Tuesday, 25 December 2012

rumah-rumah pelik di dunia!

hyep! annyong haseyo..lama gak kot xupdate blog..last post psl resepi hari tu kan..okayyyy..
skarang nk bg awok-awok semua cuci2 mata tgop gmba2 rumah yg paling pelik dekat dunia ni..
macm2 bentuk and rupa pon ada.. terbaliklah..tunggang terbalik pon ada..hehehe...
jum kita tengok!


rumah macm ni pon ada kan? sgt kreatif and pelik.. ish3..


senget2 pulak tengok rumah ni.. btw nice looking!


errr...rumah ni pelik.. mcm mna tah dibuatnya..


ha, nk lagy pelik.. tuan rumah ni terbalikkan lagy rumah drg ni.. tp ni skrg bukan lagy rumah.. dah jd ruang pameran xsilap la..dlm pon semua bnda terbalik..


coml je kan rumah macm ni.. kecik and comel..


wooooo....piano ngn violin? perghh.sgt eksklusif! cntik kan..kreatif gler pemilik rumah ni..


ha! rumah bentuk kasut ni pon ada jugak.. ngeee~




errr..xtaw nk ckp mcm mna psl rumah ni.. sebab design sgt unik and menarik..
bumbung bercantum2 lagy gitu kan..:)





last but not least... ni bukan rumah pelik.. tp tempat segala pelik..
boleh bagy anugerah bilik paliiiiinnnngggg cantik.. hehehehe...

xbole hdup la mcm ni kan...



ok,! ni je yg smpat nk dkongsikan sama2.. sharing is caring.. mana tau korg ada idea2 nk buat rumah pelik jugak kan  hari nanty.. buat bentuk bunga ke, haiwan ke, teddy bear.. love? weeee~

thts all from me for this post.. cek out next post okeyh!
salam..~

Friday, 14 December 2012

MaCaRoNs...Yg sedaP N sIMPle

kali ni,.. kite sharing2 plak cara2 nk buat Macarons.. yummy!
xpnah mkn.. tp bila google2... cm teringin pulak nk mkn.. nk beli ada kate yg mhal kan??
so, kaedah yg pg senang.. kita buat sendiry.. lagi puas hati kan. even xjd.. hehehe... 

skrg ni tgah lyan cerita Miss Panda& Mr. Hedgehog... baking2 cake.. menarik mnat pulak mata bila drg buat macaron yg sgt comel! mcm2 bentuk pon ada drg buat.. sgt kreatif!!

oke! jum kte tgok bhan2 yg diperlukan utk buat mknn comel ni and cara2 nk buat..






BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN..:)

80G putih telur ( aggaran telur 2 biji kalau gred A)
65G gula castor

80G serbuk almond
140G gula icing
pewarna( ikut cita rasa)

LANGKAH-LANGKAH:)

1. Sediakan dulang pembakar. Alas dulang tersebut dengan kertas minyak.

2. Ambil duit syiling. ikut besar mana yg dikehendaki. biasanya guna duit rm0.20 sen je..sebb kecik and comel.

3. Lukis atas kertas minyak tadi. ikut bulatan duit syiling yang digunakkan. Jarakkan dlm aggran 3cm setiap bulatan.

4. Terbalikkan kertas tersebut dan letakkan atas dulang pembakar tadi. (lebih mudah jika menggunakan baking paper sbb mudah utk tanggalkan macaroon bila adh siap dibakar nanti.

5. Masukkan serbuk almond dan gula icing dalam satu bekas dan ayak hingga sebati. kemudian ketepikan bekas tersebut seketika.

6. Ambil bekas yang lain pukul putih telur sehingga kembang. ( gunakan mixer dgn kelajuan yang maximum.)

7. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil putarkan adunan tersebut.(sehingga adunan menjadi kental dlm 10 minit. Pastikan bila kita terbalikkan adunan tu, xjatuh.)

8. Masukkan 1/4 serbuk almond yang dah kita campur dengan gula icing tadi dalam putih telur. ( gaul hingga sebati dengan menggunakan spatula)

9. Masukkan lagi serbuk almond dan gula icing lagi ke dalam adunan sedikit demi sedikit.

10. Letak pewarna ke dalam adunan( mengikut citarasa. kalau nak warna lain-lain jadikan adunan tadi ke dalam beberapa bekas)


11. masukkan adunan yang dah dicampurkan dengan pewarna tadi ke dalam plastik ataupun piping bag.

12. Picitkan adunan tadi atas bulatan yg kita dah buat atas kertas minyak tadi.

13. Gunakan toothpick untuk memecahkan mana2 gelembung udara yang terbentuk.( utk elakkan permukaan macaroon jadi berlubg bila kita bakar)

14. Rehatkan macaroon tadi dlm 30-45 minit. (pastikan betul2 kering dan permukaannya xmelekat dekat tangan)

15. Pnaskan oven dlm 140'c-150'c.

16. letakkan tray dlm oven di bahagian tengah. bakar selama 15-20 minit.

17. Setelah siap dibakar. jangan tanggalkan dulu macaroon. letak atas rack dulu. biarkan dye sejuk.

18. Utk fille pulak.. boleh letak apa2 je dekat tengah2 utk lekatkan macaroon tu. nak letak jam coklat ke pape jelah. Ada org dye buat ikut kreativiti. ada yang letak mcm2 bentuk ats permukaan macaroon supaya nmpk lagy comel dan cntik. mcm gmbar dekat bawah ni.. selamat mencuba!







Siapa nk buat pavlova?? Jum tengok resepi dekat sini..

Ha,,,sekarang ni ramai orang nk try2 wat resepi sana sini kan...apa kata kalau tengah bosan2 tu kan... kita buat PAVLOVA nak?? senang je nk buat.. bahan pon simple.. boleh carik dekat mana2..kedai kek ke...






jum kite tengok apa bahan2 yg diperlukan utk buat pavlova ni.. simple je taw!!

BAHAN-BAHAN( BUAT 2 ADUNAN KECIL..)

4 Biji telur ayam (ambik yang putih letur je taw!)
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka (makan)
1/2 sudu esen vanila


BAHAN-BAHAN TOPPING

secawan @250 ml whipping cream
hiasan: boleh guna pelbagai buah-buahan..ikut kreativiti sendiri..

CARA-CARANYA..

1. panaskan oven ( 140'c ) guna api bawah

2. turunkan suhu antara (120'c-100'c) bila nak mula masak

3. asingkan telur putih dengan tulur kuning..(telur putih sahaja yg digunakan)

4. pukul telur dengan kelajuan yg tinggi(gunakan mixer) dan terus pukul sampai gebu.( nak tau dah jadi ke x, bila telangkupkan mangkuk, putih telur xjatuh)

5.masukkan gula kastor ke dalam adunan sikit demi sedikit dengan kelajuan yang tinggi .( jangan berhenti pukul)

6. pukul sampai dia jadi kental dan masukkan tepung jagung( jangan berhenti memukul adunan)

7. masukkan esen vanila dan cuka

8. adunkan esen vanila dna cuka tadi di dalam adunan dengan menggunakan spatula.( perlahan-lahan)

9. ambil dulang pembakar, lapikkan dulang tersebut dengan kertas minyak dan tuang kesemua adunan tersebut ke dalam dulang pembakar

10. jangan letak adunan tersebut terlalu tebal dan terlalu nipis. Biasanya di bahagian tengah lebih banyak dan tinggi.

11. masukkan ke dalam oven yang sudah panas, dalm keadaan suhu ( 120'c-100'c) 

12. bakar selama 1 jam 15 minit. (bergantung pada jenis ove yg digunakan)

13. selepas 1 jam 15 minit, jangan keluarkan dahulu pavlova daripada oven. biarkan sebentar bagi mengelakkan pavlova itu mereka apabila dikeluarkan.

14. bagi topping
-putarkan whipping cream dgn kelajuan yg tinggi smpai menjadi kental

15. sapukan whipping cream tadi di atas pavlova yang sudah siap dibakar.

16. pastikan whipping cream itu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

17. Hias buah-buahan(mengikut kegemaran anda) di atas permukaan pavlova yang sudah dipenuhi dengan whiiping cream itu tadi.

18. siap pavlova anda dan boleh dihidangkan! selamat mencuba!




Thursday, 13 December 2012

~TrEnDy tUdUnG ZamAn SeKaRaNg~

Assalamualaikum... lama dah xupdate blog nim.. cerita yg ditulis pon xsmpt nk smbung and publish dekat sini..sbb sekarang da mula semester baru.. so, ada mslah sikit utk on9, sbb bilik berdekatan dgn bukit.. and xde coverage..hehe.. ni pun pinjam member pnyer broadband..

oklah, entry kali ni nk cerita sikit psl tudung zaman sekarang.. mesty macam2 gaya tudung pernah korang gayakan kan? dari tudung bawal yang sekarang ni ada mcam2 nama, dan jugak shawl..
kat bwah ni ade beberapa keping gmbar gaya tudung zaman sekarang.. boleh tgok eh... smntra cari idea nk pkai tdung macam mna..^,^


kalau xsilap la kan.. nama shawl ni.. shawl HALFMOON..
org ckp senang nk pkai shawl ni.. tp xtau la.. sbb bukan penggemar shawl sangat.. 
pretty good.. klau pndai pakai shawl ni smpai mnutup dada kira cntik kan!
tp bg sesetengh lelaki..drg xsuka perempuan pakai shawl.. hehe..

ok, dalam byk2 tudung..i love to wear tudung bawal.. sbb lagy selesa and senang nk pkai.. dulu popular kan shawl2 ni.. tapi sekarang.. org rmai prefer utk pkai bawal jer.. lagypun sekarang ni kan dah byk tudung bawal yg dijual.. mcm2 jenis and gaya pon ada..


ha, ni antara tudung bawal yg agak popular...
corak2 harimau ada.. 
no.1- tudung bawal yang ada corak2 dekat tepi.. harga dlm rm10-25..
n0.2- tudung apa tah namanya..lupa dah.. sekarang tudung ni murah je.. klau dekat k.l.. dlm rm 3 pon dah boleh dpt! percayalah! seng je kan nak cari tudung!


no.3- tudung bawal yng ada ropol-ropol bunga dekat tepi.. bagi yg mnt.. and tau cara nk pkai.. mmg cantik jadinya..ropol2 tu..ada besar..ada kecil.. hrga pon sekarang dah murah.. kalau beli byk lagy dpt murah.. hrga sekita RM10-25
NO.4- Ni pulak tudung bawal plain.. macm2 warna ada..just pilih ikut kesesuaian baju korang.. tudung ni sekarang adalh pilihn remaja pd zaman sekarang ni.. senang nk pkai tudung ni... murah pulak tu..sekarang ni kalau pndai cari dlm RM5 pon dah boleh dpt!


n0.5- tudung bawal yg popular dulu..sekarang pon popular lagy taw! ni bawal yg sebenarlah... kalau bawal yg sebenar..kain dye sedap je pakai.. mahl jugaklah.. around rm30-RM60.. mahal.. tp puas hati!
no\0.6- ni tudung gabungan warna2 plain.. tudung ni dah digabungkan dgn plbgai warna.. so, lagi senang klau korg nk pakai dgn baju korang.. murah pon murah tau dlm rm10 je dah boleh dpt.. 


 n0.7- ha, tudung ni plak simple je..plain.. tp ditmbh dengan ala-ala reben dekat tepi tu.. corak polka dot yg sekarg ni rmai org minat kan.. 
n0.8- tudung ni sekarg byk jd pilihan.. degn corak ala-ala crown at ats kepala.. bila pakai ada bling2 gitu.. sesuai utk remaja and org yg mint... simple.. hrga sekrg RM10 dah boleh dpt dah..



okey! yg at ats ni pulak..tudung yg sgtttt cntik kan??
 ni isnpirasi daripada DATIN NORJUMA.. 
cantik kan dye pakai tudung.. nama tudung ni..tdung aidijuma.. 
korg boleh tgok cara drg gabungkan warna..lepastu warna yg digunakan sgt meriah.. hehehe.. love this!

ok,lah..penat dah cerita psl tudung ni.. sekrg nk tnjuk pulak artis2 malaysia yg sgt2 sya minat gaya tdung drg.. nk tau siapa.. jum scrolll!




comel kan heliza helmi.. suka tgok gaya dye pakai tudung.. mmg ttp dada habis.. suka gaya dye yg simple tp menarik.. love her... ikon hijab sekarang...


yatt pon dah berubah jd lagy okey and cantik...
dkat luar pun dye pakai sarung tangan..sangat respect!






ni pulak iirma hasmi.. yg dah mengandung sekarang.. sgt sweet dye pakai tudung..
comell..simple and elegant.. 

Tuesday, 2 October 2012

::cinta itu milik aku! (8)::


 Bab 8
            Hari demi hari hubungan persahabatan antara Aira dan Aeril menjadi semakin rapat. Aeril telah menukar nama panggilan daripada Aira kepada Qilla. Dia sudahpun mengetahui nama penuh Aira. Aira juga begitu memanggil nama Aeril dengan panggilan Zikri. Ramai yang mengatakan bahawa mereka berdua bercinta namun ditolak mentah-mentah oleh mereka. Keran bagi mereka cukup hanya sekadar berkawan sahaja.
            “Zikri, da lama kan kita kawan… Qilla lupa nak tanya.. Zikri mesej dengan Qilla.. tak ada ke orang marah?” soal Aira ingin tahu ketika mereka berjumpa di gazebo untuk belajar bersama-sama kerana pepriksaan akhir bagi semester satu hampir tiba.
            “You mean what? Girlfriend?”
            Aira hanya mengangguk sambil membuka buku Business Mathematics.
            “Hahaha..kalau Zikri ada makwe… orang pertama yang Zikri bagitahu nanti Qilla ok? Sekarang tak adalah… I’m not interested..” ucap Aeril bersahaja.
            “Kenapa pulak? Bagi sebab tak minat tu…”
            “Sebab bagi Zikri..Zikri nak cari perempuan yang betul-betul perempuan.. tak naklah yang gedik-gedik.. lelaki memang suka perempuan yang rapat dengan dia.. yang ambil berat.. seksi tu…mungkin.. tapi dia bukan calon yang sesuai…” terang Aeril panjang lebar.
            “Hurm, ok.. so, nanti kalau Zikri dah jumpa calon tu.. tell me ok!” ucap Aira sambil tersenyum.
            “Bereh boh! Qilla pun.. tanya orang.. awak tu? Takkan tak ada pakwe kot?” soal Aeril pula.
            “Qilla? Hehe.. Qilla tak nak cari.. bagi Qilla pulak..cinta yang pasti tu akan datang dengan sendirinya.. and if ada yang nakkan cinta Qilla..dia mesti jumpa abah, along and abang Qilla dulu.. sebab diorang tu pakwe and makwe Qilla sekarang!”
            “Hurm, betul tu..cinta yang ikhlas.. takkan ada siapa pun yang akan haling kan? Lagi-lagi kalau dia jodoh kita…”
            “Hehehe..ok! stop cinta-cinta ni..sekarang kita study dulu ok! Jum!”ajak Aira smabil membuka helaian yang mereka akan belajar.
            Aira dan Aeril sering belajar bersama-sama. Kadangkala mereka akan belajar bersama-sama dengan Ila, Nisa dan Tikah. Namun, jika mereka ada hal, mereka tidak turun bersama. Hubungan persahabatan mereka sangat rapat dan mungkin juga akan menimbulkan ketidakpuas hati antara orang yang melihat. Ramai yang mengatakan bahawa mereka berdua tidak sesuai untuk bercinta dan berkawan kerana perbezaan negeri dan darjat. Bagi Aira dan Aeril masing-masing masih tidak tahu bahawa Aira merupakan anak orang berada begitu juga dengan Aeril.
            Setelah tamat sessi semester pertama bagi mereka, Aira terus pulang ke rumahnya pada malam itu juga. Alisa mengambil Aira di Kolej Kerawang. Hakimi tidak dapat menjemput Aira kerana dia perlu ke studio untuk merakamkan albumnya yang pertama. Ketika dalam perjalan pulang, Aira mendapat pesanan ringkas daripada abangnya.
          Hey, adik..xdpt nak ambik awak..ade kerja lah.. J      -Hakimi-
          Laju tangan Aira menyentuh skrin I-phone miliknya itu.
            It’s okey dear.. see you in Selangor.. hehe.. home sweet home…        -Aira-
          Okey syg! See you..nanti abg blnja awak makan dekat luar ye..after this album laku.. hehe..          -Hakimi-
          Aira ketawa membaca pesanan ringkas daripada abangnya itu. Alisa memandang Aira dengan pandangan yang pelik.
            “Hai, mesej dengan siapa tu? Gelak-gelak.. orang dekat sebelah ni tak nak pulak mesej” gurau Alisa.
            “Hahaha..jeles ke Kak Long? Abang Emy la.. dia nak belanja orang.. jangan jealous…”
            “Ish, tak ada maknanyalah akak nak jealous.. laki akak kan ada..dia boleh belaja akak bila-bila masa je…anytime..anywhere.. huhu” ujar Alisa sambil memandu.
            “Eleh, pergilah sana.. dah kahwin.. tak boleh join orang yang belum kahwin ni macam adik dengan Abang Emy.. hehehe..” kata Aira. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. SAYANGKU EMY! Mak oi… nama si pemanggil.. macam pakwe..
            “Hello.. hehehe…sorry la..lambat reply mesej.. ade orang jealous ma…” ucap Aira kepada si pemaggil. Manakala Alisa mencubit tangan Aira. Terjerit Aira dibuatnya.
            “Hah? Dah kenapa jerit-jerit tu.. kat mana dah ni?”soal Hakimi.
            “Along ni la.. jealous kita ni single lagi.. huhu.. ade dekat.. Dungun.. lambat lagilah abang oii…”
            “Aira..Aira…sakat lagi kakak dia tu.. eh, tapi betul jugak kan single ni best apa!” ucap Hakimi. Manakala Aira menekan pembesar suara untuk member Alisa mendengar perbualan mereka.
            “Kan Abang Emy! Bahagia kalau single ni..boleh buat apa yang kita nak kan…” ujar Aira smabil menahan ketawa.
            Alisa membulatkan matanya. Aira kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya itu di tempat yang disediakan di dalam kereta BMW 6series milik Alisa.
            “Amboi..amboi.. sukalah tu kenakan orang eh.. kurang asam punya adik..”kata Alisa.
            Kedengaran suara Hakimi ketawa. “Adik on speaker ke? Patutlah pun orang tu marah.. Along, jangan marah-marah..karang cepat tua…kesian dekat abang ipar kita tu kan adik?” sakat Hakimi.
            “Hahaha..betul..betul..betul..” kata Aira sambil meniru watak Upin dan Ipin.
            “Hey korang dua orang ni kan.. kau Emy..along dapat kau siap nanti!”
            “Hah? Siap pergi mana Long? Nak pergi picnic ke? Hahaha…” Hakimi ketawa.
            Aira turut ketawa apabila Hakimi selamba mengenakan kakaknya itu. Jarang mereka bergurau dengan Alisa semenjak Alisa berkahwin. Lagi pula, Alisa sering sibuk dengan pekerjaannya sebagai seorang peguam.
            “Hei! Afdhal Hakimi!! “ hampit terjerit Alisa dibuatnya.
            “Alamak abang..ada orang marahlah.. ni abang buat apa ni? Tak ada kerja ke? Kata sibuk..tapi boleh pulak call orang..ke saje tak anak ambik Aira ni?”
            “Eh, banyaklah awak tu.. Tengah rehat kejap..kejap lagi masuk studio balik.. bosan..tu yang mesej dengan awak.. dah awak lambat balas.. abang call jelah..”
            “Oooo… hehehe.. sayang jugak dekat adik ni eh? Huhuhu..”
            “Tak payah nak gediklah Puteri Aira Aqillah…” ujar Alisa.
            “Huuu..jeles lah tu!” Aira mengusik kakaknya lagi.
            “Eh, nanti abang call lagilah… nak masuk studio balik..hati-hati jalan tu.. kalau penat berhenti rehat dulu tau along!”pesan Hakimi.
            “Yelah..along nak berhenti jugak kejap ni…elok-elok dekat sana tu..” Alisa juga berpesan kepada Hakimi.
            Talian dimatikan dan mereka sampai di perhentian rehat di Cherating, Pahang. Aira dan Alisa menuju ke sebuah gerai minuman.
            “Aira, lepas ni nak buat apa? Cuti lama juga kan?” soal Alisa.
            Aira mengangguk sebelum menjawab. “ Yup! Tak tahulah..Aira ingat nak cari kerjalah.. kerja sekejap pun jadilah…”
            “Kerja? Abah bagi ke?”
            “Hurm, tak tahu… kena minta permission dululah..kalau bagi on jelah.. tapi, Aira nak sangat kerja.. nak duit jugak..support..hehehe”
            “Aik? Duit yang Along dengan abah bagi tak cukup ke?”
            “Hahaha..lebih dari cukuplah.. tapi, along..nanti mesti Aira bosan. Abah kerja bukan dengan government.. hujung minggu cuti..kadang-kadang kena jumpa client kan? Bosanlah Aira…” Aira mengeluh.
            “Hurm, betul jugak… Kerja dengan Along jelah.. nak?” soal Alisa.
            “Erk? With you? Nak kerja apa dekat syarikat along tu…”
            “Jadi mak cik cleaner.. hahaha” gurau Alisa.
            “What? Alahai… baik adik kerja dengan abang Emy.. jadi PA..lagi best!”
            “Eleh..ke nak tumpang glamour?” soal Alisa.
            “Hey, tak ada masa ok! Tapi, tak naklah.. Aira tak suka sangat glamour-glamour ni..”
            “So?” soal Alisa.
            “So? Kita enjoy! Haha.. tengoklah macam mana.. kena jugak bodek abah tu.. bukan senang.. kalau along sayang Aira kan.. along back up Aira boleh?”pinta Aira sambil membuat muka tak bersalah.
            “Ingat comel ke  buat muka macam tu? Nantilah..kalau akak baik…”kata Alisa selamba sambil minum air di hadapannya itu.
            “Kak Long…….” Kata Aira sambil memandang wajah kakaknya itu.
            “Hah? Kenapa?” soal Alisa pelik melihat muka adiknya yang masam tiba-tiba.
            “Nak tu….” Ujar Aira sambil menunjukkan gerai yang menjual pau panas.
            “Hah? Budak ni.. buat suspen jelah.. pergilah beli sana…”
            “Duit?” kata Aira sambil menghuurkan tangan kearah kakaknya itu.
            “Hei..duit sendiri kan ada.. nak jugak duit orang…” kata Alisa tetapi member juga wang rm10 kepada Aira.
            “Duit Aira..Aira simpanlah..hehehe..jangan marah ha….” Kata Aira selamba sambil berjalan menuju ke gerai yang menjual pau tersebut.
            Sedang Aira menuju ke gerai tersebut, dia telah dilanggar oleh seseorang sehingga dia hampir terjatuh dan membuatkan Aira menjadi marah.
            “Hey, dah langgar tu buatlah cara langgar!” bentaknya.
            Orang yang melanggar Aira sebentar tadi berhenti melangkah dan memusingkan badannya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang dilanggarnya itu ialah Aira.
