Friday, 1 November 2013

Last semester in UiTM Kuala Terengganu !

Assalamualaikum. . selamat petang. .
hari ni merupakan hari yg mendebarkan bagi student UiTM seluruh Malaysia. .
sbb result semester bg student diploma kueluar. . YEAY!!
hahaha. .

alhamdulillah. . result sem ni xmenghampakan. .malah amat terkejut.. .
xsgka sebenarnya. . erm, byk benda yg terjadi sem 5 tapi semuanya berjalan dengan lancar. .
THANKS TO ALLAH!

Bila cakap pasal result kan. .mesty ada yg kecewa,sedih,gembira and xda perasaan pon ada. . (hehehe. . *mcm aku jugak) sbb ada yg dpt DL (*hebat!) and ada juga yg xdpt. . .

Tapi, walau apa pun result yg kita dpt sama ada teruk ke tinggi ke, DL sekalipun. .
kita kena terima dengan hati terbuka. . itu yang kita dapat setelah kita berusaha. . .
jangan bersedih hati, berduka, kecewa. . sbb sebaik2 perancangan adalah perancangan daripada yang MAHA ESA. .

Kalau kita redha, tawakkal. .insyallah hati kita akan lebih tenang.  . keep calm and smile always. .


Tuesday, 23 July 2013

di sebalik rahsia hati ini~ renungan bersama

Salam ramadhan buat semua muslimin dan muslimat..
bingkisan daripada hati yang sedang gundah gelana memikirkan apakah ini salahku atau takdir ALLAH yang ingikan yang terbaik buat diri ini..

Kata orang, hidup kita takkan sempurna jika tiada masalah yang menimpa diri kita,. .yup! itu betul. . dan sebagai hamba ALLAH di muka bumi ini, pelbagai masalah dan rintangan yang pernah kita alami bukan??

"allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya"

kata2 ini sering bermain di fikiran dan hati ini. .kata2 ini sememangnya benar, cuma, cara kita menyelesaikan dan menghadapinya. Ada orang lebih suka mendiamkan diri, memerhati daripada masuk campur dan membuka mulut utk menyelesaikan masalah.

"Diam itu lebih baik daripada berkata-kata"

dan kata2 itu menjadikan diri ini lebih berhati2 utk berkata2..
diam xsemstinya kita mengiyakan apa yg dikatakan oleh orang lain mahupun menyetujuinya. .
diam itu kadangkala menjadikan diri kita lebih matang dan bersedia menghadapi sesuatu. .
kesulitan,kepayahan,masalah dan dugaan yang kita hadapi pasti akan menemui akhirnya. .
jika tidak sekarang, perkara itu tetap akan berlaku. .





"kita merancang, dan sebaik2 perancangan adalah perancangan ALLAH"

ungkapa yang menjadikan diri ini lebih semangat dan sentiasa sedar, apa yang kita rancang selama ini, jika tidak berkenan di sisi ALLAH, pasti akan tidak terjadi mahupun tergendala..
kita merancang utk tidak berjumpa dgn seseorang di kemudian hari, tetapi kita tidak tahu. . ALLAH sudah merancang bahawa kita tidak akan perbah berpisah dengannya. . itulah QADA' DAN QADAR ALLAH.

masalah yang kita hadapai, kadangkala perlu untuk kita berkongsi dengan orang lain, tetapi tidak perlu sampai kita mengupat, mencerca seseorang itu.. perasaan tidak puas hati, marah, benci adalah lumrah dalam sebuah kehidupan..dan ALLAH akan tiupkan segala perasaan itu kepada sayang, kasih dan cinta terhadap orang itu tanpa kita sedari..benci lah macam mna pun, marah  dan umpatlah! kerana kita tidak tahu takdir ALLAH yang MAHA ESA!

sekelip mata dia boleh menjadikan perasaan itu menjadi serba salah. .
pernahkan anda mengalami perasaan seperti ini? saya?
ya! itu jawapan saya.. dan sehingga kini saya masih lagi memuhasabahkan diri saya agar tidak terpengaruh dengan hasutan hati yang jahat. .

"sentiasa mengingatkan diri kita supaya sentiasa berperasangka baik terhadap seseorang, dan jangan kita benci, marah terhadap seseorang itu tanpa sebab dan alasan yang kukuh"

sehingga ke hari ini hati ini masih berbelah bagi untuk memohon kemaafaan,
namun, apabila difikirkan, kita tidak perlu bermusuhan kan?
benda yang lama memang akan selalu pahit apabila difikirkan kembali. .
tetapi, apabila kemaafan dan memaafkan itu terjadi secara tidak langsung persengketaan, segala kenangan yang pahit akan terhapus dari semasa ke semasa. . smapai bila kita mahu bermusuh?
kita bukan ALLAH yang boleh menghukum seseorang. . nobody's perfect!
doakan saya utk memohon kemafaan terhadap seseorang itu. .




"beralah buka bereti kita kalah"

ungkapan yang ini menjadikan diri ini terfikir tidak salah bukan jika kita beralah untuk kebaikan?
tipulah, jika hati ini tidak kecewa dan terluka. . namun, untuk kebaikan bersama. .perkara ini perlu diambil kira. .biarlah ALLAH yang melihat dan menilai hati kita.. manusia bukan sesiapa utk menilai dan menghukum..

"bersangka baik!"

ya, di zaman era teknologi yang serba canggih ini, senang sahaja utk kita berkongsi masalah kita kepada org. FACEBOOK,TWITTER,,SKYPE,WE CHAT? yup! kita boleh berinteraksi dengan org.. tapi, tahukah kita apa yang kita POST, kadang2 buat orang lain terasa dan merasakan orang yang kita tidak puas hati itu adalah dia? tetapi, kita tidak bermaksudkan itu? kita tidak pernah memkirkan tentang org yang terasa itu? ya, jujur saya katakan. saya pernah post sedemikian rupa, ikut kata hati yang sedang marah dan kecewa. .tapi, kita kadang2 tidak sedar bahawa terdapat ramai  yang memkirkan bahawa itu dia. .. ungkapan maaf saya utarakan kepada mereka yang pernah merasakan diri mereka diperli oleh saya satu ketika dahulu..

"kepada ALLAH adalah tempat yang paling sesuai utk kita meluahkan rasa hati"

lumrah jika perasaan marah mengusai diri, tetapi kita kadangkala tidak sedar apa yang kita ungkapkan dari mulut adalah perkara yang tidak baik, andai diri kita sedih, kecewa dengan sesuatu, mohonlah..dan menangislah ketika kita sedang berhubung dengan SANG PENCIPTA. tak guna jika kita bercerita kepada orang lain even sahabat kita sendiri..kerana, kita sendiri tidak pasti adakah dia memahami apa yang kita ceritakan..dan kadang-kala apa yang kita ceritakan boleh mengundang fitnah, kata2 cerca yang keluar dari bibir kita memungkinkan kita akan dihukum di akhirat kelak jika benda yang kita ceritakan itu tidak benar. MENGADULAH KEPADA SANG PENCIPTA YANG LEBIH MENGETAHUI SEGALA SESUATU..





"kita bukan sempurna"

manusia? siapa kita? tahukah kita berasal daripada apa?
nah! jangan kita anggap diri kita ini perfect! judge orang sana sini, tanpa kita sedar orang memerhatikann sahaja cara dan tingkah laku kita..cth, apabila kita tidak berpuas hati terhadap sesuatu kita akan mengumpat, mengatakan orang itu begini,begitu..tapi kita tidak sedar, sedang kita bercerita mengenai orang itu, perkara itu berbalik kepada kita. lebih2 lagi di bulan puasa ini, mungkin banyak dugaan yang menimpa kita. ada org menyakiti hati kita. .jangan terlalu menghukum orang, sedangkan diri kita bukan sempurna utk menghukum atau mengenaka hukuman terhadap sesuatu..

