Bab 8
Hari
demi hari hubungan persahabatan antara Aira dan Aeril menjadi semakin rapat.
Aeril telah menukar nama panggilan daripada Aira kepada Qilla. Dia sudahpun
mengetahui nama penuh Aira. Aira juga begitu memanggil nama Aeril dengan
panggilan Zikri. Ramai yang mengatakan bahawa mereka berdua bercinta namun
ditolak mentah-mentah oleh mereka. Keran bagi mereka cukup hanya sekadar
berkawan sahaja.
“Zikri,
da lama kan kita kawan… Qilla lupa nak tanya.. Zikri mesej dengan Qilla.. tak
ada ke orang marah?” soal Aira ingin tahu ketika mereka berjumpa di gazebo
untuk belajar bersama-sama kerana pepriksaan akhir bagi semester satu hampir
tiba.
“You
mean what? Girlfriend?”
Aira
hanya mengangguk sambil membuka buku Business Mathematics.
“Hahaha..kalau
Zikri ada makwe… orang pertama yang Zikri bagitahu nanti Qilla ok? Sekarang tak
adalah… I’m not interested..” ucap Aeril bersahaja.
“Kenapa
pulak? Bagi sebab tak minat tu…”
“Sebab
bagi Zikri..Zikri nak cari perempuan yang betul-betul perempuan.. tak naklah
yang gedik-gedik.. lelaki memang suka perempuan yang rapat dengan dia.. yang
ambil berat.. seksi tu…mungkin.. tapi dia bukan calon yang sesuai…” terang
Aeril panjang lebar.
“Hurm,
ok.. so, nanti kalau Zikri dah jumpa calon tu.. tell me ok!” ucap Aira sambil
tersenyum.
“Bereh
boh! Qilla pun.. tanya orang.. awak tu? Takkan tak ada pakwe kot?” soal Aeril
pula.
“Qilla?
Hehe.. Qilla tak nak cari.. bagi Qilla pulak..cinta yang pasti tu akan datang
dengan sendirinya.. and if ada yang nakkan cinta Qilla..dia mesti jumpa abah,
along and abang Qilla dulu.. sebab diorang tu pakwe and makwe Qilla sekarang!”
“Hurm,
betul tu..cinta yang ikhlas.. takkan ada siapa pun yang akan haling kan?
Lagi-lagi kalau dia jodoh kita…”
“Hehehe..ok!
stop cinta-cinta ni..sekarang kita study dulu ok! Jum!”ajak Aira smabil membuka
helaian yang mereka akan belajar.
Aira
dan Aeril sering belajar bersama-sama. Kadangkala mereka akan belajar
bersama-sama dengan Ila, Nisa dan Tikah. Namun, jika mereka ada hal, mereka
tidak turun bersama. Hubungan persahabatan mereka sangat rapat dan mungkin juga
akan menimbulkan ketidakpuas hati antara orang yang melihat. Ramai yang
mengatakan bahawa mereka berdua tidak sesuai untuk bercinta dan berkawan kerana
perbezaan negeri dan darjat. Bagi Aira dan Aeril masing-masing masih tidak tahu
bahawa Aira merupakan anak orang berada begitu juga dengan Aeril.
Setelah
tamat sessi semester pertama bagi mereka, Aira terus pulang ke rumahnya pada
malam itu juga. Alisa mengambil Aira di Kolej Kerawang. Hakimi tidak dapat
menjemput Aira kerana dia perlu ke studio untuk merakamkan albumnya yang
pertama. Ketika dalam perjalan pulang, Aira mendapat pesanan ringkas daripada
abangnya.
Hey, adik..xdpt nak ambik awak..ade kerja lah.. J -Hakimi-
Laju tangan
Aira menyentuh skrin I-phone miliknya itu.
It’s okey dear.. see you in Selangor.. hehe..
home sweet home… -Aira-
Okey syg! See you..nanti abg blnja awak makan dekat luar
ye..after this album laku.. hehe.. -Hakimi-
Aira ketawa membaca pesanan ringkas daripada abangnya itu. Alisa
memandang Aira dengan pandangan yang pelik.
“Hai, mesej dengan
siapa tu? Gelak-gelak.. orang dekat sebelah ni tak nak pulak mesej” gurau
Alisa.
“Hahaha..jeles ke
Kak Long? Abang Emy la.. dia nak belanja orang.. jangan jealous…”
“Ish, tak ada
maknanyalah akak nak jealous.. laki akak kan ada..dia boleh belaja akak
bila-bila masa je…anytime..anywhere.. huhu” ujar Alisa sambil memandu.
“Eleh, pergilah
sana.. dah kahwin.. tak boleh join orang yang belum kahwin ni macam adik dengan
Abang Emy.. hehehe..” kata Aira. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. SAYANGKU
EMY! Mak oi… nama si pemanggil.. macam pakwe..
“Hello.. hehehe…sorry
la..lambat reply mesej.. ade orang jealous ma…” ucap Aira kepada si pemaggil.
Manakala Alisa mencubit tangan Aira. Terjerit Aira dibuatnya.
“Hah? Dah kenapa
jerit-jerit tu.. kat mana dah ni?”soal Hakimi.
“Along ni la.. jealous
kita ni single lagi.. huhu.. ade dekat.. Dungun.. lambat lagilah abang oii…”
“Aira..Aira…sakat
lagi kakak dia tu.. eh, tapi betul jugak kan single ni best apa!” ucap Hakimi.
Manakala Aira menekan pembesar suara untuk member Alisa mendengar perbualan
mereka.
“Kan Abang Emy! Bahagia
kalau single ni..boleh buat apa yang kita nak kan…” ujar Aira smabil menahan
ketawa.
Alisa membulatkan
matanya. Aira kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya itu di tempat yang
disediakan di dalam kereta BMW 6series milik Alisa.
“Amboi..amboi..
sukalah tu kenakan orang eh.. kurang asam punya adik..”kata Alisa.
Kedengaran suara
Hakimi ketawa. “Adik on speaker ke? Patutlah pun orang tu marah.. Along, jangan
marah-marah..karang cepat tua…kesian dekat abang ipar kita tu kan adik?” sakat
Hakimi.
“Hahaha..betul..betul..betul..”
kata Aira sambil meniru watak Upin dan Ipin.
“Hey korang dua
orang ni kan.. kau Emy..along dapat kau siap nanti!”
“Hah? Siap pergi
mana Long? Nak pergi picnic ke? Hahaha…” Hakimi ketawa.
Aira turut ketawa
apabila Hakimi selamba mengenakan kakaknya itu. Jarang mereka bergurau dengan
Alisa semenjak Alisa berkahwin. Lagi pula, Alisa sering sibuk dengan
pekerjaannya sebagai seorang peguam.
“Hei! Afdhal
Hakimi!! “ hampit terjerit Alisa dibuatnya.
“Alamak abang..ada
orang marahlah.. ni abang buat apa ni? Tak ada kerja ke? Kata sibuk..tapi boleh
pulak call orang..ke saje tak anak ambik Aira ni?”
“Eh, banyaklah
awak tu.. Tengah rehat kejap..kejap lagi masuk studio balik.. bosan..tu yang
mesej dengan awak.. dah awak lambat balas.. abang call jelah..”
“Oooo… hehehe..
sayang jugak dekat adik ni eh? Huhuhu..”
“Tak payah nak
gediklah Puteri Aira Aqillah…” ujar Alisa.
“Huuu..jeles lah
tu!” Aira mengusik kakaknya lagi.
“Eh, nanti abang
call lagilah… nak masuk studio balik..hati-hati jalan tu.. kalau penat berhenti
rehat dulu tau along!”pesan Hakimi.
“Yelah..along nak
berhenti jugak kejap ni…elok-elok dekat sana tu..” Alisa juga berpesan kepada
Hakimi.
Talian dimatikan
dan mereka sampai di perhentian rehat di Cherating, Pahang. Aira dan Alisa
menuju ke sebuah gerai minuman.
“Aira, lepas ni
nak buat apa? Cuti lama juga kan?” soal Alisa.
Aira mengangguk
sebelum menjawab. “ Yup! Tak tahulah..Aira ingat nak cari kerjalah.. kerja
sekejap pun jadilah…”
“Kerja? Abah bagi
ke?”
“Hurm, tak tahu…
kena minta permission dululah..kalau bagi on jelah.. tapi, Aira nak sangat
kerja.. nak duit jugak..support..hehehe”
“Aik? Duit yang
Along dengan abah bagi tak cukup ke?”
“Hahaha..lebih
dari cukuplah.. tapi, along..nanti mesti Aira bosan. Abah kerja bukan dengan government..
hujung minggu cuti..kadang-kadang kena jumpa client kan? Bosanlah Aira…” Aira
mengeluh.
“Hurm, betul jugak…
Kerja dengan Along jelah.. nak?” soal Alisa.
“Erk? With you?
Nak kerja apa dekat syarikat along tu…”
“Jadi mak cik
cleaner.. hahaha” gurau Alisa.
“What? Alahai…
baik adik kerja dengan abang Emy.. jadi PA..lagi best!”
“Eleh..ke nak
tumpang glamour?” soal Alisa.
“Hey, tak ada masa
ok! Tapi, tak naklah.. Aira tak suka sangat glamour-glamour ni..”
“So?” soal Alisa.
“So? Kita enjoy! Haha..
tengoklah macam mana.. kena jugak bodek abah tu.. bukan senang.. kalau along
sayang Aira kan.. along back up Aira boleh?”pinta Aira sambil membuat muka tak
bersalah.
“Ingat comel
ke buat muka macam tu? Nantilah..kalau
akak baik…”kata Alisa selamba sambil minum air di hadapannya itu.
“Kak Long…….” Kata
Aira sambil memandang wajah kakaknya itu.
“Hah? Kenapa?”
soal Alisa pelik melihat muka adiknya yang masam tiba-tiba.
“Nak tu….” Ujar Aira
sambil menunjukkan gerai yang menjual pau panas.
“Hah? Budak ni..
buat suspen jelah.. pergilah beli sana…”
“Duit?” kata Aira sambil
menghuurkan tangan kearah kakaknya itu.
“Hei..duit sendiri
kan ada.. nak jugak duit orang…” kata Alisa tetapi member juga wang rm10 kepada
Aira.
“Duit Aira..Aira
simpanlah..hehehe..jangan marah ha….” Kata Aira selamba sambil berjalan menuju
ke gerai yang menjual pau tersebut.
Sedang Aira menuju
ke gerai tersebut, dia telah dilanggar oleh seseorang sehingga dia hampir
terjatuh dan membuatkan Aira menjadi marah.
“Hey, dah langgar
tu buatlah cara langgar!” bentaknya.
Orang yang
melanggar Aira sebentar tadi berhenti melangkah dan memusingkan badannya.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang yang dilanggarnya itu ialah
Aira.
“Qilla!”
panggilnya.
‘Masa aku tengah
marah ni jugaklah ada yang panggil.. eh, tapi siapa pulak yang panggil aku
dengan panggilan Qilla kecuali arwah ibu dengan…..’
Aira mengangkat
wajahnya. Ekspresi terkejut juga dilakukan oleh Aira apabila melihat orang yang
amat dikenalinya berada di hadapannya. Dia ke yang langgar aku?
“Oh my go! What a
surprise…” sapa orang itu.
“Zikri ke yang
langgar tadi?” soal Aira geram.
“Err…sorry… sorry
sangat-sangat.. tak sengajalah…”pinta Aeril.
“Sorry..sorry..sorry
naik lori lah.. sakit tahu tak! Kalau badan tu kecik tak apa…”
“Ala…sorrylah
Qilla…tak sengaja.. Zikri nak pergi sana cepat tadi…” Aeril mohon kemaafan
daripada Aira.
“Eh, kenapa ni
Aira? Kenapa?” soal Alisa sambil menghampiri mereka berdua. Dia takut Aira
diapa-apakan oleh lelaki tersebut.
“Er…tak ada kak..
ni…er….” Aeril menggelabah.
Aira mahu ketawa
melihat ekspresi muka Aeril apabila ditegur oleh kakaknya.
“Tak ada apalah
Kak Long.. ni budak ni langgar Aira tadi.. nasib baik tak jatuh..”
Belum sempat Alisa
berkata-kata, ada suara yang memanggil Aeril.
“Aeril Zikri..
kenapa ni? Penat ummi tunggu dekat sana..rupa-rupanya dekat sini..” kata
seorang perempuan yang membahasakan dirinya sebagai ummi.
“Hah? Tak, angah
terlanggar dia ni tadi…” Aeril menghampiri wanita itu.
“Hah? Langgar? Suka
hati kamu je nak langgar orang.. ni ada sakit dekat mana-mana tak?” soal wanita
itu kepada Aira.
“Eh, tak adalah
mak cik..saya ok je.. sikit je ni..” kata Aira gugup.
“Maaflah..anak mak
cik ni memang macam ni..” kata wanita itu sambil memandang Aeril geram.
Melihat gaya
wanita itu, Aira berkira bahawa Aeril merupakan anak orang senang. Walaupun
sudah berumur gaya wanita di hadapannya itu sangat elegan.
“Eh, tak apa mak
cik..saya ok je…” ujar Aira sambil memandang Aeril.
“Ummi, ni kawan
angahla…” kata Aeril.
“Hah? La yeke? Ish
korang berdua ni…” kata ibu Aeril.
“Ye mak cik..
kawan kelas.. tak sangka pulak jumpa dekat sini..” balas Aira sopan sambil
menyalam tangan ibu Aeril begitu juga dengan kakaknya Alisa.
“La, kawan ke? Dah
tadi macam nak gaduh je kenapa?” soal Alisa pula.
“Kak!” marah Aira
sambil menyiku lengan Alisa.
“Hehehe.. ummi, ni
Aira Aqillah kawan angah..Aira, ni ummi Zikri… Daaa…er..maksud Zikri Mariam…”
Aeril memperkenalkan ibunya kepada Aira.
Aira mengangguk
tanda hormat.
“Err..maaf mak cik
buat susah hati tadi.. erm, ni kakak saya Alisa Afiqah..kak ni kawan Aira dekat
u..Aeril Zikri..” Aira memperkenalkan kakaknya dan juga memperkenalkan Aeril
kepada kakaknya.
“Eh, jumlah duduk
sana dulu..boleh berbual sekejap..ke nak gerak dah?” soal Datin Mariam.
“Em, tak adalah..kami
pun baru berhenti ni.. rehat sekejap.. boleh juga..” Alisa menerima pelawaan
ibu Aeril.
Setelah itu,
mereka ke sebuah kerusi yang berdekatan manakala Aira dan Aeril membeli pau
panas yang Aira inginkan sebentar tadi. Terbantut hajat Aira tadi seketika.
“So, anak orang ….tettt!!
eh? Tak bagi tahu pun..” soal Aira sambil memandang Aeril. Mereka menunggu baki
wang membeli pau tersebit daripada penjaga gerai itu.
“Eh, tak adalah..”
Aeril menafikan.
“Jangan
nawok(tipu) eh..”
“Em, duduk situ
kejaplah..” kata Aeril selepas mereka menerima baki.
“Bukan Zikri yang
tettt..pun.. family je..” ujar Aeril merendah diri ketika mereka duduk di
sebuah kerusi berhampiran dengan gerai tadi.
“Sama lah tu… tak
apalah.. ni nak pergi mana pulak?”
“Balik Selangor..
ayah Aeril ada dekat sana…” kata Aeril.
“Means?” soal Aira
ingin tahu.
“Ayah Zikri ada
kerja dekat sana..ummi kena ikut ayah.. so, orang sebelah awak ni jadi
driverlah…” ujarnya.
“Oh, ok…” ucap
Aira.
“Jum, pergi dekat
diorang..karang kena marah pulak..” ajak Aeril.
Mereka berdua
berjalan menuju kea rah ibu Aeril dan kakak Aira. Hai, rancak berbual.
“So, anak ummi ni
satu kelas dengan Aira lah eh?” soal Datin Mariam apabila mereka duduk.
“Yup! She is my
best friend actually..” ucap Aeril.
“Oh, oklah tu..
belajar macam mana ok tak? Exam macam mana?” soal Datin Mariam kepada Aira.
“Hah? So far..ok
lah…ada susah..ada senang…” jawab Aira.
“Adatlah tu kan…”
kata Datin Mariam.
“Ummi, Qilla ni
ajar Angah jugak dekat sana…” Aeril menambah.
“Qilla?” soal
Datin Mariam.
“Em, Aeril panggil
Aira Qillah ke? Sama macam arwah ibu dia panggil..” kata Alisa.
“Arwah ibu? Means?”
soal Aeril.
“Aira?” Alisa
memandang adiknya itu. Aira hanya menggelengkan kepalanya dan menunduk.
“Sebenarnya ibu
kami dah meninggal..sakit… arwah je yang panggil Aira ni dengan panggilan
Qilla.” Terang Alisa.
“Oh, maaflah..mak
cik tak tahu…” kata Datin Mariam sambil memegang bahu Aira.
“Tak apa mak cik..
dah lama pun.. “ kata Aira.
“Eh, jumlah dik..
nanti lewat pulak.. risau nanti abah dengan Emy.. jum.. kami minta diri dululah
mak cik..” ujar Alisa sambil bangun.
“Kami pun nak
gerak juga ni.. marilah…” kata Datin Mariam sambil berjalan bersama dengan
Alisa. Aira berjalan beriringan dengan Aeril.
“Sorry, tak tahu
pasal your late mother.. patutlah Qilla tak bag Zikri panggil dengan nama tu..”
kata Aeril sambil mengingati bahawa Aira pernah melarangnya untuk diapanggil
dengan nama tersebut, namun akhirnya Aira memberinya lampu hijau untuk
memanggilnya dengan nama itu. Itupu, selepas Aeril memujuknya.
“Its ok.. tak
apa.. dah lama pun..” kata Aira.
Setibanya di
tempat letak kereta, mereka menuju ke kederaan masing-masing. Kebetulan, kereta
mereka terletak sebelah-menyebelah.
“Kata orang…awak
pun sama kan.. anak orang senang juga..” kata Aeril sebelum mereka berpisah.
“Eh, ni kereta
kakak lah…” Aira ingin menafikan.
“Jangan nak tipu
ok.. memang kereta Kak Lisa.. tapi, awak memang anak orang senang kan? Ok,lah..
gerak dulu.. hati-hati..” ujar Aeril sambil menuju ke bahagian memandu.
Mereka berpisah
untuk bergerak menuju ke destinasi masing-masing.
No comments:
Post a Comment