            “Qilla!” panggilnya.
            ‘Masa aku tengah marah ni jugaklah ada yang panggil.. eh, tapi siapa pulak yang panggil aku dengan panggilan Qilla kecuali arwah ibu dengan…..’
            Aira mengangkat wajahnya. Ekspresi terkejut juga dilakukan oleh Aira apabila melihat orang yang amat dikenalinya berada di hadapannya. Dia ke yang langgar aku?
            “Oh my go! What a surprise…” sapa orang itu.
            “Zikri ke yang langgar tadi?” soal Aira geram.
            “Err…sorry… sorry sangat-sangat.. tak sengajalah…”pinta Aeril.
            “Sorry..sorry..sorry naik lori lah.. sakit tahu tak! Kalau badan tu kecik tak apa…”
            “Ala…sorrylah Qilla…tak sengaja.. Zikri nak pergi sana cepat tadi…” Aeril mohon kemaafan daripada Aira.
            “Eh, kenapa ni Aira? Kenapa?” soal Alisa sambil menghampiri mereka berdua. Dia takut Aira diapa-apakan oleh lelaki tersebut.
            “Er…tak ada kak.. ni…er….” Aeril menggelabah.
            Aira mahu ketawa melihat ekspresi muka Aeril apabila ditegur oleh kakaknya.
            “Tak ada apalah Kak Long.. ni budak ni langgar Aira tadi.. nasib baik tak jatuh..”
            Belum sempat Alisa berkata-kata, ada suara yang memanggil Aeril.
            “Aeril Zikri.. kenapa ni? Penat ummi tunggu dekat sana..rupa-rupanya dekat sini..” kata seorang perempuan yang membahasakan dirinya sebagai ummi.
            “Hah? Tak, angah terlanggar dia ni tadi…” Aeril menghampiri wanita itu.
            “Hah? Langgar? Suka hati kamu je nak langgar orang.. ni ada sakit dekat mana-mana tak?” soal wanita itu kepada Aira.
            “Eh, tak adalah mak cik..saya ok je.. sikit je ni..” kata Aira gugup.
            “Maaflah..anak mak cik ni memang macam ni..” kata wanita itu sambil memandang Aeril geram.
            Melihat gaya wanita itu, Aira berkira bahawa Aeril merupakan anak orang senang. Walaupun sudah berumur gaya wanita di hadapannya itu sangat elegan.
            “Eh, tak apa mak cik..saya ok je…” ujar Aira sambil memandang Aeril.
            “Ummi, ni kawan angahla…” kata Aeril.
            “Hah? La yeke? Ish korang berdua ni…” kata ibu Aeril.
            “Ye mak cik.. kawan kelas.. tak sangka pulak jumpa dekat sini..” balas Aira sopan sambil menyalam tangan ibu Aeril begitu juga dengan kakaknya Alisa.
            “La, kawan ke? Dah tadi macam nak gaduh je kenapa?” soal Alisa pula.
            “Kak!” marah Aira sambil menyiku lengan Alisa.
            “Hehehe.. ummi, ni Aira Aqillah kawan angah..Aira, ni ummi Zikri… Daaa…er..maksud Zikri Mariam…” Aeril memperkenalkan ibunya kepada Aira.
            Aira mengangguk tanda hormat.
            “Err..maaf mak cik buat susah hati tadi.. erm, ni kakak saya Alisa Afiqah..kak ni kawan Aira dekat u..Aeril Zikri..” Aira memperkenalkan kakaknya dan juga memperkenalkan Aeril kepada kakaknya.
            “Eh, jumlah duduk sana dulu..boleh berbual sekejap..ke nak gerak dah?” soal Datin Mariam.
            “Em, tak adalah..kami pun baru berhenti ni.. rehat sekejap.. boleh juga..” Alisa menerima pelawaan ibu Aeril.
            Setelah itu, mereka ke sebuah kerusi yang berdekatan manakala Aira dan Aeril membeli pau panas yang Aira inginkan sebentar tadi. Terbantut hajat Aira tadi seketika.
            “So, anak orang ….tettt!! eh? Tak bagi tahu pun..” soal Aira sambil memandang Aeril. Mereka menunggu baki wang membeli pau tersebit daripada penjaga gerai itu.
            “Eh, tak adalah..” Aeril menafikan.
            “Jangan nawok(tipu) eh..”
            “Em, duduk situ kejaplah..” kata Aeril selepas mereka menerima baki.
            “Bukan Zikri yang tettt..pun.. family je..” ujar Aeril merendah diri ketika mereka duduk di sebuah kerusi berhampiran dengan gerai tadi.
            “Sama lah tu… tak apalah.. ni nak pergi mana pulak?”
            “Balik Selangor.. ayah Aeril ada dekat sana…” kata Aeril.
            “Means?” soal Aira ingin tahu.
            “Ayah Zikri ada kerja dekat sana..ummi kena ikut ayah.. so, orang sebelah awak ni jadi driverlah…” ujarnya.
            “Oh, ok…” ucap Aira.
            “Jum, pergi dekat diorang..karang kena marah pulak..” ajak Aeril.
            Mereka berdua berjalan menuju kea rah ibu Aeril dan kakak Aira. Hai, rancak berbual.
            “So, anak ummi ni satu kelas dengan Aira lah eh?” soal Datin Mariam apabila mereka duduk.
            “Yup! She is my best friend actually..” ucap Aeril.
            “Oh, oklah tu.. belajar macam mana ok tak? Exam macam mana?” soal Datin Mariam kepada Aira.
            “Hah? So far..ok lah…ada susah..ada senang…” jawab Aira.
            “Adatlah tu kan…” kata Datin Mariam.
            “Ummi, Qilla ni ajar Angah jugak dekat sana…” Aeril menambah.
            “Qilla?” soal Datin Mariam.
            “Em, Aeril panggil Aira Qillah ke? Sama macam arwah ibu dia panggil..” kata Alisa.
            “Arwah ibu? Means?” soal Aeril.
            “Aira?” Alisa memandang adiknya itu. Aira hanya menggelengkan kepalanya dan menunduk.
            “Sebenarnya ibu kami dah meninggal..sakit… arwah je yang panggil Aira ni dengan panggilan Qilla.” Terang Alisa.
            “Oh, maaflah..mak cik tak tahu…” kata Datin Mariam sambil memegang bahu Aira.
            “Tak apa mak cik.. dah lama pun.. “ kata Aira.
            “Eh, jumlah dik.. nanti lewat pulak.. risau nanti abah dengan Emy.. jum.. kami minta diri dululah mak cik..” ujar Alisa sambil bangun.
            “Kami pun nak gerak juga ni.. marilah…” kata Datin Mariam sambil berjalan bersama dengan Alisa. Aira berjalan beriringan dengan Aeril.
            “Sorry, tak tahu pasal your late mother.. patutlah Qilla tak bag Zikri panggil dengan nama tu..” kata Aeril sambil mengingati bahawa Aira pernah melarangnya untuk diapanggil dengan nama tersebut, namun akhirnya Aira memberinya lampu hijau untuk memanggilnya dengan nama itu. Itupu, selepas Aeril memujuknya.
            “Its ok.. tak apa.. dah lama pun..” kata Aira.
            Setibanya di tempat letak kereta, mereka menuju ke kederaan masing-masing. Kebetulan, kereta mereka terletak sebelah-menyebelah.
            “Kata orang…awak pun sama kan.. anak orang senang juga..” kata Aeril sebelum mereka berpisah.
            “Eh, ni kereta kakak lah…” Aira ingin menafikan.
            “Jangan nak tipu ok.. memang kereta Kak Lisa.. tapi, awak memang anak orang senang kan? Ok,lah.. gerak dulu.. hati-hati..” ujar Aeril sambil menuju ke bahagian memandu.
            Mereka berpisah untuk bergerak menuju ke destinasi masing-masing.