Wednesday, 26 September 2012

::cinta itu milik aku! (4)::


Bab 4
            Pertama kali menjejakkan kaki ke universiti ini. Lain situasinya bagi Aira. Dahulu, di UiTM Kuala Terengganu, kampusnya kecil dan tidak melibatkan jumlah pelajar yang besar. Sekarang, di universiti ini yang mempunyai kawasan yang luas seharusnya memiliki beribu orang pelajar dan salah seorang daripadanya sekarang ialah Aira.
            “Adik, tunggu sini kejap..abang letak barang nanti abang datang balik..” Hakimi menyedarkan Aira daripada lamunannya.
            “Its ok. Abang just bagi Aira direction.. nanti Aira pergi sendiri. Kesian pulak abang nak ke sana ke sini.” Kata Aira sambil memerhatikan manusia yang lalu lalang di situ.
            “Betul ni? Karang sesat pulak..tunggu sini jelah…” Hakimi risau.
            “Abang, Aira dah besarlah.. kalau tak jumpa nanti Aira tanyalah siapa-siapa.” Aira meyakinkan abangnya.
            “Hurm, oklah… adik jalan terus..nampak tangga adik naik sampai tingkat 2.. then, terus.. nanti adik Nampak signboard pejabat adik masuk situ.” Kata Hakimi menerangkan kedudukan pejabat. Aira sudah seminggu lewat masuk mendaftarkan diri kerana pendaftaran bagi kemasukan semester 1 pada hari Aira kembali ke tanah air.
            “Ok, abang pergilah buat kerja abang sana..adik pergi kejap lagi.” Balas Aira.
            “Ok, kalau ada apa-apa adik call abang je tau!” ucap Hakimi sebelum meninggalkan Aira untuk pergi melakukan kerjanya. Sebenarnya Hakimi perlu berjumpa dengan seorang pensyarah bagi menguruskan satu projek yang akan dilangsungkan hujung bulan ini.
            Aira memerhatikan abangnya berlalu. Dia mula mengatur langkah untuk pergi ke pejabat mengikut arahan yang dikatakan oleh abangnya itu. Apabila dia sampai ke tingkat dua, dia mencari-cari pejabat yang dimaksudkan oleh abangnya tetapi gagal kerana kawasan tersebut sangat luas dan terdapat banyak pejabat. Dia mengabil keputusan untuk bertanya kepada pelajar yang berada disitu. Namun, tidak seorang pun yang melayan pertanyaannya. Masing-masing melihatnya dengan pandangan yang tajam. Buruk sangat ke aku pakai? Aira hanya mengenakan blause biru, seluar jeans putih dan tudung bawal di kepala bewarna putih. Sedang Aira tercari-cari pejabat yang dimaksudkan oleh abangnya terdengar namanya di panggil oleh seseorang.
            “Aira!” seseorang memanngil nama Aira.
            Aira berpaling untuk melihat siapa yang memanggilnya di situ. Aneh juga bagi dirinya kerana setahunya tiada siapa yang dia kenali di situ kecuali abangnya.
            “Aira Aqillah! My cousin!” seorang lelaki menghampirinya.
            “Oh my god! Abang Ihsan? What a surprise!” Aira kegirangan melihat abang sepupunya di situ.
            “Abang lagi terkejutlah nampak awak dekat sini. Bila balik? Diam-diam je eh?” soal Ihsan gembira.
            “Seminggu dah. Ni Abang Ihsan tau tak pejabat nak daftar pelajar baru dekat mana? Penatlah Aira cari dari tadi. Besar sangat tempat ni. Confius!”
            “Wait..wait.. pelajar baru? Siapa yang nak masuk sini?”
            “Aira lah! Siapa lagi.. cepatlah Abang Ihsan. Urgent ni..” ujar Aira penuh mengharap.
            “Ok..ok.. jum abang bawak.. ikut abang…” kata Ihsan sambil diikuti oleh Aira.
            Selesai mendaftar, Aira diberi jadual kelasnya. Dia berada di bawah fakulti muzik sama dengan abangnya yang berbeza ialah abangnya di peringkat ijazah dan tinggal 3 semester lagi. Aira tidak mendapat tempat untuk duduk di hostel kerana sudah penuh. Tetapi, itu bukanlah masalah baginya. Ayahnya sudah memberitahunya supaya ulang-alik ke rumah.
            “Dah kan? Aira punya kelas pukul berapa?” soal Ihsan.
            “Ha? Pagi tadi ada.. tapi memang tak masuklah..sekarang dah pukul 10.. lepas ni ada lagi.. pukul 12.” Jawab Aira.
            “Cantik! Jum pergi cafe.. abang belanja.” Pelawa Ihsan.
            “Abang Ihsan tak ada kelas ke?” soal Aira hairan.
            “Hari ni tak ada. Tapi, datang kejap sebab jumpa pensyarah. Emy pun ada tadi. Rasanya tak habis lagi tu.”
            “Oh, boleh jugak! Jumlah..Aira dahagalah..” kata Aira.
            “Ok, jum! Banyak abang nak korek ni.”
            Sesampainya mereka di café ada banyak mata yang memandang. Aira jadi tidak selesa.
            “Aira duduk dulu..biarkan diorang tu..tak payah layan..” ujar Ihsan sambil menuju ke café untuk membeli sesuatu.
            Terdengar suara-suara berbisik. “Ihsan dengan siapa tu, gila budak hot stuff tu dah ada awek ke? Budak sini ke? Tak pernah nampak pun..”
            Terdengar suara lagi. “Asal minah tu dengan Ihsan? Tak sesuai langsung..pleaselah!”
            Aira semakin tidak selesa apabila menjadi perhatian. Ketika Ihsan duduk di hadapannya, Aira terus membuka soalan.
            “Abang Ihsan popular ke dekat sini?” sola Aira hairan.
            Belum sempat Ihsan menjawab pertanyaan Aira, datang seorang perempuan berpakaian sendat hanya separas peha menegur Ihsan.
           “Hye Ihsan. Siapa girl ni? Tak sesuainya dengan you… Pity you.. Better you dengan I..” kata gadis itu megah.
            “Hey, Ni? Kenapa pulak you cakap tak sesuai dengan I? Kalau I dengan you lagi kesian kat I.. seksa!” balas Ihsan selamba. Aira yang mendengar kata bals daripada Ihsan ingin ketawa.
            “What? You ni..kolot jugak kan.. Sekarang ni zaman fesyenlah! You apa tahu?” marah gadis itu.
            “Bella, sorry to say lah. Fesyen ke.. apa ke.. ingat I kisah ke? Tu..aurat you.. tak malu ke nak tunjuk dengan semua orang? Maybe lelaki lain suka.. but not me..kolot pon kolotlah..” ihsan memerli gadis yang bernama Bella itu.
            “You kan! How dare you.. depan girl ni you beranilah nak cakap macam tu. Tunjuk baik konon!” Bella memarahi Ihsan.
            “Er, sis! No need depan I pun dia nak buat macam tu. By the way.. betul pun apa dia cakap. You buat malu kaum perempuan jelah. Allah bagi tubuh badan cantik-cantik tu untuk husband you je. Tak payahlah nak tayang sana sini. Pity you.” Aira bersuara.
            “Eh kau siapa nak tegur-tegur aku? Kau ingat kau makwe dia kau ada hak nak tegur aku!”
            Ihsan ingin bersuara tetapi di haling oleh Aira. Orang ramai yang berada di situ memandang mereka.
            “Sis, saya tegur bukan sebab saya ni makwe dia ke, bukan ke..saya tegur sebab saya pun perempuan.. sorry if sis marah.. by the way, saya bukan makwe abang Ihsan. I’m his cousin.” Balas Aira selamba.
            “So, can you leave us?” hanya itu yang keluar dari mulut Ihsan.
            “You! I hate you! You jangan ingat you hot, you popular you boleh buat macam tu.!” Marah Bella sambil berlalu pergi.
            “So, can you answer my question?” soal Aira kembali setelah keadaan kembali reda.
            “Hurm, nak cakap macam mana eh?  You know your brother right?”
            “Abang Aira? Mestilah kenal..”
            “Bukan.. maksud abang.. popularity dia? Tahu?” soal Ihsan.
            “Tau.. dia artis baru sekarang.. sebab tu Aira tak nak jalan dengan dia..” balas Aira.
            “Abang macam Emy lah jugak.. tapi, abang dekat sinilah. Emy Aira tu.. popular luar and dalam ni.. kalau tak percaya.. kalau nampak dia jalan.. comfirmlah ramai yang mengikut..” kata Ihsan.
            Belum sempat Aira membalas percakapan Ihsan telefon bimbitnya berbunyi. Dikeluarkan Samsung Galaxy sIII miliknya itu.
            “Hello, Assalamualaikum..” sapa Aira.
            “Adik dah daftar ke? Jumpa tak? Dekat mana sekarang ni?” Soal hakimi bertalu-talu.
            “Hahaha.. abang ni satu-satulah..dah lah,, adik ade dekat cafe ni.. dengan abang Ihsan. Dia yang tolong adik tadi. Tanya orang.. haram nak jawab..” ujar Aira sambil tergelak.
            “Oh, ok.. adik dengan Ihsan la ni? Taklah abang risau sangat. Abang ada kerja ni..sorry nanti abang jumpa adik. Adik habis kelas pukul berapa hari ni?” soal Hakimi.
            “Pukul 2 habis dah. Tadi patut ada kelas pagi. Tapi, memang tak masuklah. Dah lambat.”
            “Ok, nanti habis kelas call abang. Abang gerak dulu. Jaga diri elok-elok.”pesan Hakimi mengakhiri perbualan.
            “Abang Ihsan…” belum habis Aira menghabiskan percakapannya, Ihsan ditegur oleh sesorang.
            “ Abang Ihsan!”Panggil satu suara.
            Aira tersentak! ‘ Macam kenal je suara tu.. janganlah dia.. Ya Allah…’
            “Eh, Aeril.. ada apa?” soal Ihsan.
            ‘Ya Allah betullah dia..  mana aku nak pergi ni…’ Aira gelabah.
            “Er, abang Ihsan. Jangan cakap apa-apa pasal Aira.” Sempat Aira berkata kepada Ihsan sebelum pemuda yang bernama Aeril itu menghampiri. Ihsan yang tidak tahu apa-apa hanya mengangguk. Aira memusingkan badannya kea rah bertentangan dengan Aeril dan menundukkan mukanya sambil berpura-pura bermain hand phone nya.
            “Err..ganggu ke? Ni Aeril nak beritahu.. Pn. Sarah nak comfirmkan yang abang Ihsan free tak tarikh tu.” Soal Aeril.
            “Eh, tak ganggu pun. Tengok keadaan sekarang abang on je. Dah dapat ke calon-calonnya?” soal Ihsan.
            “Untuk budak part 1 yang baru masuk ni.. Pn. Sarah dah ada list. Tapi yang nak nyanyi dengan Abang Kimi tak tahulah.” Balas Aeril sambil memerhatikan gadis yang duduk menghadap ke belakang darinya. Hati Aeril berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa.
            “Oh, kenapa pulak Kimi tak ada pasangan pulak?” soal Ihsan ingin tahu.
            Dalam hati Aira dia mahu perbualan ini habis secepat mungkin, tetapi dia juga ingin tahu kenapa dengan abangnya itu. Kimi? Kelakar pula Aira mendengar nama panggilan abangnya di situ.
            “Yelah, dia kan memilih sikit..mana nak nyayi dengan perempuan pegang-pegang tangan ni..” kata Aeril selamba.
            ‘What? Kau cakap abang aku macam tu! Dah betul kan..mana boleh nak pegang tangan perempuan sesuka hati..bukan muhrim! Hampeh punya budak..Hey, pergilah budak!’ marah Aira di dalam hatinya.
            “Err, tak apalah..macam ni..Aeril pergi dululah..pasal Kimi nanti abang jumpa and cakap dengan dia macam mana. Kita jumpa lagi nanti masa dengan budak yang terpilih tu.” Ujar Ihsan. Dia tahu Aira akan marah apabila mendegar apa yang dikatakan oleh Aeril sebentar tadi.
            “Ok, Aeril pergi dululah..ada kerja nak kena buat..” kata Aeril akhirnya sambil menyalam tangan Ihsan. Dalam hatinya dia ingin mengetahui siapakah gadis yang bersama Ihsan itu. Mengapa hatinya berdebar-debar apabila berada di situ.
            “Who is he nak cakap abang Aira macam tu? Samdol betulah! Ei, geramnya aku!” Marah Aira.
            “Hey, rilex! Chill! Janganlah marah… dia memang macam tu lah..” Ihsan menenangkan Aira.
            “By the way..kenapa Aira pandang tempat lain tadi? And kenapa Aira tak bagi abang sebut pasal Aira depan dia tadi? Aira kenal ke Aeril tu?” soal Ihsan pula.
            “Hah? Errr..saja… malas nak kenal-kenal dengan senior.. buang masa jer!” Balas Aira sambil menutup kegugupannya.
            “Hurm, boleh percaya ke? By the way… Airaku sayang.. dia memang senior awak.. tapi, dia sebaya dengan awak.. that’s why dia panggil abang, abang Ihsan. Tak dengar ke tadi?”
           “Sorry, I’m not interested dengan apa yang abang cakap tadi. Umur sama? Oh I see… siapa nama penuh dia?” soal Aira inginkan kepastian.
            “Dah kenapa nak tahu pulak? Tadi kata tak brminat…” Ihsan memerli.
            “Bilanya? Orang cakap tak berminat dengan apa yang korang cakap tu lah…. Tak nak bagi tahu tak apalah.. tak rugi pun.. “ kata Aira sambil menghabiskan airnya. Dia mahu bersiap-siap untuk ke kelas.
            “Eh, marah ke? Alahai.. rilekslah dik… Yelah, nama dia Aeril Zikri. Kos same dengan abang.. he’s genius.. maybe one day.. dia jadi macam abang awak tu..” puji Ihsan.
            ‘What? Ya Allah..kenapa aku mesti jumpa dia lagi? Perlu ke dia datang sini? Why here..’ Aira seperti ingin menangis.
            “Why? Kenapa Aira bad mood pulak ni?” Soal Ihsan apabila melihat perubahan wajah di muka Aira.
            “Nothing, err.. abang Ihsan..Aira pergi kelas dululah ye..” pinta Aira sambil bangun.
            “Wait a minute.. Aira tahu ke kelas Aira dekat mana?” soal Ihsan.
            “Tak tahu.. tak apalah.. ada masa lagi ni.. Aira cari dulu..”
            “Hahaha..Aira, pejabat pun awak tak boleh cari..ni nak cari kelas? Tempat ni besar.. dahlah, sini abang tunjukkan..” kata Ihsan sambil membawa Aira ke kelasnya.
            Sesampainya di kelas, ramai mata-mata yang memandangnya pelik. Aira tidak mempedulikkan mereka. Dia hanya duduk di dalam kelas itu. Nasib baik hanya satu kelas sahaja yang tinggal.
            Kelas pada hari itu habis awal daripada masa yang ditetapkan. Setelah keluar daripada kelas itu, Aira terus menelefon abangnya, Hakimi.
            “Hello, abang..Aira dah habis kelas ni..” kata Aira setelah telefon disambungkan.
            “Awalnya?” soal abangnya.
            “Ntah, dah habis awal. Abang ada kerja ke? Kalau ada tak apalah..Aira tunggu dekat mana-mana.”
            “Eh, tak..abang tengah practice ni.. sorang je pun..datang sinilah..teman abang kejap..” ajak Hakimi.
            “Dekat mana? Aira mana tahu abang practice dekat mana..”
            “Oh, lupa..Aira pergi dekat tangga yang Aira naik masa nak pergi pejabat pendaftaran hari tu.. naik tingkat tiga. Abang tunggu dekat situ.” Kata Hakimi.
            “Hurm, oklah..Aira datang sana…tunggu sekarang..” kata Aira sambil menamatkan talian. Teringin juga dia ingin melihat abangnya membuat latihan. Selama ini dia tidak pernah lagi melihat abangnya membuat latihan semenjak abang itu bergelar artis.
            Sesampai sahaja Aira di tingkat tiga tersebut, dia sudah ditunggu oleh Hakimi.
            “Adik, kejap eh..bagi abang practice sekejap.. lepas tu, kita balik..” kata Hakimi kepada Aira.
            “Ok, adik tak kisah pun.. Aira pun tak pernah nampak abang practice.. hehehe” ujar Aira sedikit teruja.
            “Ok! Jum!” Hakimi menarik tangan Aira supaya mengikutinya. Dalam masa yang sama terdapat mata yang memrhatikan mereka berdua dengan pandangan yang sangat cemburu.
            ‘Hakimi! Kau curang dengan aku! Nanti kau!’ marah perempuan itu.
            Di dalam bilik latihan tersebut, Aira duduk di sebuah kerusi dan hanya memerhatikan abangya menyanyi. Dia suka mendengar suara abangnya itu. Memang sesuai dengan kerjayanya sekarang. Satu benda yang sangat Aira suka dengan sikap abangnya ialah dia tidak pernah mengambil gambar di majalah bersama artis lain dan tidak pernah memegang tangan perempuan lain selain dia dan kakaknya.
           Hakimi menyanyikan lagu Timeless yang berasal daripada Korea namun telah ditukar menjadi bahasa inggeris. Lagu itu merupakan lagu kesukaan Aira. Sedang Hakimi menyanyikan lagu tersebut, tiba-tiba Hakimi berhenti menyanyi dan memberikan sebuah mikrofon kepada Aira.
            “Why?” soal Aira.
            “Ni lagu duet kan? Your song.. jum! Nyanyi dengan abang…”pinta Hakimi.
            “Ei, tak naklah… abang jelah yang nyanyi…” tolak Aira.
            “Alah dik..tak ada siapa pun.. jumlah.. abang tengah cari seseorang yang boleh nyanyi lagu ni dengan abang..tak jumpa lagi..tak best nyanyi sorang-sorang..jum!” ajak Hakimi lagi. Akhirnya Aira mengambil mikrofon yang diberikan oleh Hakimi sebentar tadi Dan Hakimi terus memainkan semula lagu tersebut di radio.
           
            You can’t leave me
            Stay here even if it’s hard
            If I can see you just a bit more
            I’d smile for the amount of love left

           
            Timeless, it isn’t separation is it?
            If there’s one life, it’s us now
            Hold tight baby, timeless stain it on this heart
            For it will only hurt like a moment’s fever
            We both agree
            This is timeless, love…

            I’ll be leaving with the world
            But will sadness also go with me?
            You call for me for you are yearning
            I will only leave scars on the door to your heart

            Will I know after I swallow the tears?
            That I heaved from inside of me?
            Hold my hand so I can’t leave
           
            Timeless, it isn’t separation is it?
            If there’s one life, it’s us now
            Hold tight baby, timeless stain it on this heart
            For it will only hurt like a moment’s fever
            We both agree
            This is timeless, love…
           
            Yeah…
            Baby it’s timeless..
            Oh baby it’s timeless..

            Hold tight baby timeless, so I can go back
            For it will only hurt like a moment’s fever
            We both agree
            This is timeless..
            This is timeless..
            love…

          Mereka berdua menyanyi dengan penuh penghayatan tanpa menyedari ada mata yang memrhatikan mereka dengan penuh minat. Bagi si pemerhati itu, Hakimi sudahpun menjumpai sesorang yang sesuai dengannya untuk bergandingan dalam persembahan yang akan berlangsung kurang dari sebulan lagi.

         
            

Monday, 24 September 2012

::cinta itu milik aku! (3)::





Bab 3
            Hari Ahad yang membosankan bagi diri Aira. Keseorangan di rumah. Ayahnya keluar bersama ibunya ke sebuah majlis, abangnya Hakimi pergi ke studio rakaman. Rakaman lagi! Bosan! Emylia…hah? Mana budak tu? Mana Lagi… hang out jela taunya.. Tinggallah dia keseeorangan di rumah.
            ‘Alamak! Bosannya hidup aku hari ni… Nak keluar?? Nak ajak siapa eh?? Em… ha!”
            Aira berlari ke atas untuk mengambil telefon bimbitnya. Setelah Berjaya menjumpai telefon bimbitnya itu dia terus mendail nombor kawannya.
            “Hello! Babe! Kat mana?” katanya setelah talian berjaya di sambungkan.
            “Hello mak cik.. lain kali bagi la salam dulu ke.. ni main aci redah je kan kau ni…” Kata si pemanggil.
            “Hahaha..sorry dowry strawberry lah! Assalamualaikum! Hehehe…” Aira termalu sendiri.
            “Hah? Kenapa telefon aku ni?”
            “Babe, kau busy tak?” soal Aira sambil berharap.
            “Busy tak adalah sangat..kenapa?Nak keluar?” tanya temannya itu.
            “Oh Nisa! Kau tau-tau je kan.. huhuhu..jom keluar nak? Aku bosan tahap ape dah ni.. jom la..jom la…” ujar Aira sambil merayu-rayu.
            “Hahaha..kau ni ape la.. bila? Kat mana?” tanya Nisa.
            “Sekaranglah..aku dah bosan ni.. alone kat rumah ni sorang-sorang.. aku ambik kau lah!”
            “Wah, berita baik! Kau ambik aku? Ada lessen dah ker?” kata Nisa sambil tergelak.
            “Hamboi, ada la.. saya lesen P ok! Aku ambik kau lah. Tapi nak ke rumah kau aku tak tau. Kau tuggu dekat mana-mana ke?”
            “Ha, elok sangatlah tu..aku ni kat luar sebenarnya..dekat stesen KTM. Baru jumpa kawan tadi. Aku tunggu kau dekat stesen Klang la eh? Aku sekarang ada dekat S.alam.” kata Nisa.
            “Wah! Cantik! Dah nak sampai bagi tau..aku siap jap!” jerit Aira kegembiraan.
            “Ok! Beresss..” kata Nisa menghabiskan perbualan.
            Aira gembira kerana dapat juga keluar dari kancah kebosanan. Tapi, ada sesuatu yang menganggu fikirannya..
            ‘Alamak! Mana aku ada kereta.. Yang ada pon kereta…..’ Aira menuju ke tingkat bawah untuk melihat kereta apa yang ada.
            ‘Hah? Kereta tu je ke? Aku mana reti bawak…tapi, hari tu abang kata kalau nak keluar ambik kunci warna hijau..tekan..naik..jalan…Tapi, kereta mana? Argh tak pelah, aku siap dulu..’ Aira berkata sendirian dan naik semula ke biliknya untuk bersiap.
            Setelah bersiap ala kadar, dia terus turun ke bawah untuk keluar.
            “Pak Man, Aira keluar kejap ya..” kata Aira sopan kepada pengawal keselamatan rumahnya.
            “Baiklah hati-hati…” ujar Pak Man.
            Aira msuk kembali ke dalam rumah untuk mengabil kunci kereta yang dimaksudkan oleh abangnya itu. Setelah mengambil kunci kereta, Aira terus keluar dan menekan butang open dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat kereta yang dia takut untuk dinaiki menyala. Dia terus menghubungi abangnya.
            “Hello, abang busy ke?”
            “Tak adalah..sekarang tengah rehat kejap..ada apa telefon abang ni?”
            “Aira nak keluar ni.. Tapi…” belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya, Hakimi sudah menyampuk.
            “Hah, keluar jelah… kenapa nya?”
            “Ei..bagilah orang habiskan cakap dulu…main potong jelah dia ni..” balas Aira geram.
            “Hahah..sorry..kenapa dik?”
            “Aira mana tau nak bawak kereta ni! Ni kereta siapa pulak ni bang?”
            “Hahaha..ingatkan apalah tadi..Senang jelah.. sama je dengan kereta lain.. tekan minyak jalanlah…” gurau Hakimi.
            “Abang! Betul-betullah ni.. Aira nak pergi ambik kawan Aira ni..”
           “Yelah-yelah..tu kereta awaklah budak… macam ni nak guna kereta tu…” Hakimi menerangkan cara-caranya. Setelah itu, Aira terus menuju ke kereta Nissan Fairlady370z bewarna putih yang dikatakan miliknya itu.
            Dia mengikuti arahan yang diajar oleh abangnya sebentar tadi. Percubaan pertama…
            ‘Yes Berjaya!’ Aira kegirangan apabila kenderaan itu Berjaya dihidupkan dan dia membawanya dengan berhati-hati. Aira sempat melambaikan tangannya kea rah Pak Man yang sedang duduk di dalam bilik pengawal keselamatannya. Aira meninggalkan bangle tiga tingkat milik keluarganya itu.
            Sesampainya dia di Stesen Komuter Klang, dia terus mencari temannya itu. Setelah dia Berjaya mengenal pasti sahabatnya itu, dia membawa keretanya berhampiran dengan sahabatnya itu.
            “Aira? Kau ke tu?” soal Nisa apabila cermin kereta diturunkan.
            “Hahaha. Masuklah! Kita gerak..” kata Aira.
            “Fuyoooo..manyak cantik ini kereta? Kereta kau eh?”
            “Eh, bukanlah.. kereta ni je ada dekat rumah tadi. Aku bawaklah. Abang aku punya kot.”
            “Eleh, yelah tu..kau bukan boleh percaya sangat..” Nisa menjawab. Dia tahu Aira bukan jenis orang yang bangga dengan apa yang dia ada sekarang. Dia seorang yang sangat merendah diri. Dia teringat sewaktu mereka di sana ayahnya ingin membelikan dia kereta untuk kemudahannya di sana. Namun, ditolak mentah-mentah oleh Aira dengan alasan tiada lessen memandu.
            “Iyelah, bukan kereta aku ni. Dah ni je yang ada.. aku bawaklah.. kita pergi lepak Shah Alam nak tak? Main boling jom!”
            “Hahaha. Bereh boh!” kata Nisa dengan bahasa Terengganunya.
            Aira memandu dengan tenang. Dalam perjalanan menuju ke Shah Alam, banyak cerita yang dikongsikan oleh Nisa. Kenangan mereka sewaktu belajar di UiTM Kuala Terengganu dahulu sebelum Aira berhenti pada semester tiga.
            “Aira, aku tanya sikit boleh tak?” soal Nisa sewaktu mereka tiba di Plaza Alam Sentral.
            “Hah? Kenapa? Tanya jelah..” ujar Aira sambil tersenyum.
            “Kenapa kau tak bagi aku beritahu kawan-kawan kita dulu pasal kau? Pasal aku contact kau?” soal Nisa.
            “Kau tahu jawapan aku kan? Aku malas nak ungkit cerita lama. I don’t want to memorize it back. The past is past.” Aira mengelak untuk menjawab pertanyaan Nisa.
            “Hurm, tapi.. kenapa aku je yang boleh tahu?”
            “You know why? Sebab kau yang faham aku. Kau selalu ada dengan aku masa aku susah..masa aku senang.. masa aku sedih, menangis, kecewa.. kau selalu ada di belakang aku..” ucap Aira bersahaja. Mereka masuk ke dalam shopping complex itu dan terus menaiki eskelator untuk ke pusat boling.
            “Thanks babe!”
            Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pusat boling. Dua game mereka bermain dan permainan di menangi oleh Aira. Skill masih ada! Walaupun sudah lama meninggalkan permainan itu. Habis bermain mereka lepak di Restoran FC yang terletak di bangunan PKNS.
            “Aira, dengar cerita kau sambung belajar lagi ke?” soal Nisa.
            “Ha’ah..hahaha..” kata Aira sambil tergelak.
            “Dah kenapa kau sambung? Degree dah kan? Kau nak belajar apa lagi? Tu, company ayah kau tu. Takkan tak bagi kerja kot.”
            “Hurm, aku sambung sebab…. Minat. Aku minat muzik. Tapi, aku tau aku tak boleh nak ke depan dalam bidang ni..sebab tempat aku nanti dalam office jugak.”
            “Dah taw..yang kau nak belajar lagi kenapa?kerjalah.. dapat pendapatan sikit…”
            “Hish kau ni! Bukan nak menyokong ke hape..tak adalah.. sebab minat…aku nak cari pengalaman baru. Aku suka sesuatu yang baru. Maybe klau ada sesuatu terjadi..aku boleh gunakan pengalaman aku..untuk cari rezeki.. tak ada siapa tahu kan..” ujar Aira sambil tersenyum.
            Nisa terdiam mendengar kata-kata sahabatnya itu. Baginya Aira sudah berubah sedikit sikapnya dari mula-mula dia mengenalinya. Mungkinkah kerana kejadian tersebut, Aira berbah sebegitu rupa? Macam manalah kalau mereka berdua ni terserempak.
            “Ya, aku bukan tak sokong kau. Cuma aku pelik. Betul juga cakap kau. Pengalamn tu yang akan mengajar kita sesuatu. Eh, dahlah. Jom, balik.. nanti lewat pulak.” Kata Nisa sambil bangun untuk membayar minuman yang mereka minum tadi.
            “No need. I pay. Aku yang ajak kau kan..aku lah bayar..” kata Aira sambil menghulurkan wang kertas kepada pekerja di kaunter itu.
            “Kau kan.. dahlah boling tadi kau pun bayar. Ni bagilah aku pulak.”
            “Its nothinglah.. dahlah, jum..aku hantar kau balik.” Kata Aira.
            “Kau hantar aku dekat KTM je tau!”
            “Nope! I send you back home. Dah nak malam ni..Bahaya….” belum sempat Aira menghabiskan kata-katanya telefon bimbitnya berbunyi.
            “Hello, Assalamualaikum..” kata Aira kepada si pemanggil sambil membuat isyarat kepada Nisa supaya tunggu sebentar.
            “Aira ada dekat mana ni? Dah nak malam ni.” kata Dato’ Aminuddin.
            “Aira dekat Shah Alam ni abah.. nak balik dah ni.. nak hantar kawan Aira dulu dekat PJ.”
            “Balik dululah.. Aira bukan tahu sangat jalan dekat sini. Ajak kawan dulu datang rumah. Ibu dah masak ni. Kita makan sama dulu. Nanti suruh abang hantarkan balik.”
            “Err..Aira tanya kawan Aira dulu abah. Nanti Aira text abah ye?” jawabnya sopan.
            “Oklah, cepat sikit..jangan lambat sangat..Assalamualaikum.” kata ayahnya sambil menamatkan talian.
            “Nisa, kau nak balik cepat ke?” soal Aira sambil berjalan mengahmpiri keretanya.
            “Eh, kenapa? Kau ada hal ke? Kalau ada, tak apalah aku naik teksi je.” Kata Nisa.
            “Bukan..ayah aku ajak kau datang rumah aku..makan..lepas tu nanti baru balik.. boleh?” soal Aira lagi.
            “Aku ok je..asal ada orang hantar aku balik..malam-malam…” kata Nisa sambil tersenyum.
            Sesampainya mereka di rumah Aira, Nisa tidak berkelip mata memandang banglo milik keluarga Aira. Kagum dengan rumah Aira. Porch kereta yang memuatkan semua kereta. Jika dibilang hampir 7 buah kereta tersadai di situ. Dua daripadanya merupakan kereta sport Fairlady370z, dua buah BMW 6 series milik ayahnya, sebuah kereta Lotus Evora milik abangnya, sebuah Alphad untuk kegunaan keluarganya, dan sebuah Myvi milik Emylia.