"SABAR,TAQWA,YAKIN!"

kunci segala masalah dan dugaan yang melandan diri kita adalah SABAR! ganjaran yang tinggi pasti diperoleh oleh seseorang yang SABAR terhadap sesuatu yang menimpa diri mereka. .
jangan selalu mengeluh terhadap sesuatu yang terjadi pada diri kita, sentiasa MUHASABAH DIRI kita. mungkin ada sebab kenapa perkara itu terjadi kepada diri kita. KITA TIDAK TAHU BUKAN?
hidup di dalam dunia ini, kita haruslah sentiasa TAQWA  kepada ALLAH. kurangkan melakukan perkara yang sia2.. tidak guna, jika pakaian dah elok, jaga pandangan tapi, percakapan, perlakuan kita masih lagi tidak diubah..jangan jadikan diri kita berpura2 menjadi orang yang baik. ya! perkara ini memerlukan masa dari semasa ke semasa. .

akhir kalam, jika ada yang mengenali diri ini di luar dan diri ini tidak melakukan perkara apa yang dri ini katakan, harap tidak menghina dan menerjah diri ini. kerana, diri ini masih lagi belajar dan berusaha merubah segala apa yang buruk itu kepada kebaikan. . insyallah, diri ini berharap agar ALLAH sentiasa berada di sisi kita semua.~












Saturday, 2 February 2013

::KHAIRUNNISA birthday GIrL IN tHe HouSe::

ASSALAMUALAIKUM.. lama xupdate apa2 post.. busy ngn test, berlakon arab..kuiz.. biasalah kan..hidup sbgai seorang student.. xkn lari dari semua ni..smpailahhhh habis belajar.. entry kali ni k cerita khassss 1 tajuk namanya macam dekat atas la kan..  actually she is my best friend yang saya pernah ada selama berada di bumi TERENGGANU ini.. shortformly,,, understanding me than others...

owrite! mmndgkan hari ni bufday dia.. so, terfikir untuk tulis sesuatu untuk dia sebagai hadiah ketiga untuk hari ini.. LISTEN! LISTEN! LISTEN! hehe. xdelah.. nk cte mula2 masa first tyme jumpa dia .. masa sem 1..  i meet her at class.. we sit together in one row at our first clas.. xegt dah kelas apa sebenarnya.. jumpa dia.. then, decide untuk pergi class sama2 sampai sekarang ni..s till pergi kelas ngn dye with the rest members..

honestly, dlm byk2 kawan sya dekat sini.. sya selesa untuk kongsi cerita dengan dia.. xkshlah apa2 pun.. she know a lota about me than others member.. bukan xnk cte ngn yg lain2 tu.. tapi, hati saya kuat ckp i will be moreeee relex and be myself with her.. dye selalu dengar cerita saya..bila saya sedih, dia selalu bagi semangat dengan saya.. seingat saya, air mata banyak mengalir masa saya berada di sini.. i dont know why.. hard to tell and xplained it.. *huh*..

tahun lepas sambut bday dye dekat TELUK KETAPANG.. planned with others untuk culik dye.. finally jadi! hehe..tahun lepas smbut bday dye lewat sehari..and most of us x wish lgsg bday dye..*buat2 lupa..

