya gediknya.
            ‘Ya Allah, gediknya minah ni. Kau kutuk aku lagi eh depan abang aku! Siap kau minah gedik!’
            Aira memusingkan badannya ke belakang dan terus berjalan ke Hakimi.
            “Abang!” Aira terus memeluk Hakimi.
            Adira yang melihat adegan itu sangat terkejut. Sampai ternganga mulutnya.
            “Bos, saya masuk dulu” kata Sara setiausaha abangnya itu.
            “La adik ke? Sihat tak?” soal Hakimi. Aora masih di dalam pelukannya.
            “Hahaha. Salesgirl ni sihat.. abah mana?” jawab Aira setelah merenggangkan pelukan abangnya.
            “Hahaha.. abah ada dekat atas. Dah lama sampai?” tanya Hakimi sambil mengusap-usap kepala adiknya itu.
            “Lama la jugak. Lenguh dah kaki ni. Nak jumpa abah pun susah.” Balasnya sambil memerli pekerja yang bernama Adira itu.
            Adira sudah serba salah. Dia sudah tersalah anggap. Kawan sekerjanya itu menegurnya.
            “Tulah kau, aku dah cakap kan. Orang yang datang dekat sini layan elok-elok.Ni kau main hentam je. Kan dah kena.” Bisik teman kerjanya yang bernama Qira.
            “Diamlah kau! Mana aku tau. Sapa suruh dia pakai macam tu. Mana aku tau dia anak Dato’.” Balasnya kasar tapi masih perlahan namun dapat didengar oleh Aira.
            “Ni datang dengan siapa?” Soal Hakimi.
            “Dengan Along. Dia park kereta.” Balasnya selamba.
            “Park buat apa? Bagi jelah kunci tu dekat pekerja depan tu. Along ni memang suka macam tu.”
            “Manalah orang tau…dia…”
            “Hah, kat sini lagi? Kenapa tak masuk bilik abah lagi? Emy? Aira?” Sampuk Kakaknya yang baru melangkah masuk.
            “Nak masuk apanya Long. Baru tanya bilik abah dekat mana dah kena soal macam-macam.Dahlah, jum! Nak jumpa abahlah pulak.” Kata Aira sambil menjeling tajam kea rah Adira.
            Kakaknya dan Hakimi berjalan di hadapan dan diekori oleh Aira. Ketika melintasi Front desk dia berhenti seketika.
            “Awak jangan nak judge orang macam tu. Saya tak rasa orang yang pakai biasa-biasa ni anak orang miskin, tak kaya. Kadang-kadang, baju yang biasa-biasa ni harganya mahal tau! And kalau you nak kerja dekat sini lama. Pandai-pandailah bawak diri ya! See ya!” kata Aira sambil melangkah ke arah abang dan kakaknya yang sudahpun menuggu di hadapan lif.
            “Dah kenapa tadi?” soal Hakimi.
            “Khutbah Khamis free!”jawabnya selamba sambil melangkah masuk ke dalam lif.
            Hakimi dan Kakaknya berpandangan sesame sendiri. Aira kali ini berbeza. Tak sama macam dulu. Ada sesuatu yang terjadi dan telah menjadikan Aira mereka berubah.
            Sesampainya mereka di bilik Dato’ Aminuddin, Aira terus memeluk ayahnya dengan ceria.
            “Oh dad! I really miss you so much! Miss your voice, your laugh..hahaha” kata Aira ceria.
            “Adik, cara cakap macam orang bercinta je pulak.” Kata Kakaknya.
            “Eleh, jeleslah tu..orang tak cakap dengan dia pun macam tu. Kan abah kan…”
            “What? Kitorang jeles? Oh please la adik! Hari-hari kitorang dengar suara abah. Tak macam orang tu kan Long. Bile skype je nak nangis lah! Lepas tu sikit-skit abah..sikit-sikit abah! Manja!” kata Hakimi selamba dan mengetawakannya disokong pula oleh kakaknya.
            “Abah!” Aira pura-pura merajuk.
            “Emy, Alisa..sudah-sudahlah tu.. tak habis-habis nak cari gaduh dengan Aira ni.Dah besar kan..”Tegur Dato’ Aminuddin.
            “Eleh, dasar.. anak manja!” ejek Hakimi lagi.
            “Eleh, manja-manja pun adik Abang jugak! Kan?” kata Aira sambil mengambil tempat kosong di sebelah abangnya untuk duduk.
            “Yelah adik sayang oi.. intan..payung..” kata Hakimi.
            “Ni, adik bila nak masuk kerja ni? Syarikat ni sentiasa open untuk Aira.” Kata ayahnya.
            “Errr.. kerja?” Aira terdiam.
            “Yelah, Abang dekat syarikat ni pun sekejap je. Gantikan Aira. Ni abang nak masuk sambung belajar balik.” Kata abangnya pula.
            “Abah, boleh tak kalau Aira nak sambung belajar lagi?” pintanya.
            “Belajar? Belajar apa? Aira kan dah habis belajar.” Soal ayahnya.
            “Em..Aira ingat nak belajar sama course dengan abang.” Katanya perlahan.
            “What? Entertainment? Aira ni janganlah main-main..” kata Ayahnya.
            “Abah, dengarlah dulu… Aira nak belajar tahap diploma je. Lepas habis, Aira janji..Aira datang sini kerja. Promise!” janjinya.
            Dato’ Aminuddin terdiam seketika. Dia tahu Aira sememangnya meminati bidang muzik seperti abangnya. Cita-citan Aira pada waktu kecil adalah untuk menjadi seorang penghibur. Tetapi, sekarang itu bukan lagi cita-citanya. Kerana dia perlu mengambil alih syarikat ayahnya kerana abangny sudahpun menjadi seorang artis yang terkenal di tanah air. Kakaknya, Alisa kini mempunyai syarikat guaman sendiri.
            “Hm..baiklah, kalau macam tu. Aira boleh sambung belajar dalam bidang tu..”
            “Yes! Sayang abah!” Aira menjerit keriangan.
            “Nanti, abah tak habis cakap lagi ni…Aira boleh sambung belajar. Tapi dengan syarat..”
            “Syarat? Apa syaratnya?” Soal Aira.
            “Syaratnya.. Aira hanya boleh sambung belajar di tempat sama dengan Emy, pergi dan balik dengan Emy dan lagi satu habis je diploma Aira akan bekerja di syarikat ini. Setuju?” Kata Dato’ Aminuddin tegas.
            “Tapi….” Belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya ayahnya sudah menyampuk kembali.
            “Nak sambung ke tak nak ni?”
            “Yelah, Aira setuju…” Aira buat muka seposennya.
            “Ok, kalau macam tu. Emy, nanti kamu tolong tengok-tengokkan adik kamu ni. Bukan betul sangat pun dia ni. Dah, jum balik. Ibu dah masak dah dekat rumah tu.”
            Mereka semua bergerak pulang menuju ke rumah mereka dan meninggalkan Syarikat AtieQah Sdn Bhd.Dalam perjalanan menuju ke rumah. Dato’ Aminuddin mendapat panggilan telefon daripada isterinya dan isterinya menyuruh Dato’ Aminuddin tidak membawa Aira pulang ke rumah pada hari itu kerana mereka mempunyai masalah di rumah. Aira yang tidak puas hati dengan kenyataan tersebut bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan ayahnya. Dia kemudiannya pulang mengikut kakaknya yang sudahpun berumah tangga dengan seorang doctor pulang ke rumahnya di Damansara.

Saturday, 21 July 2012

::...nak taw sikap korg o perwatakan korg melalui darah?? jum tgok!. . .::

at dunia ni. . kte ade mcm2 jenis darah kan?? so, bnde ni xtaw la btol ke x. . ikot jenis darah saya. . kbnyakannya betullah. . cer nilai dri kita sndri after reading this okeyh!
sbb hnya dri kita je yg taw perwatakn dri kita mcm mna. xpon nk mnx org tlong describe pon boleh. . hehehe..

okeyh! kite proceed.....
darah jenis A:
  1. seorang yang sensitif dan penyabar
  2. pemalu dan bertimbang rasa
  3. perahsia
  4. penyayang
  5. degil
  6. kuat bekerja
  7. suka keharmonian n keamanan
  8. suka kerja scra bkumpulan
  9. bijak bergaul
darah jenis B:
  1. sempoi
  2. fleksible
  3. sederhana
  4. jujur n suka berterus terang
  5. kreatif
  6. bijak bersosial
  7. berdikari
  8. suka wat keje sndry
darah jenis AB:
  1. tenang
  2. berjiwa sentimental
  3. bijak mengawal emosi
  4. bijak mengurus kewangan
  5. sentiasa menghormati orang
  6. miliki sikap humor
  7. ceria n suka hiburkan org lain
  8. perlu lebih bijak dan berani
darah jenis O:
  1. setia
  2. sabar
  3. kuat cemburu
  4. ingin jadi ketua dalam setiap tugasan
  5. yakin terhdap keupayaan diri
  6. bersgguh-sungguh untk mncpai sstu mtlamat
  7. terlalu serius utk bersaing smpai bg tekann pda dry

ni antra sikap yg ada disebalik darah... xsure btol ke x... sometimes bnde ni brbeza dr diri kita kan.. btw, i'm just sharing.... bak kate org sharing is caring kan... mklumt ni pon dpt dr sumber lain.. n niat just nk share at korg sume... so, renung2kn dan slmt mncuba!

Friday, 20 July 2012

:: BiRtHdaY GuLZ. . EiDa HiDaYaH PaRt 2...::

oke surprise ke-2!
sbanye kan Dayah. . nk wat pengakuan ni. .
bkn aku sje2 je nk ajak merul 2. . 
sbb bnde 2 dlm prncgn jgak. .
yelah, dye kan group kte. . ssh sng kite ngn dye jgak kan. . hehe

1. sngkn kte yg nk balik ni. .
2. sbb nk drg ade mse ktrg bg surprise yg ke-2 2. .
3. nk mkn mcd sme2 ngn kau! hehehe

nk dijadikn cte. . sbnanye dah nk tkntoi dah surprise 2. .
tp hsil usaha dryku ini 'mgcover' bnde ni. . nsb bek xkntoi. . hahaha
ssh sbnanye nk wat. . sbb klas pda hari 2 sume btal kan. . .
so, ssh aku nk jdikn bnde ni realiti. . . . hohohoho. . .

akhrnya sgla ssh sng aku en. . haha. .naik ats trun bwah mndaki 4 tgkt 2 nk dptkn bnde ni. . mnjdi jgak. . akhirrrnyaaa.....


menjadi jgak wish kad bufday girl nim! hehehe. . . . sorry la lau xlawa. . sbbnyer. . wat secara PANTAS. .  okeh, berikut plak ucapan2 dr membe2 yg smpat 'dicapai'. . .


ni dari aku. . hehehe. . ( farahin ulfa )

ni plak dr CEO kita kan. . (Dato' Amerul Afdhal). . sweet kau!

ni plak dr budak kecik yg manja! (nisa rahman)!!

yg ni plak dari awek ganu kiter!! (salmi farhanim)

yg ade gmba2 at ketas ucapan drg ni. . yg close ngn dyelah. . kre cm ktrg ni 1 geng. . hehehe. . .
oke... next dr membe2 dye yg tcinta. . .

dari anak raja. .

ni dari roomte aku. . a.k.a roomte dye jgak!

ni dr aisya ihik===>nama fb dye!

ni dari fatin cute!

ni dari erma ammira. . hehe

dr aisyah nadhirah. .

ni dr alien a.k.a hani!

dr myra aminuddin!

dr sunway! a.k.a nadiah alias...

dari intan sofea

dari kak sya!

 ni plak dr ejay!! hohohoho.. smgt kau!

and the last one dr syahir...

ni sume hasil keje yg ikhlas dr murni dr drg2 ni sume. . . xsmpt nk amek 1 klas sbb klas btal ary 2. . . n koko pon btal. . btw, dayah. . love u! lagu ni tok kau!!

:: BiRtHdaY GuLZ. . EiDa HiDaYaH...::

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH. . .
entry kali ni juz for fun. . 
next entry insyallah will share something yg brguna. .


okeh! ni special just for my friend. .


tepat jam kol 12.00am. . pada hari rabu bersamaan 18/07/2012. .
genaplah sudah umo membe saye yg sorg ni. . slh sorg dr member ' geng kiter '
yg bestnyerrr kan.... hehehe( gelak cover jap ) org msty xtaw kan bpe nilai hrga adiah yg kite bg at dye. . but, in this case. . special sket. . tuan punya bdan 2 taw dah bpe harga adiah 2. . xoxo. .


ctenyerrrrr begini....
pada ari isnn 2 ary sblom bday gurl ni. . ktrg da meme plan nk g PASAR PAYANG. . nk crik kopok tok balik SELANGOR. . n kbetulan plak bufday gurl ni pnye trikh sme plak ngn ktrg pnye date nk balik umh. . so, crk2 pnye crik idea. . akhirnya dpt gak nk bg bufday gurl ni adiah ape.. ..


ktrg ( aku, nisa, salmi ) confius sbnanyer trkh sbna bday dye,  . sme ade 16 ke 18 hb. .
so, blik klas ( xegt kelas ape ) ktrg g usha pntu blik dye. . hehe. . nsb bek dekat bliknyer. . n bnasib baik jgak sbb dye xkua blik mse 2. . hoho. . nk djadikn cte adiah nk bg ape mulnya nk bg bntal peluk jew. . tp last2. . bnde ni yg ktrg dpt....




ni cnth jerrr....