            Sewaktu Nisa melangkah masuk ke dalam rumah Aira, dia terpegun sekali lagi. Konsep yang sangat simple tetapi elegan. Terdapat 3 buah ruang tamu di situ. Setiap ruang tamu mempunyai konsepnya tersendiri. Nisa di bawa ke sebuah ruang tamu yang dilengkapi dengan LG Home theater set, sofa yang sangat empuk diimport daripada Italy. Sngat menarik!
            ‘Wow! Ni baru ruang tamu.. belum lagi bili.. agaknya bilik macam istana tak?’ getus hati Nisa.
            “Nisa, duduklah dulu..nak ronda-ronda rumah ni pun tak apa..Mak cik pergi dapur dulu..siapkan makanan..Aira, bawaklah Nisa nip using-pusing sumah dulu ke.. lepas maghrib kita makan.” Kata Datin Syarifah.
            “Ok ibu, jum Nisa..aku bawak kau ronda-ronda rumah family aku.. bukan rumah aku la.. aku pun tak mampu ada rumah macam ni..” ujar Aira merendah diri sambil menarik tangan Nisa mengikutinya.
            Tempat pertama yang di bawa oleh Aira ialah taman yang terletak di belakang rumahnya. Nisa tidak menyangka di belakang rumah itu terdpat sebuah taman yang sangat menarik. Mereka menghampiri sebuah kolam ikan yang agak besar dan berbentuk huruf A.
            “Kenapa kolam ni bentuk A Aira?”soal Nisa kepada Aira yang leka memerhatikan ikan yang berenang di dalam kolam itu.
            “A? hurm.. stand for Atieqah maybe, Alisa, Aira.. possible.. aku pun tak tahu.. Taman ni baru siap tahun lepas.. Dulu taman ni lain..Abah aku tukarm modified sikit..”
            “Atieqah? Siapa Atieqah?”
            “My mother.. arwah ummi aku.. huh…I missed her so much! Tapi, kerinduan tu ibu aku dah ubati.. even aku, along, abang Kimi, abah dah ada ibu… kenangan dengan arwah ummi aku kitorang tak lupa..” ucap Aira perlahan. Terkenang kenangan indah bersama arwah umminya.
            “Sorry Aira..aku tak patut tanya..aku tahu ummi kau dah meninggal tapi aku tak tahu Atieqah tu nama arwah ummi kau..” kata Nisa sambil menepuk bahu temannya itu perlahan.
            “Eh, tak ada apalah.. jum kita ke depan pulak…”ajak Aira.
            “Aira, rumah kau tak ada kolam renang ke? Besar-besar macam ni…” tanya Nisa.
            “Hahaha. Kalau kau nak tahu.. Kawasan belakang tu dulu kolam renang..Tapi, abah aku dah tukar. Kolam renang ada.. Nanti aku tunjukkan.”kata Aira.
            Setibanya mereka di hadapan rumah Aira, Aira menunjukkan beberapa buah kereta milik keluarganya.
            “Mana satu kereta kau Aira?” Soal Nisa.
            “Aku? Hahaha..aku mana ada kereta..ni semua kereta abah, abang, ibu and Emylia my step sister..”
            “That one is Aira cars..” Hakimi menyampuk tiba-tiba sambil menunjukkan kereta yang Aira bawa tadi.
            “Nope! That’s not my car abang.. That yours..” ucap Aira.
            “Hahaha..adik, memang banyaklah duit abang nak beli kereta tu kan.. Tu, kereta adik..tak percaya tanyalah abah..” kata Hakimi lagi.
            “Nenek bagi.. you,me, along get the same cars…” sambung Hakimi.
            Nisa berasa kagum dengan keluarga Aira. Walaupun mereka dilahirkan dalam keluarga yang berada, mereka tidak menunjukkan kekayaan yang mereka miliki. Pernah dia bertanya kepada Aira mengena hal itu tetapi Aira menjawab bahawa wang, harta, kekayaan tak kan di bawa ke akhirat kelak..
            “Hurm, apa-apalah abang. Jum Nisa, aku bawak kau ronda-ronda dekat dalam pulak.”
            Nisa hanya mengikuti Aira. Seronok juga dapat melihat asset yang dimiliki oleh keluarga Aira. Bukan calang-calang orang yang dapat masuk dan melihat semua ini. Sesampainya mereka di sebuah bilik yang ditunjukkan oleh Aira Nisa terpegun sekali lagi.
            “Wow! Aira..cantiknya..suka aku tengok… simple and elegan!” Nisa terjerit kesukaan.
            “Hoi! Kot ye pon.. jerit kenapa? Hahaha…”
            “Ni semua milik abah aku..aku tumpang jelah.. abah aku tak pernah didik aku and adik beraik aku nak bermegah-megah.. kitaorang pun sederhana je..” Aira berkata.
            “Aku kagum sangat dengan keluarga kau Aira. Even, dah kaya macam ni pun merendah diri. Tak bangga, tak macam sesetengah orang kaya tu kan..”