FOR THIS YEAR, ktrg CELEBRATE otw balik daripada WEDDING our friend.. kebetulan dye buat hari yang saya.. is TODAY.. MYSARA AND HER HUSBAND SUFIAN.. congrates!! hehe.. balik je dari rumah SARah.. ktrg singgah 3 pantai.. HEBAT X?? HEHE.. pantai yang terakhir ktrg smbut this bufday girl.. kongsi kek dengan membe saya lagy seorang SALMI..



last but not least, this is for you dear.. hope you read it..

dear nisa my friend,
aku nk ucap thnx sbb sudi berkawan dgn aku dari sem satu hingga sekarang..aku syg gila dengan kau..mcm2 pnah jadi dalam hubungn persahabatan kita kan?? kau nangis, aku nangis, kau kecewa, aku kecewa..aku mnx maaf byk2 dari hujung rambut sampai hujung kaki dekat kau dalam sepanjang persahabatan kita aku ada sakitkan hati kau..aku tau ada..kalau kau cakap xda mknanya kau tipu..

kawan,
kau orang yg plg rapat dengan aku selain daripada kawan aku lagi seorang..bagi aku..korang dua orang macam nyawa aku dah.. aku xtau mna aku nak pergi kalau kau xda..semua yg kau ckap pada aku tentang kenangan kita dekat sini..aku xnk dengar..aku syggg sgt dengan kau..hnya kau yg faham aku nisa.. no one.. aku xtau knpa aku rasa sedih bile igt semua yg prnah jadi dekat kita.. hati kau  sangat lembut, and aku tau bila ada orang sakitkn hati kau ssh kau nk lupakan.. termasuk aku kan???

nisa, 
aku xksh sama ada kau anggap aku ni kawn baik kau ataupun tak..up to you..au xksh.. sbb bagi aku kau sahabat aku selama-lamanya.. aku nk nnti bila aku dah xda dalam dunia ni.. seandainya aku pergi dari dunia ni dulu.. aku nak kau ada sedekahkan yassin untuk aku..aku xtahu aku akan pergi dari dunia ni bila.. aku xprepare pape pon.. tapi, aku nk kau tahu.. sepanjang aku kawan dengan kau.. kau adalah seorang sahabat yang sangat memahami and yg paling aku syg..

last but not least,
thnx for being such a very good friend for me,
thnx sbb sudi berkawan dengan aku,
thnx sbb sudi dengar cerita, masalah, suka duka aku,
thnx sbb beri kebaikan kau pada aku,
thnx for everything..
jasa kau xdpt aku balas smpai bila2.. aku syg giler dgn kau..
smpai bila2..

thnx sahabat.!!
SELAMAT ULANG TAHUN YG KE 20..
semoga ALLAH sentiasa memberkati hidup kau..
semoga panjang umur dan dmurahkan rezeki..
LOVE YOU FOREVER..

IKHLAS,
FARAHIN ULFA


Tuesday, 25 December 2012

rumah-rumah pelik di dunia!

hyep! annyong haseyo..lama gak kot xupdate blog..last post psl resepi hari tu kan..okayyyy..
skarang nk bg awok-awok semua cuci2 mata tgop gmba2 rumah yg paling pelik dekat dunia ni..
macm2 bentuk and rupa pon ada.. terbaliklah..tunggang terbalik pon ada..hehehe...
jum kita tengok!


rumah macm ni pon ada kan? sgt kreatif and pelik.. ish3..


senget2 pulak tengok rumah ni.. btw nice looking!


errr...rumah ni pelik.. mcm mna tah dibuatnya..


ha, nk lagy pelik.. tuan rumah ni terbalikkan lagy rumah drg ni.. tp ni skrg bukan lagy rumah.. dah jd ruang pameran xsilap la..dlm pon semua bnda terbalik..


coml je kan rumah macm ni.. kecik and comel..


wooooo....piano ngn violin? perghh.sgt eksklusif! cntik kan..kreatif gler pemilik rumah ni..


ha! rumah bentuk kasut ni pon ada jugak.. ngeee~




errr..xtaw nk ckp mcm mna psl rumah ni.. sebab design sgt unik and menarik..
bumbung bercantum2 lagy gitu kan..:)





last but not least... ni bukan rumah pelik.. tp tempat segala pelik..
boleh bagy anugerah bilik paliiiiinnnngggg cantik.. hehehehe...

xbole hdup la mcm ni kan...



ok,! ni je yg smpat nk dkongsikan sama2.. sharing is caring.. mana tau korg ada idea2 nk buat rumah pelik jugak kan  hari nanty.. buat bentuk bunga ke, haiwan ke, teddy bear.. love? weeee~

thts all from me for this post.. cek out next post okeyh!
salam..~

Friday, 14 December 2012

MaCaRoNs...Yg sedaP N sIMPle

kali ni,.. kite sharing2 plak cara2 nk buat Macarons.. yummy!
xpnah mkn.. tp bila google2... cm teringin pulak nk mkn.. nk beli ada kate yg mhal kan??
so, kaedah yg pg senang.. kita buat sendiry.. lagi puas hati kan. even xjd.. hehehe... 

skrg ni tgah lyan cerita Miss Panda& Mr. Hedgehog... baking2 cake.. menarik mnat pulak mata bila drg buat macaron yg sgt comel! mcm2 bentuk pon ada drg buat.. sgt kreatif!!

oke! jum kte tgok bhan2 yg diperlukan utk buat mknn comel ni and cara2 nk buat..






BAHAN-BAHAN YG DIPERLUKAN..:)

80G putih telur ( aggaran telur 2 biji kalau gred A)
65G gula castor

80G serbuk almond
140G gula icing
pewarna( ikut cita rasa)

LANGKAH-LANGKAH:)

1. Sediakan dulang pembakar. Alas dulang tersebut dengan kertas minyak.

2. Ambil duit syiling. ikut besar mana yg dikehendaki. biasanya guna duit rm0.20 sen je..sebb kecik and comel.

3. Lukis atas kertas minyak tadi. ikut bulatan duit syiling yang digunakkan. Jarakkan dlm aggran 3cm setiap bulatan.

4. Terbalikkan kertas tersebut dan letakkan atas dulang pembakar tadi. (lebih mudah jika menggunakan baking paper sbb mudah utk tanggalkan macaroon bila adh siap dibakar nanti.

5. Masukkan serbuk almond dan gula icing dalam satu bekas dan ayak hingga sebati. kemudian ketepikan bekas tersebut seketika.

6. Ambil bekas yang lain pukul putih telur sehingga kembang. ( gunakan mixer dgn kelajuan yang maximum.)

7. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil putarkan adunan tersebut.(sehingga adunan menjadi kental dlm 10 minit. Pastikan bila kita terbalikkan adunan tu, xjatuh.)

8. Masukkan 1/4 serbuk almond yang dah kita campur dengan gula icing tadi dalam putih telur. ( gaul hingga sebati dengan menggunakan spatula)

9. Masukkan lagi serbuk almond dan gula icing lagi ke dalam adunan sedikit demi sedikit.

10. Letak pewarna ke dalam adunan( mengikut citarasa. kalau nak warna lain-lain jadikan adunan tadi ke dalam beberapa bekas)


11. masukkan adunan yang dah dicampurkan dengan pewarna tadi ke dalam plastik ataupun piping bag.

12. Picitkan adunan tadi atas bulatan yg kita dah buat atas kertas minyak tadi.

13. Gunakan toothpick untuk memecahkan mana2 gelembung udara yang terbentuk.( utk elakkan permukaan macaroon jadi berlubg bila kita bakar)

14. Rehatkan macaroon tadi dlm 30-45 minit. (pastikan betul2 kering dan permukaannya xmelekat dekat tangan)

15. Pnaskan oven dlm 140'c-150'c.

16. letakkan tray dlm oven di bahagian tengah. bakar selama 15-20 minit.

17. Setelah siap dibakar. jangan tanggalkan dulu macaroon. letak atas rack dulu. biarkan dye sejuk.

18. Utk fille pulak.. boleh letak apa2 je dekat tengah2 utk lekatkan macaroon tu. nak letak jam coklat ke pape jelah. Ada org dye buat ikut kreativiti. ada yang letak mcm2 bentuk ats permukaan macaroon supaya nmpk lagy comel dan cntik. mcm gmbar dekat bawah ni.. selamat mencuba!







Siapa nk buat pavlova?? Jum tengok resepi dekat sini..

Ha,,,sekarang ni ramai orang nk try2 wat resepi sana sini kan...apa kata kalau tengah bosan2 tu kan... kita buat PAVLOVA nak?? senang je nk buat.. bahan pon simple.. boleh carik dekat mana2..kedai kek ke...






jum kite tengok apa bahan2 yg diperlukan utk buat pavlova ni.. simple je taw!!

BAHAN-BAHAN( BUAT 2 ADUNAN KECIL..)

4 Biji telur ayam (ambik yang putih letur je taw!)
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka (makan)
1/2 sudu esen vanila


BAHAN-BAHAN TOPPING

secawan @250 ml whipping cream
hiasan: boleh guna pelbagai buah-buahan..ikut kreativiti sendiri..

CARA-CARANYA..

1. panaskan oven ( 140'c ) guna api bawah

2. turunkan suhu antara (120'c-100'c) bila nak mula masak

3. asingkan telur putih dengan tulur kuning..(telur putih sahaja yg digunakan)

4. pukul telur dengan kelajuan yg tinggi(gunakan mixer) dan terus pukul sampai gebu.( nak tau dah jadi ke x, bila telangkupkan mangkuk, putih telur xjatuh)

5.masukkan gula kastor ke dalam adunan sikit demi sedikit dengan kelajuan yang tinggi .( jangan berhenti pukul)

6. pukul sampai dia jadi kental dan masukkan tepung jagung( jangan berhenti memukul adunan)

7. masukkan esen vanila dan cuka

8. adunkan esen vanila dna cuka tadi di dalam adunan dengan menggunakan spatula.( perlahan-lahan)

9. ambil dulang pembakar, lapikkan dulang tersebut dengan kertas minyak dan tuang kesemua adunan tersebut ke dalam dulang pembakar

10. jangan letak adunan tersebut terlalu tebal dan terlalu nipis. Biasanya di bahagian tengah lebih banyak dan tinggi.

11. masukkan ke dalam oven yang sudah panas, dalm keadaan suhu ( 120'c-100'c) 

12. bakar selama 1 jam 15 minit. (bergantung pada jenis ove yg digunakan)

13. selepas 1 jam 15 minit, jangan keluarkan dahulu pavlova daripada oven. biarkan sebentar bagi mengelakkan pavlova itu mereka apabila dikeluarkan.

14. bagi topping
-putarkan whipping cream dgn kelajuan yg tinggi smpai menjadi kental

15. sapukan whipping cream tadi di atas pavlova yang sudah siap dibakar.

16. pastikan whipping cream itu tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

17. Hias buah-buahan(mengikut kegemaran anda) di atas permukaan pavlova yang sudah dipenuhi dengan whiiping cream itu tadi.

18. siap pavlova anda dan boleh dihidangkan! selamat mencuba!




Thursday, 13 December 2012

~TrEnDy tUdUnG ZamAn SeKaRaNg~

Assalamualaikum... lama dah xupdate blog nim.. cerita yg ditulis pon xsmpt nk smbung and publish dekat sini..sbb sekarang da mula semester baru.. so, ada mslah sikit utk on9, sbb bilik berdekatan dgn bukit.. and xde coverage..hehe.. ni pun pinjam member pnyer broadband..

oklah, entry kali ni nk cerita sikit psl tudung zaman sekarang.. mesty macam2 gaya tudung pernah korang gayakan kan? dari tudung bawal yang sekarang ni ada mcam2 nama, dan jugak shawl..
kat bwah ni ade beberapa keping gmbar gaya tudung zaman sekarang.. boleh tgok eh... smntra cari idea nk pkai tdung macam mna..^,^


kalau xsilap la kan.. nama shawl ni.. shawl HALFMOON..
org ckp senang nk pkai shawl ni.. tp xtau la.. sbb bukan penggemar shawl sangat.. 
pretty good.. klau pndai pakai shawl ni smpai mnutup dada kira cntik kan!
tp bg sesetengh lelaki..drg xsuka perempuan pakai shawl.. hehe..

ok, dalam byk2 tudung..i love to wear tudung bawal.. sbb lagy selesa and senang nk pkai.. dulu popular kan shawl2 ni.. tapi sekarang.. org rmai prefer utk pkai bawal jer.. lagypun sekarang ni kan dah byk tudung bawal yg dijual.. mcm2 jenis and gaya pon ada..


ha, ni antara tudung bawal yg agak popular...
corak2 harimau ada.. 
no.1- tudung bawal yang ada corak2 dekat tepi.. harga dlm rm10-25..
n0.2- tudung apa tah namanya..lupa dah.. sekarang tudung ni murah je.. klau dekat k.l.. dlm rm 3 pon dah boleh dpt! percayalah! seng je kan nak cari tudung!


no.3- tudung bawal yng ada ropol-ropol bunga dekat tepi.. bagi yg mnt.. and tau cara nk pkai.. mmg cantik jadinya..ropol2 tu..ada besar..ada kecil.. hrga pon sekarang dah murah.. kalau beli byk lagy dpt murah.. hrga sekita RM10-25
NO.4- Ni pulak tudung bawal plain.. macm2 warna ada..just pilih ikut kesesuaian baju korang.. tudung ni sekarang adalh pilihn remaja pd zaman sekarang ni.. senang nk pkai tudung ni... murah pulak tu..sekarang ni kalau pndai cari dlm RM5 pon dah boleh dpt!


n0.5- tudung bawal yg popular dulu..sekarang pon popular lagy taw! ni bawal yg sebenarlah... kalau bawal yg sebenar..kain dye sedap je pakai.. mahl jugaklah.. around rm30-RM60.. mahal.. tp puas hati!
no\0.6- ni tudung gabungan warna2 plain.. tudung ni dah digabungkan dgn plbgai warna.. so, lagi senang klau korg nk pakai dgn baju korang.. murah pon murah tau dlm rm10 je dah boleh dpt.. 


 n0.7- ha, tudung ni plak simple je..plain.. tp ditmbh dengan ala-ala reben dekat tepi tu.. corak polka dot yg sekarg ni rmai org minat kan.. 
n0.8- tudung ni sekarg byk jd pilihan.. degn corak ala-ala crown at ats kepala.. bila pakai ada bling2 gitu.. sesuai utk remaja and org yg mint... simple.. hrga sekrg RM10 dah boleh dpt dah..



okey! yg at ats ni pulak..tudung yg sgtttt cntik kan??
 ni isnpirasi daripada DATIN NORJUMA.. 
cantik kan dye pakai tudung.. nama tudung ni..tdung aidijuma.. 
korg boleh tgok cara drg gabungkan warna..lepastu warna yg digunakan sgt meriah.. hehehe.. love this!

ok,lah..penat dah cerita psl tudung ni.. sekrg nk tnjuk pulak artis2 malaysia yg sgt2 sya minat gaya tdung drg.. nk tau siapa.. jum scrolll!




comel kan heliza helmi.. suka tgok gaya dye pakai tudung.. mmg ttp dada habis.. suka gaya dye yg simple tp menarik.. love her... ikon hijab sekarang...


yatt pon dah berubah jd lagy okey and cantik...
dkat luar pun dye pakai sarung tangan..sangat respect!






ni pulak iirma hasmi.. yg dah mengandung sekarang.. sgt sweet dye pakai tudung..
comell..simple and elegant..