mlm bday dye. . ktrg da plan nk nyanyi tok dye. . but, , sdehnyerrrr. . dye xde at blik. . g basuh baju plak. . so, ape yg ktrg wat. . wat nota. . tmpal at plastik ulat 2. . p2 ktrg pon letak ats meje dye. . xwich pon ktrg ni! hehehe. . xmcj dye pon. . p2 xlme 2. . dye wat spotcek. . taw x aku tgh wat pe mse 2. . ngh mnyiapkn surprise ke-2 tok dye. . hehehe. . nsb pndai cover. . mse dye terjah 2. . dye jerit. .' BILE KORG BELI NI!!' hehe. . aku hnye mmpu tersenyum. . n wish je at dye.. happy birthday. .!! hehehe. . . 

okeyh! untuk surprise yg ke-2 . . next entry g taw yer. . xsuke 2lis byk2 dlm 1 post. . pent nnty org nk bca. . . 

btw, nk ucap lagy n lagy. . . .

happy birthday dayah!! saengil chukkahe!!!! love u forever. . .

sincere from,
ulfasalminisamerul(geng kiter)



Saturday, 14 July 2012

7 waktu yg xdigalakkan minum air. .jom sihat!


Lama dah x update Blog ni.. busy ngn sem baru yg baru masuk ni...
btw, hari ni ade bnde sket nak share ngn korg2 yg bace blog ni...
nak taw ape? ha... jom proceedd! :)


korg2. . pna x masa korg minum air. . korg ikut waktu? 
mesty ade yg x kan.. mse dahaga. . minum jew. . 
entry kali ni nak share waktu yg xdigalakkan utk minum air. . nak tahu knpe?
jom kita baca same. . bismillah. . .


xbole minum atau x digalakkan sebab utk kesihatan tubuh badan kita jugak. .
bler ade infomasi. . kita share ssme yer. . 
ada 7 waktu semuanya yg xdigalakkan minum air. .
waktu itu adalah. . .





1. Sebaik saja bangun tidur.

  • Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.


3. Selepas memakan buah-buahan.


4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau        
    nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
    Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat  
    keadaan anda masa nie).


5. Sewaktu tengah makan.

  • Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.

  • Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.




bagi korang yg xbiasa. . xpe. . cuba amalkan perlahan-lahan. .lama-lama nanti kita akan terbiasa. . kan? bak kata orang. . practice make perfect!


korg mula try 21 hari hari berturut-turut dulu. . then, lama-lama korg akn terbiasa punyalah! saya pon ngh nk try2 ikut cara ni..
sbb nk amalkan gaya hidup yg sihat!


renung-renungkan dan selamat mencuba. . .:)

Saturday, 9 June 2012

detik2 akhir di rumah..~

assalamualaikum semua... lame dah xupdate blog.. sbb ade mslh2 trtntu...
slh satunya mse cuty sem ary 2 keje... for 1 month n 27 days... mmg xmspat la nk update.. n wifi lappy plak probs...

but now, everythg is gonna be okey! ngeee~
tapi ade la yg buat dry ni sdeh.. sbb ape eh?? sbb.....

sbb....

 erm, sbb nk balik terengganu dah...
feel sad coz, kne tggalkn fmly at sni.. rse cm cpt jew kan 2 bulan 2 berlalu...
feel sad also, sbb kne lupkn ape yg ade at SELANGOR tercinta utk kembali ke UITM ni..
feel sad bcoz, kne tggalkn kwan2 at sni.. xpecially 5dk members.. sumpah rndu korg nnty.. keep in touch at fb 5 dk yer kwan2...


dlm sdeh2 ade jgak gembiranya..
sbb, dp jumpe kwan at tgganu balik...
sbb, da jdk bdak part 3 bm1113b..
sbb, lagy 1 1/2 tahun lagy nk abiskn study...
sbb, bole gelak2 eppy ngn membe at sne...
sbb, mcm2 sbb... hahaha.. da jdk senior da dry ni...


rndu xrndu... pjlnn as a siswi msty dteruskn..
kne habiskn my dip.. then, klau ade rezeki smbung degree...


amin...... :)


aktvty mse cuty sem xbyk..
kerje sbyk hari yg boleh.. 6 hari dlm smggu.. very tired...
then, my mom n adik pgy brunei...
then, balik kg.. jumpe baby yg da lme xjmpe.. baby baru pon ade...
like ank sdre yg bru mncul ni kan...
ijlal, hafiz... hee~ new born baby... then jumpe cupi cira, camim yg da besa.. ckp xhenty2.. ngeh3.! jumpe iman.. n ihsan yg ttp kecik.. but still cute! hee~!rndu korg sume bdak kecik!!


n 2 ary lpas pgy PORT DICKSON with my family for 2 days 1 night..
even kjap, dpt jgakla spend time ngn fmly...


oh, sblom lupe.. my writing... blom siap lagy.. but till then,, a.s.a.p i will siapkn jgak. bab 1 da siap... but, need a time to post it at here...


okeyh. see you then.. kne siapkn brg tok balik mlm ni...


terengganu! here i come ..:)
selangor sarangheyo!