            “Hahaha..ni ruang rehat family aku.. kitorang kalau bosan baru lepak sini.. sini fully with games! Hahaha..” Kata Aira sambil menunjukkan ruang rehat itu. Uniknya rumah keluarga Aira ini ialah setiap televisyen mempunyai kabinet televisyen yang mempunyai remote untuk membuka dan menutup. Hebat bukan!
            “Dah, jum..naik atas.. dah nak maghrib ni.. lepas solat kita makan.. family aku selalu solat jemaah. Kau boleh solat tak?” Soal Aira kepada temannya yang seakan leka itu.
            “Hah? Ooo.haha..boleh..boleh.. jum! Aku tak sabar nak tengok bilik kau pulak!”Kata Nisa teruja. Aira hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.
            Aira membawa Nisa ke biliknya. Di dalam bilik tersebut Nisa meninjau-ninjau setiap ruang di bilik tersebut. Terdapat sebuah katil queen yang mempunyai tiang di setiap penjuru. Biliknya ringkas tetapi sangat eksklusif. Terdapat sebuah meja solek, sebuah almari pakaian yang ringkas bewarna merah hitam, sebuah sofa bewarna hitam, karpet bulu bewarna merah, kabinet televisyen bewarna putih dan sebuah televisyen LCD LG 42 inci. Corak kertas dinding yang digunakan sangat menarik.
            “Nisa, sini..aku tunjukkan kau satu tempat…” ajak Aira sambil menarik tangan Nisa supaya mengikutinya.
            “Tempat? Mana lagi dalam bilik ni….” Nisa terdiam ketika Aira membuka Langsir di biliknya itu. Terdapat sebuah kolam renang yang sangat menarik berbentuk gabungan huruf A dan H. Gabungan nama Aira, Alisa dan abangnya Hakimi. Di tepi kolam itu terdapat 2 buah kerusi santai dan terdapat juga sebuah gazebo kecil yang memuatkan sebua buaian kayu rotan.
            “Ni tempat aku feeling-feeling. Cantik kan?” Aira tersenyum.
            “Wah..tak sangka pulak aku ada kolam renang dekat atas ni..sana tu semua bilik menghadap kolam ni ke?” tanya Nisa sambil menunjukkan slinding door yang bertutup dengan kain langsir.
            “Yup, tu bilik Emylia, yang sebelah tu bilik kakak aku Alisa. Kalau dia balik teranglah bilik dia tu, yang sebelah bilik aku ni bilik abang Kimi.”
            “Bilik parents kau mana? Tetamu? Bilik yang lain tak boleh ke sini ke?” soal Nisa ingin tahu kerana suasana kawasan ini tertutup hanya untuk keluarga mereka sahaja.
            “Tak adalah, sini..ikut aku.” Ajak Aira sambil berjalan.
            “Ni, tangga sebenarnya..” Aira membuka satu pintu kaca yang menghubungkan kawasan itu dengan tingkat bawah.
            “Aku tak Nampak pun tadi ada sambungan…”
            Aira tersenyum. “Memang tersorok sikit. Bahayalah kalau buat terbuka orang nampak..ada laluannya..tak besar pun…orang pun tak perasan…”Aira berjalan lagi dan diikuti oleh Nisa.
            “Tu…bilik parents aku…” kata Nisa sambil menunjukkan sebuah bilik yang agak besar di tingkat atas.
            Aira melihat muka Nisa yang seperti ingin berkata sesuatu.
            “Macam mana diorang nak ke sini?” Soal Aira sambil memandang wajah sahabatnya itu.
            Nisa mengangguk. “Ikut aku..jum!” Aira membawa Nisa ke satu sudut yang lain.
            “Tekan ni…”Suruh Aira.
            Apabila Nisa menekan butang tersebut, terdapat sebuah pintu lif yang terbuka. Ternganga mulut Nisa seketika. Kerana apabila lihat daripada jauh, orang tidak akan menyangka terdapat sebuah lif di situ.
            “Abah dengan ibu aku guna ni la..Abah aku tu sambungkan lif ni dari bawah ke atas. Ni kegunaan abah dengan ibu aku..Tapi kadang-kadang kalau aku malas aku guna jugaklah.hehehe..”
            “Dekat atas tu..ada mini garden..Aku suka lepak dekat situ.. Tak semua tahu..sebab tempat tu tempat aku..hehe..buat kat atas tu sebab bawah ni dah tak ada ruang. Family aku je yang tahu tempat tu.. except Emylia. Aku tak pernah tunjukkan tempat tu pda dia. Nanti bila-bila kau datang lagi, aku ajak kau lepak situ eh. Jumlah, sembahyang.. lepas ni aku hantar kau balik.”
            Malam itu..selepas sembahyang maghrib yang diimamkan oleh Dato’ Aminuddin, mereka menikmati makan malam tanpa Emylia. Emylia tidak makan bersama kerana katanya itu bukan makannya dan dia tidak makan makanan sebegitu rupa. Berlagaknya! Sudahlah makanan itu di masak oleh ibunya. Padahal selama ini itu juga yang di makannya. Nasib kaulah Emylia lapar nanti tau pulak cari makanan. Aira dan Hakimi ingin memarahi Emylia tetapi memikirkan yang mereka berada di hadapan rezeki mereka mematikan sahaja niat itu.
            Sesudah itu, Hakimi memandu kereta BMW 6 series milik Dato’ Aminuddin untuk menghantar Nisa pulang. Aira ikut bersama.