Friday 14 December 2012

Siapa nk buat pavlova?? Jum tengok resepi dekat sini..

Ha,,,sekarang ni ramai orang nk try2 wat resepi sana sini kan...apa kata kalau tengah bosan2 tu kan... kita buat PAVLOVA nak?? senang je nk buat.. bahan pon simple.. boleh carik dekat mana2..kedai kek ke...






jum kite tengok apa bahan2 yg diperlukan utk buat pavlova ni.. simple je taw!!

BAHAN-BAHAN( BUAT 2 ADUNAN KECIL..)

4 Biji telur ayam (ambik yang putih letur je taw!)
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka (makan)
1/2 sudu esen vanila


BAHAN-BAHAN TOPPING

secawan @250 ml whipping cream
hiasan: boleh guna pelbagai buah-buahan..ikut kreativiti sendiri..

CARA-CARANYA..

1. panaskan oven ( 140'c ) guna api bawah

2. turunkan suhu antara (120'c-100'c) bila nak mula masak

3. asingkan telur putih dengan tulur kuning..(telur putih sahaja yg digunakan)

4. pukul telur dengan kelajuan yg tinggi(gunakan mixer) dan terus pukul sampai gebu.( nak tau dah jadi ke x, bila telangkupkan mangkuk, putih telur xjatuh)

5.masukkan gula kastor ke dalam adunan sikit demi sedikit dengan kelajuan yang tinggi .( jangan berhenti pukul)

6. pukul sampai dia jadi kental dan masukkan tepung jagung( jangan berhenti memukul adunan)

7. masukkan esen vanila dan cuka

8. adunkan esen vanila dna cuka tadi di dalam adunan dengan menggunakan spatula.( perlahan-lahan)

9. ambil dulang pembakar, lapikkan dulang tersebut dengan kertas minyak dan tuang kesemua adunan tersebut ke dalam dulang pembakar

10. jangan letak adunan tersebut terlalu tebal dan terlalu nipis. Biasanya di bahagian tengah lebih banyak dan tinggi.

11. masukkan ke dalam oven yang sudah panas, dalm keadaan suhu ( 120'c-100'c) 

12. bakar selama 1 jam 15 minit. (bergantung pada jenis ove yg digunakan)

13. selepas 1 jam 15 minit, jangan keluarkan dahulu pavlova daripada oven. biarkan sebentar bagi mengelakkan pavlova itu mereka apabila dikeluarkan.

14. bagi topping
-putarkan whipping cream dgn kelajuan yg tinggi smpai menjadi kental

15. sapukan whipping cream tadi di atas pavlova yang sudah siap dibakar.

16. pastikan whipping cream itu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

17. Hias buah-buahan(mengikut kegemaran anda) di atas permukaan pavlova yang sudah dipenuhi dengan whiiping cream itu tadi.

18. siap pavlova anda dan boleh dihidangkan! selamat mencuba!




No comments: