Monday, 1 October 2012

::cinta itu milik aku! (7) ::


Bab 7
            Malam itu, Aira duduk di tangga berdekatan dengan biliknya. Dia baru habis berhubung dengan kakaknya Puteri Alisa Asyikin. Rindu untuk bersama dengan keluarganya. Bukan dia tidak mahu pulang, tetapi dia haurs membiasakan dirinya dengan keadaan seperti itu. Bukan tidak mampu, tetapi dia tidak mahu kawan-kawannya tahu yang dia merupakan anak orang berada. Dia mahu hidupnya dalam suasana yang sederhana.
            “Aira, penat aku cari..dekat sini rupanya..” kata Nisa sambil duduk bersebelahan dengan Aira.
            “Eh, kau carik aku ke? Sorry..kakak aku call tadi..” ujar Aira sambil tersenyum.      
            “Oh, rapat eh kau dengan family kau…”
            “Hehehe..rapatlah jugak.. kakak aku sorang tu jelah.. mana ada lagi.. hah, ada apa kau cari aku ni?” soal Aira.
            “Tak, aku nak tanya ni..esok jadi tak? Kalau jadi..aku nak call prebet ni…” kata Nisa.
            “Oh, lupa pulak..aku ok je..esok tak ada apa-apa kan?”
            “Hurm, so far tak ada lah.. boleh la ni eh kiranya..”
            “Yup! Aku free je…” belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, telefon bimbitnya berbunyi. Aeril?
            “Hello, assalamualaikum..” sapa Aira.
            “Waalaikumsalam.. busy ke?” soal Aeril.
            “Tak adalah, tengah lepak atas tangga ni pun..dengan Nisa ni..” kata Aira sambil memandang Nisa.
            “Oh, korang ade situ.. buat apa dekat tangga tu? Gossip-gosip eh?”
            “Gosip ape pulak? Ingat tak ada kerja lain ke?” kata Aira.
            “Mana tau..hehe.. gurau jelah… esok duduk bilik je ke?”soal Aeril.
            Nisa yang berada di sebelah Aira hany mendiamkan diri. Memberi laluan untuk Aira berbual. Tidak tahu siapa yang bercakap dengan Aira, tetapi ada menyebut namanya.
            “Esok? Hurm..keluar kot..cari barang sikit..kenapa tanya?” soal Aira pula.
            “Pergi mana?”
            “M&G lah..mana lagi pun kan..hehehe..”
            “M&G?” soal Aeril pelik.
            “Yelah, Mydin and Giant…hehe..”
            “Oh, ingat apalah tadi.. nak follow boleh? Bosanlah…” tanya Aeril.
            “Hah? Err..kena tanya dioranglah… Aira tak tahu…” kata Aira sambil memandang Nisa. Nisa memandang Aira pelik kerana memandangnya. Kenapa?
            “Urm, tanyalah diorang..tak boleh?” soal Aeril.
            “Cakap dengan Nisa sendirilah eh… Ni dia ada sebelah Aira je..kejap..” kata Aira sambil menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nisa.
            “Siapa?” soal Nisa.
            “Aeril lah.. cakaplah dengan dia..”
            “Hah? Buat apa? Tak ada kerja aku…” Nisa menolaknya. Pelik juga keran Aeril menghubungi Aira. Diorang ni ada apa-apa ke? Dekat kelas macam biasa je..musykil-musykil.
            “Hey, dia nak cakaplah…”kata Aira memberikan telefon bimbitnya kembali kepada Nisa.
            “Err..hello.. Aeril..nak cakap dengan Nisa ke?” soal Nisa terus-terang. Aira yang mendengar hanya ketawa.
            “Hehe.. esok nak keluar eh?” soal Aeril.
            “Ha’ah.. nak kelaur kejap.. beli barang… sekali tengok-tengok jalan dekat bandar ni la…” kata Nisa.
            “Errr..nak follow korang boleh? Berapa orang pergi?” pinta Aeril.
            “Hah? Nak ikut… erm, sorang je ke nak ikut?” soal Nisa.
            “Hurm, yelah kot… Shah balik rumah..ada hal dia kata..yang lain-lain Aeril tak rapat.” Kata Aeril jujur.
            “Oh, em..macam mana eh? Ala.. aku tak tahulah..” kata Nisa sambil membahasakan dirinya aku. Dia tak biasa dengan panggilan-panggilan nama seperti itu.
            “Erm, kalau tak boleh tak apalah.. aku ingat kalau nak keluar, aku boleh drive.. sewa kereta jelah..” kata Aeril sambil membahasakan dirinya aku juga.
            “Drive? Kau ada lesen ke?” soal Nisa.
            “Ada..” jawab Aeril pendek.
            “Erm, kau nak ikut ke?” soal Nisa kembali.
            “Yelah, aku bosanlah.. tak apalah..aku jadi driver pon..hehehe”
            “Urm,ok lah kalau macam tu..ikut kaulah.. tapi kau call kereta lah..”kata Nisa.
            “Ok! Set!” balas Aeril gembira.
            Nisa menyerahkan kembali telefon bimbit tersebut kepada Aira. Aira hanya bercakap sepatah dua dan selepas itu mematikan talian.
            “Rapat eh kau dengan Aeril?” soal Nisa ingin mrngorek rahsia.
            “Rapat? Tak adalah..kitorang kawan je. Aku datang sini bukan nak lebih-lebih..”ujar Aira bersahaja.
            “Kalau lebih-lebih pun apa salahnya Aira oii…hehe..”
            “Ish, tak naklah.. I promise I just came here to study..bukan nak cintan-cintan ni wea..”
            “Hurm, apa-apa jelah.. lawa handphone kau kan..aku suka!” kata Nisa.
           “Handphone ni? Lah, bukan aku beli pun.. dapat free jelah..” kata Aira sambil menunjukkan I-Phone 3gs miliknya itu.
            “Iyeke? Mahal kan handphone tu..”
            “Yelah..aku tak beli pun..aku pun tak mampulah nak beli.. erm, esok pukul berapa?” soal Aira ingin tahu.
            “Ntah, nanti si Aeril tu bagi tahulah kot..em, aku masuk bilik dululah.. ade kerja sikit.. nanti apa-apa bagi tahu akulah eh..” kata Nisa sambil berlalu pergi.
            Tidak lama selepas Nisa masuk ke biliknya, Aira bangun daripada tempat duduknya itu dan masuk ke biliknya. Aira tidak rapat mana dengan teman sebiliknya. Masing-masing seperti membuat hal masing-masing. Dia hanya rapat dengan seorang sahaja teman biliknya itu, Fatin. Bilik itu memuatkan empat orang dalam satu masa dilengkapi dengan dua buah katil dua tingkat, meja belajar, rak buku dan sebuah almari besi.
            “Fatin, esok Aira nak keluar kejap.. nak kirim apa-apa tak?” soal Aira kepada teman biliknya itu.
            “Er, tak tahu lagi. Nanti kalau Fatin nak apa-apa Fatin text Aira eh?” kata Fatin sambil tersenyum. Dua orang teman biliknya tiada di situ. Mereka ke bilik teman masing-masing. Seorang daripada mereka berasal daripada Terengganu dan seorang lagi berasal daripada Johor. Manakala. Fatin sama sepertinya berasal daripada Selangor.
            “Ok! Apa-apa Fatin text Aira eh..ok,lah Aira nak pergi tandas sekejap.” Kata Aira samnil melangkah keluar dari bilik.
            Sekembalinya Aira daripada tandas, teman sebiliknya yang lain sudah berada dalam bilik kerana angka jam sudahpun bergerak menuju ke angka 11 malam. Telefon bimbit Aira berbunyi menandakan ada panggilan.
            “Hello, sayang.. tengah buat apa tu?” soal si pemanggil.
            “Hahaha.. tak buat apalah.. sayang buat apa?” soal Aira kembali sambil melangkah keluar daripada biliknya. Dia tidak mahu mengganggu teman biliknya yang lain.
            “Abah tengah cakap dengan anak abahlah ni.. Aira tak tidur lagi?” soal ayahnya.
            “Belum lagi.. abah sihat tak?”
            “Alhamdulillah..sihat… Aira? Abah rindu dengan anak abah sorang ni..” kata Dato’ Aminuddin.
            “Miss you too.. hehe… esok Aira nak keluar sekejap dengan kawan-kawan.. nak beli barang sikit..” Aira memaklumkan kepada ayahnya.
            “Oh, ok..hati-hati..keluar dengan siapa? Duit ada lagi?”
            “Keluar dengan kawan Aira..dia drive..tak tahu lagi pukul berapa..kejap lagi Aira tanya..ada lah.. banyak lagi.. abah bagi hari tu..kakak lagi..” kata Aira.
            “Hurm, kalau nak pakai duit cakap dengan abah..oh, esok abah masukkan duit dekat akaun Aira.. mana tahu nak beli buku nanti.. barang-barang Aira lagi…”
            “Hahaha..Duit abah bagi hari tu Aira tak guna sangatlah abah.. masa minggu orientasi hari tu pun diorang sediakan makanan..”
            “Tak apalah.. makan cukup-cukup.. nanti bila-bila abah free abah datang jumpa Aira. Abah tengah cari rumah dekat sanalah..” kata ayahnya.
            “Rumah? Buat apa?”
            “Senang nanti kalau abah ke, abang Emy, kak Long ke nak datang sana.. duduk rumah jelah..kalau ada saudara datang sana ke senang sikit..tak payahlah diorang nak tidur dekat hotel..”ayahnya menjelaskan.
            “Oh, ok.. minggu ni Aira tak busy sangat.. tu yang boleh keluar.. after this tak tahulah..”kata Aira kepada ayahnya.
            “Ok, jaga diri elok-elok..awak tu perempuan.. kalau ada apa-apa terus call abah or abang ok? Jangan simpan sorang-sorang..” pesan ayahnya.
            “Ok abah! Aira ingat..abang Emy pun ada cakap..”
            “Ok,lah.. pergi tidur sana…assalamualaikum..” kata ayahnya sambil emnamatkan panggilan.
            Setelah habis berbual dengan ayahnya, Aira msuk ke dalam bilik dan bersedia untuk tidur. Ketika dia hendak melelapkan mata, I-phone 3gs miliknya berbunyi menandakan ada satu pesanan ringkas.
            Esok pkul brpa nak pergi?                                           -Aeril-
          Aira membalas mesej daripada Aeril dengan cepat.
            Tak tahu..kena tanya diorang.. smlm kata nak keluar petang macam tu..                                                                             -Aira-
            Oh, keluar petang jelah kalau macam tu.. dalam lepas Asar Aeril datang ambil boleh?                                                                  -Aeril-
          Ok! Nanti Aira bagitahu diorang..                            -Aira-
          Ok! Tengah buat apa? Tidur dah ke? Sorry kalau ganggu..                                                                                                                          -Aeril-
          Oh, tak.. baru nak tidur ni.. tak buat apa pun..       -Aira-
          Tanya sikit boleh?                                                        -Aeril-
          Apa? Tanya jelah…                                                     -Aira-
          Nama penuh Aira apa?                                             -Aeril-
          Kenapa nak tahu?                                                       -Aira-
          Saje je… hehe.. tak boleh ke?                                       -Aeril-
          Boleh..tapi kena cari tahu sendirilah..nama Aira panjang.. em, xpelah..Aira nak tidur. See you tomorrow! Salam..            -Aira-
          Walam..good night!                                                     -Aeril-
          Keesokan harinya, seperti yang dijanjikan mereka berempat keluar untuk membeli barang. Aeril hanya mengekori ke mana sahaja mereka pergi. Macam bodyguard lah pulak! Selepas habis meronda di Mydin dan Giant mereka di bawa berjalan-jalan pusing Kuala Terengganu oleh Aeril menggunakan kereta Myvi. Mereka ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat maghrib. Sesudah itu, mereka di bawa ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Terminal yang indah bercirikan seni reka bentuk tradisional Terengganu. Setelah itu, mereka ke sebuah restoran yang berdekatan dengan Pantai Teluk Ketapang, Terengganu. Hampir jam 11 malam barulah mereka pulang ke kolej. Sewaktu mereka ingin memberikan wang kepada Aeril untuk membayar sewa kereta, Aeril menolaknya dengan memberitahu bahawa dia belanja mereka semua kerana sudi memberinya peluang untuk mereka keluar.

No comments: